Dec 16, 2011

Passion & Patience

Bismillahirrahmanirrahim,


 Dalam keenakan cuti ni, aku dapat call dari Ketua Lajnah, Encik K, katanya ada keje sikit ni nak bagi, aku sahut dengan penuh keghairahan, "boleh...keje apa encik?". Katanya menyuruh aku membuat satu montaj untuk satu rancangan di bawah lajnah tersebut. Aku pun bagitau dululah yang aku tak de pengalaman sangat nak buat montaj ni...tapi penah cuba pakai satu software dulu (masa majlis perpisahan kelas aku). Encik K pun sama jgak tak biasa buat montaj ni so xpelah aku dengan rela hati terima task kali ni sambil2 aku belajar ilmu baru.


Ni muka PASSION ke PATIENCE ni???
Bermulalah perjuanganku yang aku sangka biasa-biasa saje tapi luar biasa rupanya, mula-mula aku bukak Youtube dlu tengok contoh-contoh montaj...tu dia...mantap seehh...aku menjadi semakin ghairah (PASSION) untuk cuba buat montaj aku sendiri, search punya search rupanya diorang kebanyakan pakai sofware Adobe After Effects...memang penah dengar dlu, tapi duk cari2 sofware FREE ngn kawan2 tapi tak jumpa-jumpa sampai skang. So apa lagi bla dah tahu software, bermulalah expedisi mencari sofware FREE kat internet pulak...cari punya cari, tulis FREE tapi last2 kena sign up dan purchase jugak, berjam-jam jugak masa mencari software sehingga aku hilang sabar (PATIENCE), susah bebeno nak cari software ni, yg ada pun torrent fail yang kena tunggu berkurun lama untuk download sedangkan masa yang diberi aku hanya 2-3 hari sahaja...

Software terbaru yang aku minati selepas Adobe Photoshop

Fikir punya fikir, tak de cara lain dah selain kena beli jugak software tu...so bermulalah ekspedisi kedua mencari sofware di pasaran...yes, tak perlu susah sangat cari kalau benda berbayar ni...ambil masa sejam cukup dah untuk pergi balik beli...maka terbelilah CREATIVE SUITE MASTER COLLECTION CS 5.5 latest punya yang mempunyai 14 software Adobe yang pelbagai...mantoplah...time tu dah ingat semua akan berjalan lancar kerana menyangka aku memakai laptop terbaik kurun ni...pendek kata aku ingat laptop aku tu baru 5 bulan beli, tapi aku silap sebabkan dah 5 tahun beli punya pasal...TAK BOLEH INSTALL...yang paling menghilangkan PATIENCE ku lagi ialah yg tak boleh install ialah software yang aku perlukan iaitu Adobe After Effects....sabarlah wahai hati...dugaan nih...nak buat kerja Islam biasalah mesti ada cabaran, aku harap kerja aku ada syer untuk Islam...

Fikir punya fikir, install punya install, memang tak dapat, tapi aku masih belum merasa nak putus asa lagi, aku try jugak cari software kat internet , kuasa Allah, alhamdulillah akhirnya dapat juga download Adobe After Effects Portable, disebabkan Portable maka banyak2 ciri2 yang tak lengkap, xpe semua tu boleh download sendiri....

PASSION ku bermula semula, agak pening pada permulaan, biasalah benda baru, tapi kepeningan tu bukan sekadar di permulaan sahaja, makin lama aku explore sendiri makin pening...betullah orang kata kalau nak belajar ilmu tu elok berguru...so nak cari cikgu kat mane lah ni? Last2 aku jumpa jugak cikgu aku, jumpa kat Youtube...nasib baik ada tutorial sesion untuk guna Adobe AE tu...memang sangat berguna...hari pertama buat susah jugak, menuntut kesabaran yang tinggi ditambah dengan laptop yang sudah agak berumur...

Kira-kira 2 hari lebih jugak masa yang diambil, dengan tidur malam hanya 2-3 jam sahaja untuk menyiapkan hanya 1 minit montaj. Wah, memang tinggi kesabaran, akhirnya siap jua montaj selama 1 minit tersebut. Hasilnya :


Akan ditayangkan....promo dulu


Penat jugak buat montaj ni walaupun hanya mengadap komputer saja. Bila tengok video terbaru terbitan OHSC tentang hudud, sangat impressed dengan hasil karya tersebut. Memang bercita-cita untuk hasilkan video sendiri pulak. Bila tengok video tu, menyedarkanku bahawa teknolgi sekarang dah jadi satu evolusi dalam penyampaian risalah dakwah sebab nak tackle terutama budak2 muda, untuk fahamkan diorang kita kena gunakan mekanisme yg digunakan mereka. So solute kepada pelakon2 yang menjayakan video tersebut, yang penting isi yang ingin disampaikan...insyaAllah berbekalkan PASSION dan PATIENCE akan menyusul nanti =) 

1 comment:

ehsanhalim said...

wah, good2.ana pun tgh nak study adobe after effect selepas ada terbaca status fb sahabat kita dari ipg lain tentang adobe after effect.dia mmg pakar bab design ni.

pasal video plak mmg skag dah jd fenomena.baru ni lepas balik program kat melaka ana singgah kl masa otw nak pg rmh makcik kat putrajya.singgah kat times square n survey gadget br.

berkenan dgn dslr sony power shot sx40.insyallah ada rezki nak beli jg.utk bt video2 islam.

Related Posts with Thumbnails

Komentar