Dec 10, 2008

Puasa Dalam Kajian Sains

Oleh : Dr. Mohd Zamrin Dimon

Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM

Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.

Manfaat puasa

Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.

Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Beberapa manfaat puasa:

Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.

Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?


Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas.

Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Proses penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.

Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

Proses rejuvenasi/mempermuda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik. Selain dari produksi hormon tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya semasa puasa.

Meningkatkan ketajaman mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.

Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa. Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.

Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam fikiran.

Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti kafein, gula dan rokok. Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.

Sumber : http://haluan.org.my

Dec 4, 2008

What A Great Year

20 castaways
soon will be a teacher


Wooo....
Itulah ekspresi diri ini apabila terkenangkan perjalanan hidupku di IPIP sepanjang tahun 2008 ni...pejam celik, pejam celik tinggal lagi 27 ari lagi 2008 bakal meninggalkanku...namun pengalaman spenajang 2008 ni takkan bisa meninggalkanku kerana ia telah terpahat dalam hatiku bak tautan daging dengan tulang...Ni antara yg paling ku ingati

Roomate
Semester baru, masuk tahun 1 ijazah 2008, semuanya baru...termasuklah roomate....walaupun pada asalnya ganjal & x selesa namun semuanya cuma sementara....walaupun pada awalnya ada krisis namun semuanya tidak kekal...walaupun pada awalnya menangis, namun selepas itu tertawa gembira....apa pun kepada kedua2 roomate ku (baru & lama) ampun maaf & syukran jazilan, jazakallahukhairankathira, walaupun kita 1 kelas...tpi aku rasa medium ni lebih selesa 'to say this'....

KU
Sungguh tak disangka, aku akan terpilih menjadi ketua unit (KU) untuk 1 semester...mengamalkan polisi setiap semester berlainan KU, akhirnya secara demokrasi & hasil undian majoriti, diriku telah terpilih menjadi KU dan dibantu oleh Nadiah. Hanya 3 'words' je yang ak dpt gmbarkan sebaik shj ak dilantik memegang tapuk pimpinan kelas: "kerja", "habislah" & "tension". "Kerja"- apa taknya kalau kat IP, KU lah segala-galanya, handle kelas, panggil lecturer, borang kedatangan..."habislah"- kalau apa2 terjadi kat kelas aku, org no. 1 yg kena jawab x lain x bukan KU lah..."tension"- mengambil iktibar dr mantan2 KU sem lepas, memang hidup dlm tension & keserabutan.....Namun semuanya meleset sebaik aku melepaskan jawatan KU ni, 3 "words": "takut", "syukur" & "sedih". "Takut" sebab adakah aku sudah melaksanakan amanah yg diamanahkan kepadaku dengan baik atau sebaliknya...adakah aku yakin di akhirat nanti aku tidak akan disoal berkenaan amanahku ini...."syukur"-kerana aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk menjawat jawatan ni....aku xkan belajar sesuatu yg baru 'especially' tentang kepimpinan kalu aku x jadi KU, pahit manis sebagai ketua at least aku dpt rasa & 'it was a valuable experiences' & "sedih"- sebab aku x mampu melakukan yg paling terbaik terutama untuk kelasku sepanjang perkhidmatanku....

Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"

Project Manager Science Fair 08
Dalam usahaku untuk tidak menonjol semester 2 ijazah, dengan alasan aku dah jd KU sem lepas, namun Allah lebih mengetahui yg terbaik untukku...pada mulanya rasa berat & tertekan apabila bila digalaskan lagi satu bebanan besar sebagai Project Manager...ya Project Manager Science Fair 08...antara projek besar Jabatan Sains...
Aku meredah pahit dan cuba fikirkan perancangan terbaik untuk projek tu...dan alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya...bagiku aku berpuas hati setakat ni bila kau tengok setiap orang daripada 'classmateku' bertungkus lumus, bekerja keras sehingga ke pagi untuk menjayakan projek ni....cam tu jugak our lecturer, terima kasih mgkn x cukup buat antum semua....Sebenarnya byk lg peristiwa sepanjang tahun ni tapi sepanjang semester ni, inilah rangkuman gambaran bersama-sama sahabat2 F5....let its be in our heart 4ver




PPISMP SN/BM/BI
PISMP IPGM SCIENCE
20 Orang
10 L, 1o P

Firman Allah yang bermaksud, "....ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"- Al-Baqarah 286.

Dec 2, 2008

Daei Perlu Berdakwah Untuk Diri Sendiri Juga


Dalam keheningan & kesejukan pagi ni(kat kelate hujan x berhenti), tiba2 terlintas dalam benak fikiran ni satu kata2, "para daei sepatutnya tidak lupa berdakwah utk diri sendiri jugak". Tidak ku sangka kata2 yg datang "split second" tu telah memanduku utk berfikir panjang & akhirnya membawa kepada tertulisnya "post" ni.

Teringat sepotong ayat Qur'an dlm Surah Ali Imran, yg bermaksud, "Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyuruh kepada ma'ruf & mencegah kepada kemungkaran, mereka adalah golongan yg beruntung"

Ayat ni sememangnya ditujukan khas kepada para daei namun harus kita ingat bahawa menyuruh kepada kebaikan itu bukannya hanya terhad kepada menyuruh org lain melakukan kebaikan & mencegah drpd melakukan perkara2 mungkar tetapi juga menyeru diri sendiri ke arah kebaikan & membenci kemungkaran.

Tarbiah diri sangat penting, jangan kita hanya pandai menasihati diri tapi lupa menasihati diri sendiri...sesungguhnya apa sahaja perkara yg kita lakukan ialah untuk mendapat keberkatan & redha Allah. Lebih2 lagi dlm berdakwah. Mampukah kita peroleh keberkatan dalam berdakwah jika diri kita masih tidak betul dan mahu membetulkan orang lain. Seharusnya dakwah untuk diri perlu seiring dengan dakwah untuk orang lain...ini formula terbaik.


Bekalan dalam jalan dakwah perlu di ambil berat kepada para pendakwah, antara bekalan yang utama (digariskan oleh Mustafa Masyhur dlm buku "Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah") ialah al-Qur'an, tafakkur, pedoman dari sirah nabawi, persahabatan dan amal salih. Namun bekalan yang paling penting ialah iman dan taqwa. Dan taqwa yg terbaik ialah apa yang membawa kita kepada Allah Taala. Analogi mudah, jika sesebuah kereta yg digunakan utk bermusafir kehabisan minyak dan tidak mempunyai minyak yg mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan2 besi yang tidak berguna walaupun utk bergerak selangkah. Demikian juga org yg mengharungi jln dakwah ni, bila bekalan iman dan taqwa berkurangan dan tidak diperbaharui, maka jadilah ia bak jenazah yg kaku.


Namun dalam usaha kita berdakwah diri jangan kita lupa orang lain di sekeliling kita. Kerana esok2 (di akhirat) kita akan disoal oleh Allah Taala.

Teringat dgn kata2 seorang ustaz, "seorang abg naqib tidak seharusnya berpuas hati jika bejaya mengubah fikrah ahli usrahnya (cth fikrah hendoisme-taksub hiburan kepada fikrah islamiah) sebaliknya akhlak dan aqidah masih goyah".



Secebis pedoman buat sahabat-sahabat

abdulfattah: "Dalam usaha utk memantapkan diri kalau2 kena pegang usrah adik2 tahun depan. Insya-Allah, "next post", ana akan berkongsi bahan bacaan ana pula...jangan lupa komen kerana ini juga satu cara dakwah untuk diri sendiri"
Related Posts with Thumbnails

Komentar