Jul 17, 2012

Refleksi Kuliah Baitul Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah diberi kelapangan masa oleh Allah untuk mengikuti Kuliah Baitul Muslim buat pertama kali. Kuliah online yang pada mulanya ditemui secara tidak sengaja ternyata satu hadiah lumayan buat diri...



 Pertama kali mendengar kuliah keluarga islam dr Ummu Atifah, sejuk hati dan betapa byknya kena reflek diri blk...antara persoalan yg penting:

1) Kenapa masih tak dapat jodoh?
Jawapan ummi: kepada siapa kita mintak? Jangan minta jodoh dengan pandangan (tgk cantik ke tak), jangan minta jodoh dgn nafsu, mintalah dengan doa...jodoh stiap kita dah ada yg berhak bagi hanya Allah jadi mintak dgn dia, doa byk2..smga dipermudahkan...bukn harapkan agensi mencari jodoh smata2...antara doa ialah mohon Allah gerakkan hati pasangan untuk menemui kita...ummi jga tekankan agar kita menjauhi 'couple' keluar bersama kerana ia bukan semakin mendekatkan diri kpd Allah tapi mendekatkan kita dgn neraka...kemudian ada pula yg sudah couple/keluar bersama2 seterusnya ingin berkahwin, digalakkan untuk bertaubat agar tidak menjadi kifarah apabila berumah tangga kelak



2) Bolehkah lelaki menggunakan FB/chat untuk berdakwah kpd perempuan secara personal?
Jawapan ummi: Masih ramai lai duat (pendakwah) perempuan di luar sana dan mengapa perlu menerima nasihat dr seseorang lelaki kecuali secara umum atau dalam ramai/bukan sorang2 dan sekiranya secara personal ia perlu dielakkan, kerana sudah pastinya ada agenda lain...jika mahu jga menerima nasihat tersebut pastikan bukan perempuan itu sahaja yang mengetahui tetapi ada org lain yg juga tahu.



 Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat dan barakah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar