Feb 28, 2010

Berubahkah Aku???

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah


Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Lagu : Berubah
Nyanyian : edCoustic

Menangis aku bila dengar lagu ni buat pertama kali...sungguh syahdu dan menusuk sanubari, semoga menusuk iman aku juga...

Seolah-olah lagu ini ditujukan kepada aku...

Berubahkah aku yang dulunya tidak kenal sangat Islam tetapi diberikan oleh Allah Tuhan sekalian alam untuk memahami Islam, dulu tidak pernah kerap berjemaah di surau dan masjid, tetapi pernah diberikan oleh Allah untuk istiqomah berjemaah, yang dulunya tidak kenal usrah, ukhwah, jemaah Islam...tetapi pernah diberikan dan dikurnikan oleh Allah kepada aku untuk kenal semua itu

Aku sangka aku dah berubah tetapi hanya kerana ada SESUATU, terus aku pulang pada sikap SEBELUM KU BERUBAH, hanya kerana sesuatu yang KECIL aku gadaikan perubahan BESAR dalam diriku ini...berubahkah aku??? Hanya kerana SEDIKIT ujian daripadaNya, aku terus berpaling dan kembali ke TAPAK ASALKU...berubahkah aku???

Mungkin ini ujian dari-Nya untuk menilai seIKHLAS dan seTEPAT mana IKRAR dan JANJI yang aku lafazkan untuk agama ini...untuk mempertahankannya....untuk meletakkannya di tempat tertinggi...

Tiada siapa yang salah dalam hal ini, bukan sahabat-sahabatku yang cukup menjaga ikatan antara kami supaya tidak terlerai....bukan salah sahabat-sahabatku yang cukup banyak membantu diri ini sehinggalah aku boleh berjalan segagah ini...tiada ukhwah sehebat ukhwah yang antum tunjukkan...TETAPI semuanya salah diri sendiri...jika Allah mengkehendakkan aku lagi dalam perjuangan ini...aku akan tetap akan bertahan sehingga ke garis terakhir malah jika aku mampu, aku tetap mahu bertahan walaupun Allah tidak inginkan aku dalam perjuangan ini lagi...kerana aku sayangkan perjuangan ini...bagi diriku hanya mati yang dapat memisahkan aku dan perjuangan ini...aku akan tetap bertahan...

"...Bukan betapa besar perubahan itu yang penting, tetapi bagaimana mengekalkan perubahan itu lagi penting...."

Semoga Allah kurniakan kita semua sifat istiqomah dalam setiap amalan yang kita kerjakan...amin

Syukran kepada edCoustic untuk lagu yang sungguh syahdu dan penuh keinsafan ini dan akhi Muhriz Rahmat (Universiti Al-Azhar) atas video di bawah ni sehingga menggugurkan air mata keinsafan...jazakamullahukahiran kathira...hanya Allah yang mampu...


video

http://muhrizrahmat.blogspot.com

Feb 25, 2010

Ya Rasulullah...

"Ya Rasulullah"

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

~ Raihan ~
(Sumbangan Ija's Collection)

Aku selalu menjadikan frasa ini sebagai motivasi dan taujihad kepada diri sendiri tatkala cabaran dan dugaan menimpa diri...

"Jika Rasulullah seorang yang cepat berputus asa apabila ditimpa musibah dan dugaan, mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia seperti SEKARANG!"

"Apa yang aku rasakan ini baru sedikit, jika nak dibandingkan dengan apa yang ditimpakan kepada Nabi Muhammad!"

"Pernahkah aku dibaling NAJIS hanya untuk menegakkan kalimah tauhid??!"

"Pernahkah aku dibaling batu sehingga berlingangan DARAH hanya kerana untuk membawa pegangan hidup paling sempurna kepada manusia??!!!

"Pernahkah aku dicaci, dimaki dan dihina oleh orang lain dan KELUARGA sendiri, hanya kerana untuk membawa semua manusia beriman kepada ALLAH??!!!

Perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama suci Islam di muki bumi tiada tandingnya, malah dugaan yang ditimpa oleh Rasulullah jauh LEBIH BESAR jika hendak dibandingkan...

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam....serta keluarga baginda...

Tangisilah kerana rindu untuk menatap wajah baginda dan kerana berasa tidak layak untuk menjadi ummat baginda lantaran dosa-dosa dalam diri.

Semoga kita semua beroleh syafaat daripada baginda di akhirat kelak...

Selamat menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W


video

Feb 20, 2010

Bersanding Haramkah???

Perkahwinan dua sepupuku, Dr Firdaus & pasangannya serta Muhaimin & pasangannya
(13 Feb 2010)


Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan bukanlah di kalangan baginda golongan yang tidak mengikut sunnah-Nya apatah lagi untuk mendapatkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”.

