Nov 20, 2009

Inilah Hidupku

Alhamdulillah sudah 21 tahun ana menghirup oksigen yang membolehkan peparu yang terkandung berjuta alveolus untuk pertukaran gas berlaku dan darah beroksigen ke jantung ana hingga jantung ana boleh mengepam darah dan berdenyut setiap saat.

Ana menjadi reflek tentang apa yang telah ana lalui selama ini yang kebanyakkannya tidak dirancang oleh ana pun...inilah kuasa Allah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam mengatur perjalanan hambaNya dan alam ini.

Ku temu kehidupan di sini....biar gambar yg berbicara

Bermula di sini...















Kolej Matrikulasi Melaka dan IPG Kampus Ipoh...medan semuanya bermula



















Surau Al-Hidayah IPG Ipoh ...terpilih menjadi Exco Penyelenggaran & Kecerian Surau


















Berendam dalam sungai yang sejuk dan usrah al-kahfi (bawah)...first time kenal apa itu usrah















PBS mengajarku erti mengajar

Firman Allah :

"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Allah Yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa Yang kamu telah kerjakan."

(An-Nahl 93)

Nov 17, 2009

Kita Kan Sama-Sama Muslim



Bismillahirrahmanirrahim...

Terasa terpanggil untuk menulis entry ini selepas beberapa peristiwa yang berlaku yang agak menyentuh sensetiviti dan menimbulkan ketegangan. Agak menyedihkan apabila kita sesama Islam bergaduh dan memutuskan hubungan. Jika dahulu ingin kepada Islam tetapi disebabkan salah faham dan terasa hati yang tidak bertempat serta ego tidak ingin menerima penjelasan, ada yang sanggup lari daripada mendalami Islam. Apa semua ni???!!!

Kita Kan Sama-Sama Muslim

Tidak kiralah sebesar mana masalahnya mesti ada penyelesaiannya. Kenapa kita perlu jadi keras hati dan kepala untuk menerima penyelesaian tersebut. Inilah yang saya perhatikan mengenai orang Melayu yang juga diri saya sendiri, di mana sangat sukar untuk menjatuhkan ego dan menerima kesalahan...macam mana sekalipun, dia akan cuba buktikan dia tiada salah dan orang lainlah yang salah.

Sahabat-sahabatku,
Kita kena berbalik kepada Islam. Sebagai orang Islam kita kena sedar hakikat ini. Kenapa Islam melarang memutuskan hubungan dek kerana isu-isu yang sebenarnya berbalik kepada ego sebenarnya.

Berbaliklah kepada al-Quran...

Terasa Hati

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?"

(An-Nur: 22)

Tuntutan Menjaga Hubungan Silaturrahim

"Bertakwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain (dan peliharalah hubungan) rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

(An-Nisa': 1)

Balasan Memutuskan Hubungan Silaturrahim

"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa akan membuat kerusakan di bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya pula mata mereka"

(Surah Muhammad: 22-23)

Sabarlah...Kawal Amarahmu


"...orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik"

(Ali Imran: 134)

Setiap perselisihan sebenarnya menguji tahap keutuhan ikatan persaudaraan antara kita samada ikhlas kerana Allah atau tidak.

Bukankah jika kita sayangkan kawan-kawan kita sudah semestinya kita tidak mahu kawan-kawan kita termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah.

Kita yang diberikan secebis kesedaran dan hidayah oleh Allah tentang Islam bukankah tugas kita membantu kawan kita apatah lagi dia juga muslim seperti kita.



Walau pahit namun bukankah ianya untuk kebaikan dia dan kita juga. Jagalah hubungan ini kerana kita akan disoal oleh Allah pada hari akhirat kelak kerana keegooan kita meninggalkan kawan-kawan kita.



abdulfattah: Buat kawan-kawan yang mengenali diri ini, minta maaf jika sebelum ini nasihat dan teguran saya membuat anda terasa. Sedarlah saya berbuat demikian kerana sayangkan anda semua...semoga hubungan kita diberkati dan dirahmati Allah

Sepetang Bersama Si Yatim


Alhamdulillah,

Tidak disangka-sangka saya diberi peluang oleh Allah untuk menghabiskan sedikit masa petang saya bersama dengan golongan yg istimewa di sebuah rumah anak yatim di sini.

Rutin petang yang kekadang membosankan hari ini bertukar sesuatu yang manis yang agak sukar digambarkan. Peluang bertentang mata dengan 13 orang anak-anak yatim lelaki dan 11 orang anak-anak yatim perempuan begitu membuat hati ini teruja dan kekadang sayu.

