Jul 16, 2012

Bila Seorang Syabab Mentaqdim Seorang Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim,

Ternyata pos sebegini mampu membuat sesetengah orang tersenyum lebar apatah lagi ada yang membuat pelbagai andaian dan tekaan yang penulisnya nak kahwin dah tu...


Ternyata pos ini mesti ada kaitan dengan penulisnya sebagai seorang manusia yang biasa sudah menjadi fitrah untuk memikirkan tentang soal munaqahat atau nikah kahwin ni...tapi tidak bermaksud untuk menyebarkan khabar gembira tentang pertukaran status penulis daripada 'single' kepada 'enggaged' atau 'married'...sekadar perkongsian mungkin...

Taqdim
Apa benda tu taqdim? Mungkin ramai yg tak pernah dengar jamak taqdim penahlah dengar...lebih kuranglah maksudnya, bukan solat jamak je ada taqdim, nikah juga ada taqdim...

Dalam maksud mudah taqdim bermaksud 'mengikat'/'cop' atau kita menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri, penyataan hasrat tu melibatkan pertanyaan samada si wanita sudah berpunya ataupun tidak, means available or not, dan ready or not maksudnya bersedia atau tidak untuk mendirikan rumah tangga...bila syarat2 tu dah OK barulah taqdim bermula...bermaksud nisa'(wanita) tadi telahpun diikat atau bertunang secara tidak rasmi dengan si syabab(pemuda) tadi.

Hebatnya ajaran Islam, anjurannya menjadikan umatnya sebagai seorang serius dalam soal berkaitan munaqahat ni kerana ia permulaan kepada kegemilangan Islam...permulaan yang baik akan tentu menghasilkan generasi-generasi yang baik untuk agama...berapa ramai yang mengambil langkah ber'couple' mampu mendidik diri mereka menjadi seorang serius...ini kerana apa yang saya lihat ramai pasangan 'couple' senang-senang 'break' atau 'clatch' apabila dirasakan tidak sesuai setelah membawa keluar bsama, bermesra2 di khalayak ramai...ini juga mengundang fitnah, orang duk mengata kenapa dan bagaimana mereka boleh berpisah dan sebagainya...ini jelas berlainan dengan taqdim kerana seorang syabab yang mentaqdim seorang nisa' tidak diketahui oleh sesiapa pn kecuali org2 tertentu atau orang tengah yang menguruskannya...malah potensi untuk memutuskan taqdim sangat sukar kerana sebelum mentaqdim seorang nisa', si syabab perlu bersedia, istikorah samada keputusannya betul atau tidak, begitu jga dengan si nisa' sblm menerima syabab tersebut perlu bersedia, istikorah dlu...dan sudah tentulah jika timbul ketidak puas hatian semasa proses kenal mengenal atau taaruf dalam taqdim mereka akan cba sedaya upaya memperbaikinya...



Panduan dan Dibimbing Agama
Apabila mengikut ajaran agama sudah tentu ada panduannya, Quran dan Hadis jelas dan terang tang2 menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh si syabab dan si nisa' semasa proses taqdim...kalau kita memilih 'couple' apakah panduan kita dan siapa nak bimbing kita kalau bukan nafsu semata-mata?

Sebelum taqdim lagi sudah diberi panduan dalam memilih pasangan seperti dalam firman Allah yang bermaksud

"Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." 
(Surah al-Nur: 32).

Dan hadis yang popular.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Selepas proses taqdim, pasangan diberi syarat2 tertentu untuk menjaga hubungan supaya tidak bercanggah dengan syara'...proses ialah proses untuk kenal-mengenal dengan batas2 yang tidak berlawanan dengan syara' malah pasangan boleh mesej kepada sesama lain, menghantar email dan sebagainya tetapi di bawah makluman orang tengan atau unit yang menguruskannya...indahnya Islam begitu menjaga umatnya dari melakukan maksiat..menunjukkan jga bahawa betapa mahalnya harga sebuah ikatan perkahwinan yang tidak mudah dinodai dengan perkara2 maksiat...jika sebelum kahwin sudah terjaga hubungannya maka rumah tangga yang terbina sudah pasti diberkati..

