Nov 17, 2009

Sepetang Bersama Si Yatim


Alhamdulillah,

Tidak disangka-sangka saya diberi peluang oleh Allah untuk menghabiskan sedikit masa petang saya bersama dengan golongan yg istimewa di sebuah rumah anak yatim di sini.

Rutin petang yang kekadang membosankan hari ini bertukar sesuatu yang manis yang agak sukar digambarkan. Peluang bertentang mata dengan 13 orang anak-anak yatim lelaki dan 11 orang anak-anak yatim perempuan begitu membuat hati ini teruja dan kekadang sayu.

Yelah...memikirkan saya yang masih punya ayah dan ibu sedangkan mereka sudah kehilangan mereka atau salah seorang daripadanya. Semasa slot pengisian, terasa risau jugak untuk menyampaikan sesuatu terutama berkaitan dengan ibu bapa...takut2 diorang jadi sedih. Jadi saya cuba elakkan daripada menyentuh perkara-perkara berkaitan ibu bapa. Modus operandi slot pengisian pada petang itu lebih kepada tayangan video dan sesi dalam kumpulan. Tayangan video ialah berkisar soal aqidah yang bagi saya sangat penting untuk dipasakkan dalam hati dan nurani adik-adik ini. Kerana dengan usia semuda itu, jiwa dan hati mereka cukup rapuh dan sangat mudah terjebak kepada perkara2 negatif lebih2 lagi ekoran tamparan kehidupan yang dialami oleh mereka. Video-video berkaitan dengan kebesaran Allah sedikit sebanyak memperkukuhkan lagi ilmu adik-adik ini yang telah diasuh dengan didikan agama seawal kemasukan mereka ke rumah tersebut.

Ternyata persepsi awal saya tentang mereka yang dikatakan nakal dan susah dikawal meleset apabila kami mengadakan sesi kenal-kenalan dalam kumpulan. Sangat terkesima dan bangga dengan apa yang mereka luahkan dalam sesi suai kenal tersebut. Berikut adalah antara dialog yang masih saya ingat:

Raof: Nama saya Abdul Raof bin Sarif...asal Kulim Kedah....hobi baca Quran...

Saya: owh....surah ape dah Raof hafal??

Raof: Wadduhha...wallailiizasaja....

Saya: Cita-cita?

Raof: Saya nak jadi ustaz

..........................................................................................................................................................................

Anas: Nama saya Abdullah Hakim bin Abdullah...asal Kuala Kangsar...hobi saya membaca buku....cita-cita saya nak jadi angkasawan!

Saya: Woo..hebat betul..nak jadi macam Dr Sheikh...

Anas: Sheikh Mustafa...

Kawan2: Sheikh Muzaffarlah....

..........................................................................................................................................................................


Adik-adik di rumah tersebut yang umurnya seawal 7 tahun hinggalah 13 tahun. Bayangkan seusia muda sebegini mereka sudah kehilangan kasih sayang daripada dua orang yang terpenting dalam hidup mereka.

Bimbingan dan tunjuk ajar sangat-sangat diperlukan oleh mereka, lebih2 lagi dengan kedatangan orang-orang muda yang memahami jiwa mereka. Maka tidak hairan jika semasa saya mahu pulang, mereka bertanya kenapa awal sangat hingga membuatkan saya merasa sayu dan berat pula untuk pulang. Pengalaman sebegini sememang sesuatu yang tidak dapat dicari dimana-mana..berbeza dengan rumah-rumah anak yatim yang saya dengar daripada kawan2 sebelum ini. Mungkin suasana Islamik yang diterapkan oleh pemilik rumah anak yatim ini yang mencorakkan mereka.

Mungkin ini sekadar yang mampu saya buat untuk mereka sebagai menyahut seruan Allah yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak-anak yatim piatu. Semoga pengalaman sebegini datang lagi di lain masa....


"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan : Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan".

(Al-Baqarah 215)

"Mengenai urusan-urusan kamu di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah anak-anak yatim, katakanlah : "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya".

(Al-Baqarah 220)
Related Posts with Thumbnails

Komentar