Yelah...memikirkan saya yang masih punya ayah dan ibu sedangkan mereka sudah kehilangan mereka atau salah seorang daripadanya. Semasa slot pengisian, terasa risau jugak untuk menyampaikan sesuatu terutama berkaitan dengan ibu bapa...takut2 diorang jadi sedih. Jadi saya cuba elakkan daripada menyentuh perkara-perkara berkaitan ibu bapa. Modus operandi slot pengisian pada petang itu lebih kepada tayangan video dan sesi dalam kumpulan. Tayangan video ialah berkisar soal aqidah yang bagi saya sangat penting untuk dipasakkan dalam hati dan nurani adik-adik ini. Kerana dengan usia semuda itu, jiwa dan hati mereka cukup rapuh dan sangat mudah terjebak kepada perkara2 negatif lebih2 lagi ekoran tamparan kehidupan yang dialami oleh mereka. Video-video berkaitan dengan kebesaran Allah sedikit sebanyak memperkukuhkan lagi ilmu adik-adik ini yang telah diasuh dengan didikan agama seawal kemasukan mereka ke rumah tersebut.

Ternyata persepsi awal saya tentang mereka yang dikatakan nakal dan susah dikawal meleset apabila kami mengadakan sesi kenal-kenalan dalam kumpulan. Sangat terkesima dan bangga dengan apa yang mereka luahkan dalam sesi suai kenal tersebut. Berikut adalah antara dialog yang masih saya ingat:

Raof: Nama saya Abdul Raof bin Sarif...asal Kulim Kedah....hobi baca Quran...

Saya: owh....surah ape dah Raof hafal??

Raof: Wadduhha...wallailiizasaja....

Saya: Cita-cita?

Raof: Saya nak jadi ustaz

..........................................................................................................................................................................

Anas: Nama saya Abdullah Hakim bin Abdullah...asal Kuala Kangsar...hobi saya membaca buku....cita-cita saya nak jadi angkasawan!

Saya: Woo..hebat betul..nak jadi macam Dr Sheikh...

Anas: Sheikh Mustafa...

Kawan2: Sheikh Muzaffarlah....

..........................................................................................................................................................................


Adik-adik di rumah tersebut yang umurnya seawal 7 tahun hinggalah 13 tahun. Bayangkan seusia muda sebegini mereka sudah kehilangan kasih sayang daripada dua orang yang terpenting dalam hidup mereka.

Bimbingan dan tunjuk ajar sangat-sangat diperlukan oleh mereka, lebih2 lagi dengan kedatangan orang-orang muda yang memahami jiwa mereka. Maka tidak hairan jika semasa saya mahu pulang, mereka bertanya kenapa awal sangat hingga membuatkan saya merasa sayu dan berat pula untuk pulang. Pengalaman sebegini sememang sesuatu yang tidak dapat dicari dimana-mana..berbeza dengan rumah-rumah anak yatim yang saya dengar daripada kawan2 sebelum ini. Mungkin suasana Islamik yang diterapkan oleh pemilik rumah anak yatim ini yang mencorakkan mereka.

Mungkin ini sekadar yang mampu saya buat untuk mereka sebagai menyahut seruan Allah yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak-anak yatim piatu. Semoga pengalaman sebegini datang lagi di lain masa....


"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan : Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan".

(Al-Baqarah 215)

"Mengenai urusan-urusan kamu di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah anak-anak yatim, katakanlah : "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya".

(Al-Baqarah 220)

Nov 16, 2009

Berharap Hanya Pada....

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sini ada satu kisah:

Terdapat 3 orang yang saling tidak mengenali antara 1 sama lain tetapi dengan izin Allah mereka ditemukan di dalam sebuah gua. Tiba-tiba, pintu gua tersebut tertutup dengan sebuah batu yg besar sehingga ketiga-tiga orang tersebut tidak dapat keluar daripadaNya.

Maka salah seorang daripada mereka telah berkata " Mari kita memohon pertolongan daripada Allah supaya kita dapat keluar daripada gua ini dengan amalan baik yg telah kita buat".

Orang yg pertama pun teringat:

"Pada suatu ketika, di mana dia merupakan seorang saudagar yg kaya raya dan pernah memiliki kambing yang banyak. Kemudian, datang seseorang yang susah memohon ihsan daripadanya. Dia kemudian memberikan kesemua kambing yang dia ada kepada orang susah tersebut tanpa meninggalkan seekor pun untuknya."