Cabaran Semakin Besar Bagi Yang Mentaqdim Lama 
 Kita kerap mendengar "benda baik tak baik tangguh lama-lama"...ada asasnya jga kerana Islam menggalakkan kita melakukkan kebaikan...perkahwinan adalah salah satu kebaikan, hubungan dalam perkahwinan memberi ganjaran pahala, malah menggalakkan orang lain untuk berkahwin jga apabila melihat bahagianya orang lain berkahwin...

Ada pula yang mengambil keputusan mentaqdim seorang wanita lebih lama sehingga bertahun-tahun, namun ianya tidak menjadi masalah sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju...mungkin disebabkan soal kewangan, atau kehidupan yang belum stabil tetapi sudah merasa bahawa wanita tersebut yang akan dikahwininya maka sebab itulah munculnya taqdim...jika tanpa taqdim dengan izin Allah mungkin orang lain akan menikahi wanita tersebut...ianya satu usaha untuk mencari calon yang sesuai...



Lebih lama masa taqdim lebih banyak cabarannya, jadi kedua-dua pihak perlu sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga hati dan memastikan pasangannya masih serius dengan hubungan tersebut selagi tidak bercanggah dengan syarak...kena pelbagikan cara seperti tazkirah dan update perkembangan diri dan famili...yang penting dalam taqdim ialah suai kenal bukan untuk menzahirkan kasih sayang lagi...perkara penting juga perlu ada PERANCANGAN. 

Perancangan di sini bermaksud terutama si syabab perlu state kan jika taqdim selama dua tahun apa step2nya mengisi dua tahun tu sehingga sampai matlamatnya perkahwinan. Contohnya:
Tahun pertama: kenal muslimat yang ditaqdim, kenal famili
Tahun kedua: bawa famili berjumpa dengan famili muslimat untuk minta pandangan famili tentang muslimat yang ditaqdim...
Tahun kedua: jika OK, teruskan dengan perbincangan pertunangan secara rasmi
Tahun kedua: bertunang
Tahun kedua: berkahwin...MISSION ACCOMPLISHED 

Adanya perancangan kita akan terhindar dari memikirkan perkara2 yang lagha atau terlalu melebihkan soal mengenali wanita yang ditaqdim hingga menyebabkan perkara2 yang bercanggah dengan syarak...indahnya Islam masyaAllah

Banyak kisah2 taqdim atau cara mencari calon isteri mengikut Islam cuma masyarakat kita kurang mencari atau mengkajinya antara yang bagus ialah perkongsian Ustaz Hasrizal lihat sini (Jodoh Tidak Datang Bergolek)...esok2 kita akan kembali kepadanya membawa bekal ajaran agama kita di dunia bukan bekal2 ajaran manusia, maka sebab itu di dunia dalam setiap amalan kita kena ikut ajaran agama termasuklah dalam soal pernikahan...semoga Allah memudahkan urusan kita semua terutamanya penulis...amiin



2 comments:

Super0wsem! Clozzette said...

Akh rafiq.. post yg menarik :)

cuma ana terkonfius skit. apa beza taqdim n khitbah ye?

abdulfattah said...

taqdim yg ana faham proses awal pertunangan yg biasa digunakan oleh jemaah, kalau yang biasa mcm org2 biasa kita kalau nk mengahwini seseorg perempuan mereka masuk meminang (khitbah), ada yg bertunang dlu dan ada yg terus berkahwin, lebih kurang sje terminologi taqdim banyk digunakan oleh mahasiswa atau yg gna UBM...proses mengenal di bawah makluman UBM tu proses taqdim bila dh nk kahwin/tunang scra rasmi dia mengkhitbah muslimat tu...taqdim kdg2 lama beberapa tahun ada...kira nk cop dlu muslimat tu takut org lain msk meminang...skdr yg ana tahu...rujuk ustaz/ah berpengalaman...

Related Posts with Thumbnails

Komentar