(Yassin: 36)

Bersanding haramkah??? Tiba-tiba persoalan ni timbul dlm benak fikiranku semasa aku menghadiri jemputan kahwin sepupu-sepupuku di Shah Alam minggu lepas. Makku kata keluarga pak longku tak mahu buat majlis persandingan kerana kata adik iparnya (seorang penceramah bebas) yang melarangnya mengadakan persandingan sebab haram. Haram ke???

Habis tu kenapa sekarang ni kat mane2 pun bersanding sudah menjadi kemestian. Kat TV pun kalau tunjuk pasal perkahwinan mesti ada persandingan. Pendek kata, bersanding ni wajiblah ada barulah orang tahu sape yang kahwin ditambah pulak dengan acara tepung tawar pengantin barulah kahwin namanya. Tapi merenjis ni budaya kite ke???

Haram ke tak???

Ni antara info yang dapatku cari mengenai persandingan....

Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.

Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”

Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuranantara lelaki dan wanita yang bukan muhram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”


Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:

“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa;…… perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”


Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalah dilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.


Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiap menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”


Rasulullah saw. bersabda:

“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”





Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:


1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dan sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Alternatif: Kan lebih elok jika buat majlis doa selamat kepada bakal pengantin bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan.

Ternyata masyarakat kita memang tidak boleh lari dengan adat. Kerana itulah perlambangan identiti bangsa kita. Namun harus diingat bahawa jangan kerana terlalu meraikan adat, agama tergadai. Kedua-duanya perlulah seiring. Jika adat yang dilakukan tidak bertentangan dengan agama maka tiada sebab pengharamannya, namun jika sebaliknya pula tiada sebab untuk kita melakukannya. Kerana di akhirat esok bukannya adat yang kita lakukan menjadi pertimbangan utama tetapi tahap kita menjaga kesucian agama dan diri kita sebagai muslim itu dinilai Allah. Jika baik adat kita menurut Islam, maka InsyaAllah baik semuanya.

Jadi, buatlah pertimbangan sewajarnya dan jangan pula kerana isu sebegini menjadi punca keretakan hubungan kekeluargaan. Sebab itu Allah turunkan kepada kita al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kepada kita mengurus hidup di dunia ini. Maka jadilah kita insan yang bersyukur dan sentiasa menjadikan kedua-duanya sebagai pegangan kita.



p/s: karoeke pulak camna ye hukumnya semasa majlis perkahwinan???


Sumber rujukan:

1. http://usrahwave.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=85&Itemid=106

2. http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/01/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html

3. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.

4. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.

5. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Feb 17, 2010

Aku Marah Nih!!!



Apa gurau-gurau!!!
Hahaha...itulah antara yang aku masih boleh ingat semasa amarah durjana menguasai diri...
Ternyata apa yang berlaku samada yang baru berlaku atau dah lama dah berlaku sebenarnya satu petanda kepada aku bahawa aku ni hanyalah insan yang lemah dan TIDAK SEMPURNA, banyak kelemahan serta daif lagi...

Terbuktilah aku pun ada kelemahannya jua...
Aku cuma nak bawa korang semua lihat dalam beberapa sudut tentang apa yang telah berlaku yang menyebabkan aku marah...

Kalau aku tak marah...mungkin aku sendiri takkan sedar akan kesilapan aku dan sudah tentu 'sahabat baik' kepada amarah durjana ialah egois(tak nak mengaku salah da)...marah melepaskan suatu tenaga yang akhirnya aku akan fikir balik..betul ke aku marah ni???..bertempat ke aku yang silap???...

Kalau aku tak marah...orang lain mungkin takkan sedar juga kesalahan mereka dan fikir mereka aje yang betul...sekurang-kurangya bila ada orang marah, orang lain pun boleh berfikir secara analitikal dan kritikal tentang adakah aku salah atau orang tu marah tak bertempat dan boleh betulkan keadaan

Kalau aku tak marah...mungkin semuanya akan terpendam sahaja semua masalah dan menanti ibarat bom jangka yang didalamnya mengandungi bara amarah, egois yang memuncak dan mungkin serangan2 fizikal yang tak terduga. Dan cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika bom ini meletup!!!



Walaubagaimana pun marah tu bukan sikap yang baik malah tak de pun dalam buku mana-mana yang mengkatogerikan marah sebagai sifat mahmudah...malah dalam al-Quran Allah berfirman:

"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(al-Fath: 26)

Dalam ayat tersebut, Allah mencela sifat keangkuhan golongan kafir yang timbul kerana perasaan marah mereka apabila Islam mula berkembang luas dalam masyarakat.