Dia berkata " Jika Allah mengambil kira amalan tersebut sebagai amal baik di sisi Allah, maka bukakanlah pintu gua ini"

Maka pintu gua tersebut pun terbuka sedikit

Orang kedua teringat:

"Dia mempunyai seorang anak dan seorang ibu tinggal bersama-samanya. Pada suatu hari, ibunya meminta untuk meminum air susu. Ketika itu ialah waktu tengah malam dan di mana dia mahu mencarinya. Namun, dia tetap berusaha mencari susu tersebut dengan meminta dari rumah ke rumah. Apabila dia sampai di rumahnya, dia melihat ibunya sudah pun tidur. Dia memegang susu yang dicarinya tadi sehingga ibunya bangun nanti dan sanggup tidak menghiraukan anaknya yang meminta untuk meminum susu tersebut."

Dia berkata " Jika Allah mengambil kira amalan tersebut sebagai amal baik di sisi Allah, maka bukakanlah pintu gua ini"

Maka pintu gua tersebut pun terbuka lagi sedikit

Orang ketiga pun teringat:

"Dahulunya dia seorang yang kaya raya. Pada suatu hari, datang seorang wanita berjumpa dengannya untuk meminta sedikit wang. Namun, dia memberi syarat kepada wanita tersebut jika mahukan wang tersebut, dia perlu tidur bersamanya. Oleh kerana terdesak dan tiada pilihan lain setelah habis berusaha, wanita itu pun bersetuju. Semasa dia ingin berzina dengan wanita tersebut, dia tiba-tiba teringat dan tersedar bahawa apa yang dilakukannya adalah berdosa dan terus memohon ampun daripada Allah. Dia melepaskan wanita itu dan memberikannya wang yang diminta tanpa tidur dengannya."

Dia berkata " Jika Allah mengambil kira amalan tersebut sebagai amal baik di sisi Allah, maka bukakanlah pintu gua ini"

Maka pintu gua tersebut terbukalah sepenuhnya

Moral of the story:

Satu-satunya pergantungan kita hanyalah Allah Taala
- Elaun tak de ke, takut x boleh jawab exam ke, masalah dalam ukhwah ke....semuanya kena berharap pertolongan daripada Allah Taala

:: Sedikit kata2 semangat kepada rakan2 terutama kwn2 bacth 3 PISMP yg kemungkinan elaunnya x berape adem tengah tension ngn study u exam n masalah2 lainlah, juga kpd rakan2 lain...semoga tabah menghanrungi hidup ini::

Guru @ Detektif

Sekali lagi yg terbaiklah PISMP Sains F5 yg telah berjaya mengadakan Pameran CSI (Crime Scene & Investigation) di SK Pakatan Jaya.

Roadshow yg berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang ternyata mendapat sambutan hangat drpd warga SK Pakatan Jaya

Sekali lagi bakat kepimpinan dan pengurusan diasah di kalangan kami sebagai persediaan untuk menghadapi Praktikum nanti

Diharap kawan2 F5 dapat mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan pameran sebegini lagi di masa hadapan

Info lanjut lawati blog F5 : http://pismpscienceipgipoh.blogspot.com

SK Pakatan Jaya, Ipoh



Fasilitator sedang melayan karenah murid2


Tapak pembunuhan...


PM sedang menyampaikan taklimat


Hairi begitu teruja menerangkan sesuatu kepada murid2...cayalah eri


Mencungkil kemahiran inkuiri di kalangan murid



Spesimen2 cap jari untuk menguji kemahiran meramal (prediction), pemerhatian (observation) dan membuat inferens


Team CSI



Strangled Rope : Salah 1 stesen pameran hari tersebut
From left: Shamla, Mizah, Mina, Azah, Faa'iza & Wawa



Guru-guru sains SK Pakatan Jaya



Congrate to F5!!!


Para detektif muda F5...semoga beroleh banyak manfaat dan pengalaman dlm 'roadshow' kali ni

Oct 25, 2009

Tangisan Hati

video

.................Astaghfirullahalazim.....
Ungkapan ini seakan-akan membuat aku menangis....
Apalah nak jadi dengan diri aku ni....
Banyaknya dosaku Ya Allah...

Aku tak sangka aku masih ada rasa nak menyesal....
Masih lagi Allah berikan aku secebis atau mungkin lebih sedikit daripada itu rasa belas-Nya supaya aku kembali mengingati-Nya...

