Dec 13, 2011

Catatan Si Penganggur

Bismillahirrahmanirrahim
Officially aku sekarang bergelar penganggur yang bertauliah, kenapa bertauliah sebab bila pun posting aku tetap akan dapat segulung ijazah tahun depan itu pun dengan izin Allah. Dengan tarikh postingku yang masih menjadi tanda tanya, cuti atau masa menunggu untuk dipostingkan ni kira agak sibuk juga, ingat kan boleh makan tidur makan tidur je =)

Khidmat Keluarga
Usai angkut barang dengan lori ke K.L dari rumah sewa di Ipoh, aku terus balik ke Kelate setelah mendapat panggilan dr mak aku yang sekarang di Kelate u balik sana sebab x de orang nak disuruh ke sana ke mari. Tambahan pula mak sedara aku baru lepas bersalin dan takdir Allah anak tersebut tidak serupa anak lain kerana terdapat kelainan dari sudut kromosom (sepatutnya 23 tapi dia 24), aku pun x sempat nak tengok lagi baby Anis namanya kerana dia ditahan dalam wad untuk bagi pernafasan oksigen bantuan disebabkan jantungnya yang lemah. So, mak sedare aku kena pegi ulang alik dari HUSM untuk tengok si Anis dan disebabkan suaminya terpaksa balik ke Kuantan untuk kerja, akulah jadi pemandu officialnya ke sana...bila lagi nak berbakti dak?


Banyak kali jugak ulang alik dari Pasir Mas ke sini, sharpening my driving skills jugak

Walimah dan Jalan-Jalan
Pehh...memang ramai jugak kawan2ku yang kahwin cuti-cuti ni dan tempat pun boleh tahan jauh jugak. Selepas beberapa hari di Kelantan, terpaksa aku mengundur diri kerana memenuhi jemputan kahwin rakan sekelas, Azah di Sik, Kedah. Kiranya dia orang kedua dalam kelas aku kahwin, tahniah Azah dan suami semoga berkekalan. Lepas pi walimah rumah Azah, singgah kejap di walimah sahabat Ehsan di Baling dan alang-alang di Baling, kemudian terus ke Memali, ingat nak pergi ziarah kubur arwah Ustaz Ibrahim Libya, last2 silap info rupanya kuburnya bukan di Memali tapi di Pasir Panjang otw ke Alor Setar, xleh melawat kubur kami melawat sekolah beliau. Dalam perjalanan balik, Pok Jak duk bagi idea baguih punya, singgah Penang dlu. On the spot tiba-tiba kata nak naik feri, terpaksalah aku membatalkan niatku u balik ke K.L malam tu dan darat tak daratnya itulah first time aku naik feri...best experience...bak kata Ehsan "nanti bolehla bawak keluarga enta datang nanti" double meaning 'keluarga' tu...aku pun menjawab "InsyaAllah u kedua2 maksud kelurga tersebut". Sampai di Penang agak terkejut dengan suasananya walaupun aku dah biasa di K.L tapi taklah seteruk suasana kat situ, mungkin disebabkan kawasan yang padat jadi extremely crowded memang sesak tahap maksimumlah dengan pemandu2 yang agak2 ganas. Sebelum balik singgah tengok kapal dan makan pasembur di Padang Kota, orang kata tempat famous u makan pesembur. First time juga merasa Pasembur dan Laksa Penang, Penang. Kemudian meninggalkan Penang dan singgah jap di rumah Ehsan di Parit Buntar sebelum balik ke K.L keesokannya. 

Azah dan Syam, 3 Dis 2011

Singgah di Baling walimah sahabat lama Ehsan, katanya bekas schoolmate sek rendah, bekas pimpinan kampus di UUM...semoga Allah memberkahi baitul muslimnya

Kenangan di Baling, banyak gunung ganang di sana lebih kurang macam Ipoh jugak...with Ehsan Halim

Bersyukur sangat kerana berpeluang melawat Memali yang diilhamkan idea u melawatnya oleh Pok Jak...terasa sayu dan kagum bila mengenang kembali peristiwa Memali yang aku saksikan dari video sahaja, tapi hari tu live aku saksikan tempat kejadian syahidnya seorang pejuang Islam, Ustaz Ibrahim Libya, melawat sekolah yang dulu pondok tempat pasakan ilmu ketuhanan dan perjuangan Islam untuk melahirkan kader2 Islam ketika itu...kenangan di sekolah Ustaz Ibrahim Libya di Memali

Merentasi Selat Melaka dengan Feri ke Penang...


Pesembur dan laksa penang di Padang Kota...

11 disember, satu lagi walimah rakan sekelasku, Faa'iza di Taman Keramat Permai, K.L. Disebabkan dia siap warning lagi kalau aku tak datang siaplah aku, maka aku gagahi untuk memenuhi undangannya bersama famili aku. Tahniah Faa'iza dan suami semoga berkekalan. Dua orang dah lepas, next sapa lah pulak???

Selesai walimah di rumah Faa'iza, sempat lagi bersama-sama famili berkunjung ke Nilai 3. Kata mok nak beli tikar dan barang2 sikit. Tak sangka tempat yang dulunya hanyalah sekadar gudang tempat simpanan barang, sekarang ni dah jadi tempat membeli belah terutama barang-barang spt tekstil, perabot dan kelengkapan rumah. 

Kawan-kawan yang turut hadir

Tahniah Faa'iza dan Izhan


Shoping di Nilai 3, mok dan ayoh tengah tawar menawar =)

My bro impressed with not the carpet but the price...=)

SPP
Cuti ni jugak akan ada temuduga untuk lantikan DG41, cepat jugak walaupun tak posting lagi, sekarang ni semua cepat sebab PRU. Apa2 pun hargailah dah orang nak bagi ambik saje. 22 hb tarikh interviewnya dan membaca komen-komen dari kawan di FB, macam2 perasaan plak, seram, kelakor pun ada...tapi prinsip yang aku masih pegang dari mula2 interview masuk IPG dulu sampai sekarang ialah just be confident, all out and tawakkal to Allah. InsyaAllah itulah motivasi intrinsic u mengelakkan stress memikirkan interview. Ni antara soklan interview paling lawak ak penah dengar:




Semoga Allah permudahkan interview nanti...

Tarbiah
Selain mutabaah harian, walaupun sudah bergelar Alumni namun masih terasa nak berkhidmat untuk Islam di kampus lagi, isnyaAllah jika ada kekuatan Allah berikan akan bersama-sama sahabat2 mentarbiah kader2 Islam dan mentarbiah diri penghujung cuti ini (itu pun jika tak kena daftar diri kat JPN lagi)...semoga Allah permudahkan...

Banyak benda sebenarnya kena fikir untuk bergerak selepas ini. Kalau dulu tak susah sangat sebab berada di ruang lingkup kampus tapi sekarang tak lagi, bagaimana nak bersama-sama masyarakat, bergerak kerja dengan masyarakat, berada di medan realiti yang selama ini hanya dilakukan 10 % sahaja semasa berada di kampus...semoga Allah membimbing diri ini

p/s : bilalah agaknya posting nak diumumkan, agak stres memikirkannya sebab bila lambat agak susah nak susun perancangan gerak kerja hidup, insyaAllah sabar itu indah, terasa menusuk kalbu bila melihat video di bawah ini, semoga Allah thabatkan hati ini...insyaAllah 


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar