Mar 16, 2012

Ibrah Graduasi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah....yahoo!!! akhirnya dah ber'graduasi' juga aku, hari yg ditunggu oleh setiap pelajar di mana2 pusat pengajian setelah melalui beberapa tahun pengajian...memang lumrah abis blaja ialah masa untuk terima imbalan atau ganjaran yang setimpal dengan apa yg telah dilakukan semasa pengajian....jika baik maka baiklah kelas ijazahnya dan jika kurang baik maka kurang baiklah kelas ijazahnya.


Hidup Sentiasa Bertuhan

Mungkin sesetengah orang dan memang betul pun apa ada pada kelas ijazah tu, kalau kelas pertama apa 'advantage'nya sangat sekadar dpt anugerah lebih skit 'plus' popular sekejap semasa konvokesyen dan belum tentu lagi ijazah kelas pertama tu menjamin untuk dpt 'advantage2' selepas ni mcam mudah sambung belajar dll. Itu kerana ianya hanya Allah sahaja yang tahu, sebab Dia nak kita terus bergantung kepadanya sebagaimana kita bergantung kepadaNya dalam usaha mendapatkan ijazah kelas pertama tadi. Macamana pula kalau orang tu x penah minta pn dgn Allah tpi dpt ijazah kelas pertama? Itu pun urusan Allah, kenapa kita perlu mencemburui dan memikirkannya, adakah kita tak yakin dengan ketentuan dan kekuasaanNya...???  Orang yang sentiasa hidup bertuhan selalu memikirkan setiap apa yang berlaku di sekelilingnya adalah aturan dan kehendak Allah dan bukannya meletakkan kata-kata dan pandangan manusia mendahului ketentuan Allah.

Kelas pertama ke kelas ketiga ke atau tak de kelas sekalipun, pokok pangkalnya semuanya datang dari Allah, kita ni apalah sngt, tanpa izin Dia x dapatnya semua tu, maka bila datang dr Dia, mestilah ianya dipergunakan dengan sebaiknya....

Pengalaman konvo yg tak mungkin dilupakan, walaupun persiapan aku boleh dikatakan rapi, bangun awal dan barang-barang telah pun disiapkan semalaman lagi, last2 aku hampir tiba lewat kira2 pukul 7.50 pagi di mana majlisnya bermula jam 8 pagi...memang menggelabah habis disebabkan tersalah masuk jalan menyebabkan jarak ke tempat konvo bertambah ditambah dengan 'traffic jam', hanya Allah saja yg tahu perasaan pagi tu, tapi itulah ketentuan dan kehendakNya, kalau hebat macamana pun perancangan manusia, kalau ketentuan Allah tak boleh maka tetap tak boleh...bila fikir balik aku sempat beristighfar masa dalam perjalanan yg aku jangkakan lewat tu sebab aku takut sekiranya kesalahan dan dosa aku penyebab kepada masalah yang aku hadapi...alhamdulillah aku sampai tepat pada masanya...dan semuanya berjalan lancar

Ibrah Konvokesyen

Banyak la kisah sebenarnya pasal konvokesyen ni, ada yg berpendapat x de apa2 pun konvokesyen ni, namun bg aku 'there is something that we can learn from it'.

1) Hasil setimpal usaha

Bila mendengar satu khabar kawan yg x dapat bergraduasi di sebabkan tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan mengingatkan aku, macam ti jugaklah nanti kot bila di Padang Masyhar, setiap manusia akan dinilai dan diberi ijazah yg tercatit amalan-amalan yang telah diperlakukan di dunia dulu, jika tangan kanan tangan diambil ijazah tersebut, maka selamatlah, syurgalah yang menanti....hasilnya lumayan, walaubagaimanapun jika tangan kiri tangan yang diambil ijazah tersebut, maka tunggulah azab Allah, hasilnya memeritkan....setimpal dengan usaha dan amalan2 di dunia yang markah pahalanya untuk setiap tugasan yang telah disuruh oleh Allah sedikit atau banyak, lulus atau gagal memperolehinya....Allah, bagaimanalah nasib kita di Padang Masyar kelak???