Aku hanyut....
Hanyut dengan perasaanku sendiri....
Hanyut hanya dek ujian yang Allah turunkan kepada aku untuk melihat tahap keimanan aku...

Lemahnya aku Ya Allah...
Bannyak yang Kau berikan kepada aku....
Betapa aku tidak mengerti erti syukur walaupun aku kata aku bersyukur...

Betapa aku butakan mata hati ini memikirkan bahawa Kau sentiasa melihat apa saja yang aku lakukan,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...
Betapa kau rasa tak layak lagi mendapat keampunanMu,
Tapi aku tidak mahu Ya Allah, Kau campakkan aku ke dalam api nerakaMu,
Kepada siapa lagi tempat aku memeohon pertolongan selain Mu Ya Allah....

MasyaAllah....

Ampunkanku Ya Allah...

Sep 28, 2009

Selamat Berjuang Adikku

Tanggal 28 September 2009 adalah hari yang menyedihkan dalam hidup kami sekeluarga...apa taknya keluarga yang selama ni berlima selepas ni akan jadi berempat untuk tempoh 5 tahun...

My second brother, Izzul Faiz will departure to Ireland tonight to further his study in medicine courses. Tonight, he will leave Malaysia for 5 years to study at RCSI a.k.a Royal College of Surgeon in Ireland..huhu sedih2

Kira-kira pukul 4.45 petang, kami bertolak dari rumah ke KLIA. Aku terpaksa 'burn'kan tiket balik ke Ipoh pukul 6 petang semata-mata untuk menghantar adikku sampai ke pintu keluar negara malam ni...

Sampai je kat KLIA, aku dah rasa semacam dah, aku dah tahu lepas ni kitorang akan balik tanpa abg ngah. Tapi bangga ada jugak, satu-satunya dalam keluarga setakat ni yang dapat pegi luar negara u sambung belajar.

Kat KLIA, perbincangan ringkas berlaku antara kami satu famili. Pasal berat beg yang undang2nya tak boleh lebih 25 kg. Abg Ngah dah cuak takut-takut terlebih muatan pahtu timbang2...puh...33 KG!!!

Apa lagi, berlari kitorang, bukok beg balik, buang segala rempah-ratus dan beberapa helai baju...toaster pung buang jugok...timbang2 sekali lagi save...25.7 Kg je...lepaslah beg masuk kargo

Kira 4 jam jugak aku duduk kat airport tuh..tengok2 orang yang pergi overseas...wah bertuoh sungguh...memaksimumkan kecerdikan akal yang Allah kurniakan sehingga mampu pergi belajar luar negara...harapannya beroleh sesuatu untuk dimanfaatkan di negara sendiri..jangan lupa daratan pulok...yang paling penting jangan lupo Tuhan!!!

Tulah harapan aku jugak buat adikku ini...
Teringat adikku pernah kata yang kawan dia pernah ajak dia join MSM (Majlis Syura Muslimin) dan ISMA, proksi Islamik di Ireland. Rasa lega sikit dia join group2 macam ni, terbimbing jugok taklah hanyut, study je....

Abg Ngah yang jarang senyum..happy dapat pegi Ireland


pehh...rempah ratus, tom yam, nasi goreng....ini nak jual boleh ni...


Isi borang bagasi kat airport


Suasana kat airport

The trio now become duo..=< Last gambar dengan ayoh


Last gambar dengan mok


Last gambar dengan adik


Last gambar 1 famili


Pesan Ayah...



Warkah buat Abe Ngoh

Buat Dr Izzul Faiz Razali...

Duk sano jangan lupo oghe2 sini...
betulkan nawaitu...belajar kerano Allah & nak balas balik jasa mak ayah...
biar brani sket...jange sampai mudoh ditipu...sano negaro oghe...
jadilah doktor yg berguna utk diri sendiri & untuk ummah
carilah kefahaman Islam yang sebenar sebagai panduan & bimbingan dalam hidup...
Kepuasan hidup bukan terletak kepada taraf pengajian kita atau 'title' doktor yg mu dapat...
Jangan jd doktor yg lompong...hnya tahu bedah orang fizikal sajo...tp rohani kosong...
dekatilah ulama', org2 soleh kerana mereka akn mebimbing mu nanti

jangan lupo oghe2 di sini...
semoga bakal menjdi spt Allayarham Dr Fathi Yakan...Dr Fizikal dan Rohani...Dr Dunia dan Akhirat...