Jauh sekali jika ada antara kita yang turut mahu dicela oleh Allah...tetapi menunjukkan bahawa kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, kadang-kala kita terjebak juga dalam kancah marah ini sehingga ada yang tidak terbendung...

Malah Allah juga mencela orang yang tidak menjaga hubungan baik dengan orang lain..

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)


“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baru ku tahu betapa pentingnya menjaga hubungan dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan pergaduhan seperti marah...kadang-kadang bagus jugak marah ni..baru sedar sikit...

Untuk orang-orang yang aku pernah menghamburkan kata-kata amarahku...ku susun sepuluh jari mohon KEMAAFAN kerana...firman Allah:

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”

(Surah al-A’raf :199)

Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

(Surah asy-Syura:43)

Yang paling penting...

“…menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”

(Surah ali-‘Imraan:134)

Betapa bersyukur sebenarnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam kerana bersama-samaku sentiasa ada penduan yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla, Tuhan sekalian alam sebagai bimbingan dalam usahaku mencapai redaNya...

Buat sahabat2, kawan2, aku cuma insan biasa tak boleh lari dari perasaan marah dan kesalahan...JANGANLAH DISEBABKAN KELEMAHAN INI PERSAHABATAN YANG TELAH LAMA TERJALIN BERKECAI BEGITU SAHAJA...bukankah itu gunanya kawan, jika aku melakukan kesalahan, seharusnya kawanlah yang menegur dan membetulkan diriku...Rasulullah S.A.W sendiri pun begitu menjaga hubungan persahabatan contohnya baginda tidak akan makan sekiranya orang-orang disekelilingnya tidak makan...masyaAllah, betapa Rasulullah mengamalkan susah sama susah, senang sama senang, kita pernah dok terfikir pasal ni??? Jauhkanlah sifat PENTINGKAN DIRI sendiri sebaliknya suburkanlah KESATUAN HATI antara kita...nasihat untuk diri sendiri jugak...InsyaAllah kita sama-sama perbaiki diri kita masing2...



Akhir kalam, hayati lirik lagu nasyid dari kumpulan in-team ni...syahdu & "keno atah muk0" org kelate kata...enjoy

Hah..kan best tengok sume org senyummm...=>
Let's spread smile (promote smile campaign miss yati) on friendship..don't angry-angry(ad ke bahasa ni??)...setiap masalah ada penyelesaiannya...
semoga ukhwah terjalin diredhai Allah...


Epilog Rindu

Bila bunga-bunga kelayuan berguguran…

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam
Beburung berterbangan riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam

Damainya di hati bila terpandang wajahmu
Manis senyuman menghulurkan salam
Lembut tutur bicara tersusun bahasa
Hapus sudah titis airmata

C/o
Kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
Indahnya kenangan yang pernah tercipta
Hindarkan persengketaan, jernihkan kekeruhan
Bara amarahmu jangan dinyalakan

Kasih dan sayang membentuk titian rindu
Menghubungkan hati yang lama terpisah
Mengeratkan lagi ukhuwah
Yang lama telah terbina
Bahagia dalam maghfirahNya
Oh… indahnya jalinan kasih sayang

C/o
Tidak sempurna iman, tidak bernama insan
Andai permusuhan dibiar berterusan
Leburkan keegoan, hulurkan kemaafan
Semoga sentosa dalam keredhaan

Epilog:
Tinggal duri-duri yang mencalar melukakan…


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Sumber http://www.hijjaz.com.my

Lagi best kalu korang layan video karaoke ni...enjoy2

Feb 2, 2010

Daripada Mana Kita???

Daripada kita datang sebenarnya???

Inilah persoalan yang kadang kala timbul apabila saya mengikuti sesi kuliah untuk subjek major saya semester ini iaitu SCE3110 : Earth and Space. Ternyata penyampaian pensyarah subjek ini, Mr. Ooi Bean Heng sangat bagus dari segi penerangan fakta dan teori terutama berkenaan dengan penciptaan alam semester. Memang betullah katanya yang dia begitu meminati bidang astronomi. Yang paling menarik ialah kebanyakan kuliah Mr Ooi mesti ditayangkan video-video berkenaan alam semesta yang begitu hebat 'sound effectnya'. Namun bukan 'sound effect'nya yang dipandang tetapi persoalan-persoalan yang timbul kerana yang mengajar saya adalah seorang buddha dan semestinya dia akan lebih menayangkan penemuan-penemuan daripada bukan Islam walaupun dia mengatakan bahawa dia mempunyai video 'Harun Yahya' yang menerangkan tentang alam semesta dalam konteks Islam (tapi dia masih belum tonton) dan dia juga banyak kali menyebut dia mempunyai al-Quran di rumah yang dihadiahkan oleh seorang rakan (semoga dia memperoleh hidayah...ameen).

