Oct 2, 2012

Kembali Menemui Rab...

Tanggal 29 September 2012, aku dikejutkan dengan berita yang sangat tak diduga...dalam kenyenyakan tidur, aku dikejutkan oleh mak dan ayah aku, dalam keadaan mamai (mengantuk) aku cuba fahamkan apa yang disampaikan oleh mak dan ayah aku....

"Tok Ayah dah tak de"
"Tok Ayah dah tak de"

Masih teringat-ingat individu yang sentiasa menghantar aku ke sekolah setiap pagi dengan moto honda bulat, kemudian sampai tengahari dia ambil aku di depan sekolah, dialah yang menjadi pengganti kasih sayang ayah aku yang jauh di kota sana mencari rezeki. 

Apa saja yang aku nak dia cuba tunaikan...cucu sulung dia ni, alhamdulillah semuanya terurus dengan baik masa tu, aku tak pernah terlintas pun mengatakan semuanya tak cukup, hidup serba kekurangan, sampai kadang kala aku menyapanya dengan panggilan 'ayah'. 

Dia seorang yang tegas, tapi tak pernah memukul cucu-cucunya, marah tu biasa sebab aku ni jenis degil suka kacau adik-adik aku. Aku masih ingat dia marah sangat kat ku sebab aku culas, malas pergi mengaji Quran, aku menyorok di belakang tirai, last2 terkantoi dengan adik sendiri, marah sungguh dia...sekarang alhamdulillah aku mampu membaca Quran dengan baik...

Selalu bila aku sedang sibuk bermain dengan kawan-kawan, bila aku lalu depannya, perkataan yang selalu keluar ialah "dah semaye doh??? (dah solat belum???)....Aku ni memang jenis nakal, sebab tak nak miss main punya pasal, rela solat lintang pukang, seminit dh siap solat...apa lagi kena marah la bila kantoi solat macam mengcangkul tanah je....alhamdulillah aku sekarang jadi sangat sensitif bila bab-bab solat ni...

Dia sangat menjaga keselamatan cucu-cucunya, pantang nampak buat aksi ganas2 sikit terus dilarang, takut cedera...alhamdulillah aku menjadi seorang yang lebih penyayang dan memikirkan orang lain selain diri sendiri....

29 September 2012 saat aku sibuk dengan kerja-kerjaku, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Allah lebih menyayanginya, aku hanya berdoa semoga semuanya dipermudahkan, segala urusan di sana, di alam sana dipermudahkan...sedih memang sedih....dialah bapa bila aku dahagakan kasih sayang bapa dahulu, dialah tempat aku meminta pendapat dan sokongan....hampir 19 tahun bersama bukanlah satu perkara yang mudah dilupakan dalam 1 hari...tapi aku redha semuanya akan menemuiNya, akan dipanggilnya, tugasan dia di dunia sudah selesai, aku jua akan turut mengikut jejaknya, bila dan bagaimana tu bukan soalnya, adakah cukup bekalanku untuk menghadap Allah kelak....


"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya' : 35)


Ya Allah, kau permudahkanlah urusannya di sana....semoga Allah meredhaiNya

Aku, hidup perlu diteruskan, masih jauh jalan hidup ini, selagi hayat dikandung badan, akan terus mengagahi langkah ini walaupun sukar, insyaAllah sehingga ku dapat redhaNya...


Semoga tenang di sana Tok Ayah...al fatihah


1 comment:

obayackel said...

Top 10 Casinos For Real Money in Michigan - Dr.MCD
Top 10 계룡 출장마사지 Casinos For Real Money in Michigan · 1. Red Rock Hotel & Casino 공주 출장마사지 – Top Rated 김천 출장마사지 Casinos · 원주 출장안마 2. 양산 출장샵 Hollywood Casino at Charles Town Races – Best

Related Posts with Thumbnails

Komentar

  • obayackel on kembali menemui rab
    Top 10 Casinos For Real Money in Michigan - Dr.MCD
    Top 10 (more)
  • Anonymous on hesss law
    mantap sangat cara anta berfikir subhanallah😍
  • abdulfattah on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    taqdim yg ana faham proses awal pertunangan yg biasa digunakan oleh jemaah, kalau yang biasa mcm...(more)
  • Super0wsem! Clozzette on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    Akh rafiq.. post yg menarik :)

    cuma ana terkonfius skit. apa beza taqdim n khitbah ye?
  • Dx on ibrah graduasi
    tahniah akhi :)
  • abdulfattah on ibrah graduasi
    sebak bla enta kata bgitu, sapalah ana tp Allah dh pilih dan ana sgt2 bsyukur dan shbt2 lah yg byk...(more)
  • ehsanhalim on ibrah graduasi
    tahniah fiq.gunakan ilmu dgn sebaiknya krn antara ciri ilmu yg berkat ia dpt diamalkan.tp klu ilmu...(more)
  • Perindu Firdausi on fasa baru kehidupan
    salam ziarah

    smga terus thabat dalam perjuangan

    mohon doa utk kami semua di...(more)
  • abdulfattah on fasa baru kehidupan
    10 min kalau x jam, slalunya pagi2 kalau lwt skt, trun lps pkul 7 pg, mmg akan lbh 7 minit blh...(more)
  • ehsanhalim on fasa baru kehidupan
    7 minit je dari rmh?

    Alhamdulillah Allah bagi byk nikmat dan kemudahan pada nta.tentu...(more)
  • ehsanhalim on passion patience
    wah, good2.ana pun tgh nak study adobe after effect selepas ada terbaca status fb sahabat kita dari...(more)
  • abdulfattah on resepi cinta ibnu athaillah
    fauziahnrsd: Ibnu Aithallah ialah pengarang kpd kitab Al Hikam...beliau seorg ulama', kitab al...(more)
  • ehsanhalim on ibrah pemuda al kahfi
    jom naik gunung plak. G7. hihi
  • fauziahnrsd on resepi cinta ibnu athaillah
    sy baru tahu ttg Ibnu Athaillah dari Novel : BUMI CINTA... :)
  • IMANNURBALQIS on green science
    entry yang bagus..pkongsian yang jarang-jarang diketengahkan...tp xbrani ana nak mcelah comments...(more)