Salam dari Abe Long, ayoh, mok & adik...

Hijau di Pagi Raya

Salam Edulfitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada mahasiswa-mahasiswa IPG teristimewa kawan-kawan IPG Kampus Ipoh

Semoga Raya ni membawa pengertian yang terbesar tentang erti kemenangan dan tangisan kerinduan untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia


Kilaun Hijau di Pagi Raya


Famili Hijau


Raya terakhir Abg Ngah kat Malaysia... =<

Sep 14, 2009

Tawadu' Sifat Para Nabi dan Rasul Bah. 2


...Rasulullah S.A.W adalah teladan terbaik bagi orang yang berakhlak mulia. Baginda adalah makhluk Allah yang paling mulia dan juga orang yang paling tawadu' dalam sejarah umat manusia. Sejak muda Rasulullah selalu merendahkan diri.

Contoh yang menggetarkan jiwa kita tentang baginda Rasulullah S.A.W menjadi penggembala kambing. Dengan menggembala kambing bukan sahaja baginda merendahkan diri pada manusia bahkan juga pada binatang. Baginda tidak berasa canggung hidup di tengah-tengah kambing yang berbau busuk dan kotor itu. Baginda menjaga dan melayan kambing-kambing itu dengan penuh kasih sayang. Jika ada kambing yang beranak, beliau membantu dan merawatnya. Tidak ada jurang antara baginda dengan kambing yang digembalakannya itu. Rasulullah tawadu' bukan sahaja terhadap manusia juga pada binatang ternakannya juga.

Contoh lain sifat tawadu' Rasulullah ialah baginda sanggup makan makanan yang jatuh ke tanah. Dalam Sirah Nabawi kita dapati pada setiap kali ada makanan yang jatuh ke tanah, baginda pasti memungutnya lalu dibersihkan. Baginda membuang kekotoran yang ada, lalu makanan yang sudah bersih dimakannya. Baginda tidak berasa hina atau segan dan sebagainya.



Anas bin Malik r.a., iaitu pembantu Rasulullah S.A.W ada menjelaskan bahawa baginda selesai makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali. Anas meriwayatkan : Rasulullah S.A.W bersabda, "jika makanan kamu jatuh maka buangkanlah kekotorannya dan makanlah. Dan jangan tinggalkannya untuk syaitan".

(Riwayat Imam Muslim)

"Para sahabat juga menghiasi diri dengan sifat merendah diri iaitu tawadu'. Suatu hari Ali bin Abi Talib membeli satu dirham kurma. Buah itu dibawanya ke dalam selimut. Pada masa itu, Ali bin Abi Talib adalah khalifah iaitu pemimpin umat Islam seluruh dunia. Ada seorang lelaki melihatnya lalu meminta untuk membantu membawanya. Wahai Amirul Mukminin! Izinkan kami membawanya untukmu. Khalifah menjawab dengan merendah diri. Ketua keluarga lebih berhak membawanya.
(Al-Bidayah wan Nihayah 8/5)

Jemaah yang dimuliakan. Sejarah telah membuktikan hancurnya sesuatu bangsa itu antara sebabnya kerana sombong dan bongkak. Seorang ulama' menjelaskan hakikat sombong itu, ialah apabila seseorang berasa dirinya wajar diagungkan padahal hakikatnya tidak wajar. Begitu juga jika seseorang itu berasa layak menerima sesuatu darjat padahal belum layak...demikianlah bongkak.

Bangsa kita sekarang ini boleh rosak binasa jika masih ramai yang sombong apa lagi sombong sudah menjadi budaya! Misalnya, ada seseorang yang masuk fakulti kedoktoran dengan cara menyogok wang kepada pihak universiti. Orang ini memaksakan diri masuk fakulti kedoktoran kerana berasa dia layak. Padahal hakikatnya dia tidak layak. Nilainya masih kurang tetapi dia berasa dirinya layak tidak kurang bahkan layak kerana mempunyai wang. Orang begini sudah sombong. Lebih sombong lagi. Dia membiayai kesombongannya itu. Yang menjadi mangsa selain dirinya juga adalah bangsanya.

Juga ramai yang berasa layak menjadi pemimpin. Dia berasa layak untuk menjadi negarawan untuk menguruskan bangsanya. Padahal mengurus diri sendiri pun tidak mampu. Mengurus keluarga pun tidak boleh. Tetapi dia mengaku layak diagungkan sebagai pemimpin negara. Sesunggunya yang mendorongnya begitu adalah kesombongannya. Jika demikian, hukuman dari Allah akan datang menimpanya bila-bila masa sahaja."

