Alhamdulillah tanggal 16 Januari 2011, maka secara rasminya aku berkhidmat sebagai guru, bermulalah fasa kehidupan aku dalam dunia kerjaya, bersyukur dengan setiap aturanNya kerana perancanganNya setimpal dengan kita dan terbaik...bila saje check online pada 9 hb lepas lbh kurang pkul 12 t/malam, terang lagi jelas menunjukkan yg aku ditempatkan di negeri pilihanku semasa mengisi borang posting dulu iaitu WILAYAH PERSEKUTUAN...bukan Labuan, bukan Putrajaya tapi di tempat tinggal ku kini KUALA LUMPUR...
Memang kalau tnya org lain pn, sape2 yg mintak K.L kebarangkalian u dapat tu tinggi, sbb x ramai yg nak duduk di KL ni trutama org2 dr area2 kampung atau luar bandar. Sebab yg popular ialah TRAFFIC JAM, SEWA MAHAL, LIFE COST TINGGI....mmg betul lah itulah realiti di KL.
Alhamdulillah bg aku, itu bukan halangan utama kerana di sebalik kesukaran2 tu ada jga kesenangan2 duk di KL ni, hampir smua bnda ada dan senang nk dapat, tapi kalau x de duit di KL ni ssh skit biasalah nama pun pusat bandar tempat ditumpukan setiap manusia u berkerja siang malam tanpa henti, jadi hantu duit semua, tempat juga berpusatnya jenayah2 dan aktiviti2 sosial yg sgt berleluasa, kalau org yg x biasa mai KL ni blh tertukar ni KL ke US...=)
Kalau bab susah nk 'survive' di KL, mak ayah aku dh jadi 'role model' terbaik aku, kami bkn hdup snang di KL ni tapi masih boleh hidup, malah ayah aku sorg2 sahaja yg bekerja dgn gaji bukan sijil apatah lagi siswazah, gaji pembantu am sahaja. Mmg jadi lumrah org2 Kelantan dulu2 bla x de keje di Kelantan, mereka akan berbondong2 mencari kerja di KL sbb tulah sampai skg famili aku lekat di KL ni dan alhamdulillah hidup kami ok sahaja x susah sgt dan x senang sgt. Bagi aku KL ke mana2 pn tetap bumi Allah, slagi kta ada fikiran yg waras, tenaga, usaha insyaAllah x de sebab untuk tidak boleh tinggal di sesuatu tempat tu, mungkin ada hikmahnya aku ditempatkan di KL ni...
Sekolah
Pada asalnya aku x kisah ditempatkan di mana2 pun, jadi tetap bsyukur dpt KL. Hasil pengalaman dan tarbiah di kampus sgt menyediakan aku untuk ditempatkan di tempat2 yg sukar dan tempat2 yg senang, sebab itu aku bersyukur kerana selain belajar di kampus aku turut berpeluang merasai pengalaman2 dan tarbiah ini. Sebab itu skg aku benar2 menggalakkan adik aku untuk aktif di kampus terutama dalam persatuan-persatuan bercirikan islami agar lebih mengerti tujuan hidup ini dan bukan jadi 'nerd' belajar sahaja. Allhamdulillah baru-baru ini, dia baru sahaja pulang dari kem anjuran PMIUM salah satu persatuan islam di UM.
SK Sentul Utama...itulah nama sekolah aku ditempatkan pula, memang betul2 dekat gilerr..dengan rumah aku, hanya 7 minit sahaja dari rumah ke sekolah. Sekolah yg baru 6 tahun beroperasi, memang masih baru, dan sangat besar, kerana kebesarannya inilah menyebabkan PPW atau PPD bagi negeri2 lain, berkongsi bangunan dengan sekolah tsbt. Alhamdulillah, 1 lagi kemudahan bagi aku, x perlulah bersusah payah untuk ke PPW untuk urusan2 berkaitan sekolah, hanya naik tangga sahaja.
Guru-guru hanya seramai 36 orang, dan murid2 hanya 600 orang lebih shaja...terdapat juga guru-guru keluaran IPG yg baru posting tahun lepas 2 orang dan graduan OUM-IPG seorang, alhamdulillah, juga memudahkan untuk ak merujuk dan meminta tolong. Bersama-sama dengan aku, turut melapor diri ialah seorang abang KPLI, yg dh jadi mcm sebaya aku dah walaupun dua tahun lbh tua dari aku, Izwan namanya dari IPG Ilmu Khas. Rasa kurang janggal skt bla ada orang baru lain di sekolah itu.