2) Sedar Tanggungjawab

Memperoleh Ijazah maknanya ibarat 'green light' kepada pengkhususan yg kita belajar, ibarat kita layak untuk memanipulasi dan pakar dalam bidang tersebut....teringat sunnah Rasulullah S.A.W yg juga menerima ijazahnya sebagai Rasul sekalian alam iaitu semasa kisah di Gua Hira' di mana ijazahnya ialah petunjuk sekalian alam iaitu al Quran al Karim...yg menjadi panduan kepada tertegaknya kegemilangan Islam ketika itu. Begitu jugalah ijazah yg kita terima, adakah mampu memberi sumbangan untuk akhirat???

Maka penerimaan ijazah ini sebaiknya menyedarkan kita bahawa kepakaran yang kita dpt yang dibuktikan dengan ijazah tersebut seharusnya dipergunakan dan disalurkan untuk meneruskan perjuangan baginda Rasul kerana siapa lagi yang akan mengembalikan kegemilangan Islam jika bukan orang yang memahami perjuangan Rasul...ia seharusnya menjadi pemangkin kepada gerak kerja penerus perjuangan Rasulullah hingga akhir hayat kita...dan bukan sekadar mengaplikasikannya sekadar skop kepakaran itu sahaja tanpa mengaitkannya untuk sumbangan kepada ummah dan agama....kerana di akhirat kelak yang akan dipersoalkan ialah sumbangan kita untuk agama dan bukan untuk dunia sahaja....

Konvokesyen

Alhamdulillah dengan izin Allah jua, dpt aku menggenggam segulung ijazah, kata dan tulisan memang mudah untuk dinyatakan tapi realitinya tidak semudah yg disangka dan dikarang....namun ia masih boleh menjadi 'catalyst' atau pemangkin yang baik untuk merealisasikan apa yg diimpikan...smoga ia menjadi pendorong untuk meneruskan perjuangan menegakkan kegemilangan agama insyaAllah.....


Hadiah untuk pengorbanan mak dan ayah, smga blh memberi hadiah juga untuk mereka di akhirat kelak...

Ijazah dunia...ijazah akhirat bagaimana la pula...
p/s: jazakallah, terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg menyumbang kpd penerimaan ijazah pada hari ini, semoga Allah membalas dgn sebaik-baik ganjaran atas kebaikan anda semua...amin

3 comments:

ehsanhalim said...

tahniah fiq.gunakan ilmu dgn sebaiknya krn antara ciri ilmu yg berkat ia dpt diamalkan.tp klu ilmu yg tiada kbrkatan,elupun byk tp akhirnya luput tidak diamal.nta sebenarnya dpt dua ijazah, akademik dan fikrah islam.org lain mgkin satu ja.Alhamdulillah Allah pilih.jika Dia tidak ilih entah berada di mana kita.

terus manfaatkan peluang yg allah bg ni sblm ditarik kmbali.enta ada potensi besar.terus mara dan jgn berhenti.

abdulfattah said...

sebak bla enta kata bgitu, sapalah ana tp Allah dh pilih dan ana sgt2 bsyukur dan shbt2 lah yg byk mnymbng, trus mnyokong ana sheikh, msh byk ana kna blaja, bla fikir2 aturan Allah itu ad hikmahnya, ana posting di KL dll. InsyaAllah, sdg cba mengaplikasikan dan blaja dr pengalamn yg shbt2 yg bjaya mcm enta... ana x penah jangka lah dpt jumpa dan blaja dgn enta, byk sheikh, smga pengalaman dan ilmu itu diberkati...=)

Dx said...

tahniah akhi :)

Related Posts with Thumbnails

Komentar