Petang itu Azzam membaca dua baris saja dari kitab Al-Hikam itu. Namun penjelasannya yang dibuat dengan panjang lebar dan mendalam. Bu Nya Nur terpukau oleh huraian-huraiannya. Dan Ana pula dalam diam mula berasa kagum dengan kehebatan Azzam itu...

::Tamat::

Lebih lanjut rujuk novel pembangun jiwa "Ketika Cinta Bertasbih Episod 2" karya Habiburrahman El Shirazi

Semoga mendapat manfaat daripada cerita ini yang sebenarnya tidak mendasarkan kepada kecintaan sesama manusia semata-mata tetapi merangkumi banyak aspek pengisian jika pandai mentafsir dan menilai....



Semoga menjadi tawadu' sepertimana Rasulullah S.A.W

Salam Ramadhan dan Lebaran 1430 H buat semua

Sep 13, 2009

Tawadu' Sifat Para Nabi dan Rasul Bah. 1



..."Baiklah para jemaah yang dimuliakan, kita akan teruskan apa yang sebelumnya telah dibacakan oleh Pak Kia. Yang terakhir kita sampai pada kalimah-kalimah yang ditulis Ibnu Athaillah as-Sakandari, maknanya, barang siapa yang yakin bahawa dirinya berasa tawadu', maka bermakna di benar-benar telah takbur."

" Kali ini kita hayati bersama kalimat Ibnu Athaillah yang bererti...bukanlah orang yang tawadu' atau merendahkan diri, seorang yang jika merendah diri berasakan dirinya di atas yang melakukannya.

Misalanya, dalam suatu majlis ada seorang berasa tawadu' dengan duduk di belakang. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa yang sesuai bagi dirinya ialah di atas, iaitu duduk di hadapan majlis. Maka orang seperti ini bukanlah orang yang merendah diri melainkan orang yang sombong.

Lalu, bagaimana orang yang benar-benat tawadu'?

Ibnu Athaillah berkata di baris berikutnya, ertinya, tetapi orang yang benar-benar merendah diri adalah orang yang mana apabila merendah diri dia berasa berada di bawah sesuatu yang dilakukannya.

Misalnya, dalam suatu majlis, ada orang dipaksakan duduk di bahagian agak ke depan. Kerana dipaksa atau terpaksa, dia pun duduk di situ. Dalam masa yang sama dia berasakan dirinya sepatutnya berada di belakang. Inilah dia orang yang merendah diri.

"Jemaah yang dimuliakan, tawadu' adalah sifat mulia, tawadu' adalah sifat para nabi dan rasul. .Yang berlawanan dengan tawadu' ialah sombong dan seumpamanya. Ulama' bersepakat bahawa takbur itu haram dalam Islam.




Sombong adalah sifat yang dimiliki oleh Allah. Hanya Dia. Dia yang lebih berhak memiliki sifat ini. Tidak boleh ada satu pun makhluk menyaingi-Nya dalam hal ini. Siapa yang menyaingi Allah dengan berasa berhak memiliki sifat takbur ini bermakna dia berhak menjadi Tuhan. Orang seperti ini dimurkai Allah.

Dalam satu hadith qudsi, yang bermaksud, "Sombong adalah selendang-Ku, dan agung adalah pakaian-Ku, siapa yang menyaingi-Ku dalam salah satu dari kedua-duanya maka akan-Ku lemparkannya dalam Neraka Jahanam". (Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Muslim)

Kerana rasa sayang dan cinta, Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk tawadu'. Lalu dengan sebab sayang dan cinta juga Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk tawadu'.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan aku agar tawadu'. Jangan sampai ada salah seorang menyombongkan diri pada orang lain. Jangan sampai ada salah seorang yang bongkak pada orang lain."
(Riwayat Imam Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Bersambung....

Semoga kita menjadi insan yang tawadu' dalam amalan kita sehari-harian dan dalam usaha kita memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan yang tinggal ini


Petikan daripada novel pembangun jiwa "Ketika Cinta Bertasbih Episod 2" m/s 297 - 301 karya Habiburrahman El Shirazi

Sep 11, 2009

Kemanisan Di Penghujung Ramadhan

MasyaAllah...sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya...

Amalan?