Islam menerangkan sains, dalam al-Quran banyak menerangkan tentang alam semesta dan yang di'hilight'kan hanyalah kajian-kajian dari saintis barat...padahal saintis-saintis Islam telah lama membuat kajian tersebut. Dalam subjek tersebut, ada menerangkan tentang 'Big Bang' yang dibangga-banggakan oleh saintis barat tentang kehebatan penemuan tersebut. Dalam al-Quran:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?”
(surah Al-Anbiyaa´: 30)

Teori Big Bang menerangkan bahawa penciptaan alam semesta bermula dengan satu letupan yang dipanggil 'Big Bang'. Letupan yang kononnya berlaku berjuta-juta tahun yang lalu telah membentuk galaksi-galaksi termasuklah galaksi bima sakti (milky way galaxy). Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain.

Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bahawa bumi ini adalah rata (flat). Hanya pada 1907, Sir Francis Drake telah menemui bahawa bumi berbentuk sfera. Sedangkan al-Quran telah lama menerangkan bumi itu bukan rata hampir 1400 tahun yang lalu.

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).”
(Surah Luqman: 29)

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan.

“Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.”
(surah An-Naazi´aat: 30)

Alam Semesta Mengembang

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble (pencipta teleskop Hubble), membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. Menurut video yang saya tonton berkenaan teleskop Hubble yang dicipta untuk mendapatkan gambar-gambar sebenar objek-objek di dalam alam semesta yang kebanyakan masih belum ditemui oleh manusia. Penciptaan teleskop Hubble yang telah membolehkan kita menyaksikan gambar-gambar tentang alam semesta yang begitu senang untuk di'search' kat Internet. Untuk lihat gambar-gambar menarik alam semesta sila rujuk laman web rasmi NASA.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.”
(Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop.



Kita Diciptakan Dari Beruk???

Teori Darwin mengatakan bahawa manusia sebenarnya berasal dari beruk (ape) yang telah menimbulkan banyak kontroversi. Analogi yang mudah yang dapat saya buat ialah, dengan membandingkan isu ini dengan isu gelombang (waave). Terdapay dua teori menerangkan tentang gelombang. Teori pertama mengatakan gelombang ialah zarah-zarah kecil (particles) dan teori kedua menyatakan gelombang ialah cahaya. Orang yang berpegang pada teori gelombang adalah cahaya tidak akan nampak gelombang itu adalah zarah-zarah kecil, begitu juga sebaliknya. Samalah juga dengan situasi teori Darwin di mana sukar untuk Darwin nampak teori yang berlawanan dengan teori yang diperkenalkan olehnya. Walaubagaimanapun, teori Darwin telah terbukti banyak kelemahannya yang bukan sahaja disangkal oleh orang-orang Islam yang meyakini manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla. Malah Darwin sendiri mendapat tentangan daripada agama yang dianutinya sendiri iaitu Kristian yang menolak teori tersebut yang bercanggah dengan Bible.



Dalam video yang ditayangkan oleh Mr Ooi yang bertajuk 'Space', terdapat satu frasa yang saya ingati iaitu ia mengatakan bahawa manusia berasal daripada 'outer space' (alam semesta) iaitu tanah dari alam semesta.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."
(Al Hijr: 26-27)


DVD 'Space' yang saya tonton semasa kuliah SCE 3110

Walau bagaimana hebat sekalipun kajian yang dibuat oleh manusia dalam mencari asal usul manusia, namun tidak dapat menandingi kehabatan Allah Taala. Kewujudan sesuatu makhluk atau benda dalam dunia ini semestinya ada penciptaNya...hatta sebuah kereta pun ada penciptanya apatah lagi dunia dan manusia yang begitu sempurna dan kompleks ini sudah tentu Penciptanya adalah Maha Hebat.

Bagi saya, apa yang dikatakan bahawa manusia adalah berasal daripada alam semesta dan jatuh ke bumi ada kebenarannya jika dilihat dari sudut Islam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, mereka mengatakan manusia berasal daripada tanah2 di alam semesta. Alam semesta dalam Islam boleh dianggap sebagai syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa sebelum dicampak ke bumi(jatuh ke bumi). Aqidah kita adalah yang paling penting agar hati dan jiwa kita adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pegangan kita di dunia yang fana ini untuk mendapatkan redha Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".

Rujukan:

1. Mr Ooi Bean Heng, Pensyarah Fizik Jabatan Sains IPG Kampus Ipoh
2. Laman web Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Komentar