4 subjek yg perlu diajar, Sains, BM, PJ, KT, 20 lebih masa mengajar, guru kelas tahun 5, guru penasihat TKRS, Kelab Catur dan Persatuan Pencegahan Jenayah...dan yg terbaik KETUA PANITIA KAJIAN TEMPATAN...terbaik, kenalah aku study skt2 subjek2 yg x penah aku belajar kat IPG dlu. Kalau diikutkan pentadbiran dan guru2 di sekolah sangat2 menyenangkan dan 'supportive' cuma biasalah perkara2 negatif dalam profesion keguruan sememangnya ada cuma yg pntg mcmana kita handle perkara2 itu sahaja samada nak ikut atau tak. Cuma di sekolah ini apa yg aku nampak masih tiada yg dpt naikkan subjek sains , malah bukan subjek sains sahaja, apa2 perkara tiada lagi yg dinaikkan oleh mana2 guru untuk memajukan sekolah dan diri guru itu sendiri. Jadi peluang sangatlah luas untuk aku menyinar,,,InsyaAllah, perjalanan masih jauh ini mungkin fasa kedua dalam profesion aku sebagai guru, cita-citraku masih jauh...semoga Allah permudahkan jalan ini...
Masa
"Tanggungjawab yg ada lebih banyak dari masa yg kita ada" (AS Imam Hassan Al Banna), akhirnya kata-kata ini bakal dilihat sekali lagi akan kebenarannya atau sekadar omong kosong sahaja di kalangan pengerak2 di kampus dulu.
Bila dah berkerjaya, kerja akan bertambah banyak, kerja di sekolah lagi, kerja di rumah lagi, yg dah kahwin, sibuk dengan isteri dan anak-anak, dan jangan dilupa tugasan ukhrawi yg dicanang2 akan membantu ini membantu itu bila posting kelak...sekaranglah lapangan untuk membuktikannya...masanya telah tiba...mampukah? Jawapannya terletak pada diri kita sendiri, kalau nk jadi orang yg gila keje sampai dh x peduli dah keje2 Islam...kta yg tentukan, Allah x rugi apa2, kalau nak jadi orang yg buat keje harian dan pada masa yg sama keje2 Islam pun nak buat juga, kita yg tentukan.
Biarlah kerja2 harian yg kita buat menjadi pemudah kepada kerja2 Islam yg kta perjuangkan dan bukannya menyusahkan kita untuk bergerak kerja untuk Islam. Memang betul, bekerja sbg guru pn satu ibadah, tapi sekiranya kita memang ada ruang, kemahiran, kelapangan untuk buat kerja Islam kenapa ditutup peluang tersebut. Ramai yg dulu aktif di kampus namun apabila berada di alam pekerjaan, medan sebenar, hilang begitu sahaja...nauzubillahi minzalik...mohon dijauhkan
Fasa Kedua: Fasa Kerjaya: Bila dh keje byk benda kna fikir:
- sumbangan u famili
- kereta
- duit tambahan
- kahwin
- sumbangan u Islam
- rumah
- sambung belajar
dll...dan ini bukan perancangan untuk tahun ini tetapi bermula tahun ini sehingga beberapa tahun akan datang...optimis! smoga Allah mempermudahkan segalanya
- sumbangan u famili
- kereta
- duit tambahan
- kahwin
- sumbangan u Islam
- rumah
- sambung belajar
dll...dan ini bukan perancangan untuk tahun ini tetapi bermula tahun ini sehingga beberapa tahun akan datang...optimis! smoga Allah mempermudahkan segalanya
ziarah seorang murrabi, yg dijangka akan menjalani pembedahan jantung
bypass tetapi terpaksa ditangguhkan ke bulan 2 nanti, semoga Allah
menyembuhkan ustaz...amin, tatkala susah melawan kesakitan, beliau masih sangat murah dengan senyuman dan sgt sabar, smga Allah kurniakan aku sifat spt beliau jga...
3 comments:
7 minit je dari rmh?
Alhamdulillah Allah bagi byk nikmat dan kemudahan pada nta.tentu ada sbb.
:) go my brother rafiq! you can do it n you just do it!
10 min kalau x jam, slalunya pagi2 kalau lwt skt, trun lps pkul 7 pg, mmg akan lbh 7 minit blh smpai 20 minit.
Alhamdulillah, mmg nmpk ksenangan xbb ana x cite kesusahannya, malas nk fikir kesusahan, sbb akan mbantut keje2 yg ana dh rncng...insyaAllah smga kemudahan ni mjdi pemangkin kdp ana u trus bergerak. Enta jga diharap sntiasa senang2 shj untk bkerja dan bgerak kerja di sana
salam ziarah
smga terus thabat dalam perjuangan
mohon doa utk kami semua di sini
Barakallahufik!
Post a Comment