Aisee men...susah nak cakap...asignment, kerja-kerja Biro semuanya mulalah menjadi alasan bila ditanya...

Macamanapun, yang paling penting ialah untuk memanfaatkan sepenuhnya hari-hari yang tinggal ini....

Tidak diduga dalam menempuh hari-hari terakhir Ramadhan ini, team-team usrahku (usrah al-kahfi) telah merancang satu majlis rupa-rupanya untuk diriku.....


Terharu apabila adik-adik usrah sudi menyambut hari lahirku (walaupun dah 11 hari lewat)



Majlis berbuka puasa bersama team usrah...nasi falastin (boikot USA)
Surpriselah sangat...pape pun syukran antum semua...


Inilah kemanisan ukhwah yang tak dapat dicari, dibeli apalagi diambil dimana2


::Tingkatan Ukhwah yang paling rendah ialah bersangka baik dengan sahabat dan tingkatan ukhwah paling tinggi ialah ithar iaitu mementingkan sahabat lebih daripada diri sendiri::


Doa abang usrah kepada adik-adik usrah sekalian:

..Semoga taat kepada perintah Allah dan Rasul...
..Semoga beroleh redha Ilahi...
..Semoga menjadi jundullah sejati...
..Semoga sanggup berkorban demi Islam...
..Semoga mencintai syahid...
Amin...

Aug 27, 2009

Duduk Diam Ramadhan Ini

Salam Ramadhan,
Alhamdulillah hari ini sudah 6 hari Ramadhan menjelma dan bagaimana agaknya amalan kita setakat ini?
Semoleknya, apabila kita telah mengurangkan aktiviti makan dan minum, masa sehari-hari sepatutnya lebih banyak untuk kita manfaatkan beribadat kepadaNya kerana pahala dan ganjaran yang berlipat ganda hanya boleh didapati bulan ini sahaja berbanding bulan lain.

Sekadar perkongsian...




Roja'

Bercakap adalah benda yang asasi buat manusia yang dikurniakan mulut oleh Allah Taala. Bercakap juga adalah komunikasi yang paling berkesan dalam menyampaikan sesuatu. Namun di bulan Ramadhan ini, kita digalakkan untuk suku' atau duduk diam sementara dengan tidak bercakap.

Diam di sini ialah roja' menurut kitab yang dikarang oleh Ibnul Qoyyim, roja' ialah mengharapkan dan biasanya roja' ini digandingkan dengan satu lagi perbuatan iaitu khauf iaitu merasa takut.

Roja' dengan suku' (duduk diam) didefinisikan oleh para ulama; sebagai mengharapkan sesuatu yang memberi manfaat kepada seseorang tetapi belum pasti dengan syarat didahulukan dengan amalan yang pasti. Contoh sesuatu yang belum pasti dan bermanfaat ialah mengharapkan redha Allah dan masuk ke Syurga Allah.

Analogi kepada perkara ini ialah seperti orang yang bercucuk tanam. Seseorang yang mengusahakan tanaman akan menggembur tanah, kemudian membaja, menyemai dan menyiram tanamannya (amalan yang pasti). Selepas itu, orang itu akan berharap kepada Allah agar dikurniakan buah hasil daripada tanamannya. (sesuatu yang belum pasti dan bermanfaat)

Begitu juga amalan sehari-harian kita, sedakah, solat dan apa jua perbuatan baik yang kita lakukan kerana Allah adalah amalan yang pasti. Kita digalakkan roja' iaitu duduk dan berharap kepada Allah agar amalan-amalan yang kita lakukan ikhlas keranaNya akan mendapat rahmat, syurga dan redhaNya.

Firman Allah dalam surah al Baqarah 218 yang bermaksud

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah”



Oleh yang demikian, di bulan mulia ini kurangkanlah perbualan yang tidak berfaedah sebaliknya banyakkan suku' dan roja', berharap kepadaNya agar setiap amalan yang kita lakukan diberkati dan diterimaNya. Kerana bulan Ramadhanlah peluang keemasan untuk berbuat demikian berbanding bulan lain di mana kita mempunyai banyak kelapangan masa

::Ayuh tingkatkan amalan Ramadhan ini::

(Dipetik daripada tazkirah zuhur Masjid Wilayah)

Aug 26, 2009

Buku Yang Mesti Baca

Alhamdulillah seinfiniti syukur kepada Allah Azza Wa Jalla kerana dengan izinya masih memberikan saya peluang dari banyak segi termasuk keupayaan fizikal, kebolehan mental dan kesejahteraan rohani untuk meneruskan hari-hari di bulan mulia Ramadhan ini...

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat pengunjung blog ini, ada bingkisan istimewa buat anda semua dalam usaha untuk meningkatkan thaqafah dalam diri sempena Ramadhan dan cuti ini (khususnya pelatih-pelatih guru)

Ianya merupakan karya istimewa daripada seorang yang juga istimewa iaitu sebuah buku dakwah "Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah" karangan Ustaz Mustafa Masyhur.



Judul : Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah
Pengarang: Mustafa Masyhur
Terbitan : Dewan Pustaka Fajar
Harga : RM 10

Keistimewaan Buku Ini

Buku ini sangat bagus ditelaah dan dihadam oleh para daei yang menggerakkan jamaah atau proksi di kampus masing-masing. Ia berkisar tentang bagaimana peranan seorang pemimpin atau pimpinan sesebuah jamaah (qiyaddah) berperanan mengikut acuan al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W dan begitu juga dengan orang bawahannya atau pengikut (jundiyyah) agar setiap tingkah laku dan gerak kerja dalam jamaah berjalan seperti mana dikehendaki oleh Islam dan keutuhan jamaah dapat diwujudkan untuk generasi-generasi akan datang.

Garapan ustaz Mustafa Masyhur yang ringkas tetapi begitu padat dan menusuk iman serta mudah difahami menjadikan pembaca terutama golongan yang terlibat dalam jamaah dan gerakan Islam seolah-olah tersedar dan muhasabah diri akan banyak kepincangan dan kekurangan yang dilakukan sepanjang tempoh menggerakkan jamaah secara amal jama'i.


Ia juga boleh dijadikan antara garis panduan yang baik kepada golongan yang baru berjinak-jinak dengan kerja-kerja dakwah samada di kampus atau di mana sahaja.

Kandungan buku

Buku ini terbahagi kepada dua iaitu khusus kepada pimpinan dan khusus kepada para pengikut atau orang bawahan

Penulis memulakan bab dalam buku ini dengan menerangkan tentang "Kewajipan Amal Jama'i dalam Islam" sehingga kepada "Pengendalian Majlis Perjumpaan" ditulis dengan begitu mudah dan jelas untuk difahami.

Antara lain yang terkandung dalam buku ialah:

1. Tanggungjawab dan amanah pemimpin
2. Perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan
3. Akhlak dan sifat-sifat bagi pemimpin
4. Bentuk kerja dan bidang-bidangnya
5. Perkara-perkara asasi yang mesti dihasilkan oleh pengikut
6. Tingkah laku pengikut
7. Adab-adab antara pemimpin dan pengikut

Harus Miliki

Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap para penggerak dakwah tidak kira samada di peringkat pimpinan mahupun pengikut untuk dijadikan antara garis panduan dalam usaha mempraktikkan amal jamaei dalam gerka kerja Islam


:: Sepanjang pembacaan saya, banyak bahagian-bahagian yang memberi kesan kepada saya antaranya kepentingan taat setia kepada pemimpin selagi perkara tersebut tidak melanggari syarak.

...Hendaklah diketahui oleh pengikut bahawa iltizamnya dengan peraturan dan arahan jama'ah adalah satu perkara yang asasi dan mesti untuk kebaikan perjalanan kerja bagi menghasilkan tujuan, Penunaian kepada janji dan bai'ah (sumpah setia) yang diberikannya dikira ketaatan dan pengabdian kepada Allah. Ketaatan kepada ketua dalam perkara yang bukan maksiat juga adalah ketaatan kepada Allah.

Dari Abi Hurairah r.a, katanya Rasulullah A.A.W bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mentaati aku maka ia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai aku, maka ia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati ketua maka ia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhakai ketua maka ia telah menderhakai aku. (Riwayat Bukhari dan Muslim)...



Semoga buku ini bermanfaat untuk bacaan sahabat-sahabat dalam usaha kita memperbaiki diri kita dam gerak kerja Islam::

Nasihat Tentang Sahabat


Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya,

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh kawal dirimu.

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu.

"Bersahabatlah sekiranya kamu luhur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya.

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera.

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan timbang rasa.

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal jamaei dalam gerak kerja Islam...



Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, mankala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Di bulan mulia ini, ayuh eratkan persaudaraan kita kerana Allah. Semoga bermanfaat.

Salam Ramadhan
Related Posts with Thumbnails

Komentar