Dec 19, 2010

Green Science

Kebelakangan ni, isu 'Green Science' semakin diperkatakan di Malaysia ni, kalau kita sedarlah, contohnya yang terbaru ialah pembinaan MRT (apa dah nama panjangnya) iaitu keretapi mcm LRT sekrang ni tapi perjalanannya lebih jauh dan fokus kepada tempat-tempat yang pupular dan sesak di Lembah Kelang. Yang paling utama ianya untuk 'clean environment' iaitu mengurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Selain tu, yang terbaru jugak ialah pengenalan HYBRID CAR yang semakin popular dan menurut Kerajaan Malaysia pada tahun 2011 akan berlaku pertambahan penggunaan Hybrid Car ni.


Murid-murid, apa tu HYBRID CAR? Kereta yang dihibridkan ke? Lebih kuranglah, kereta yang telah direka khas yang mempunyai ciri-ciri MESRA ALAM. Sebab ia bukan seperti kereta biasa sebab tulah ia digelar Kereta Hibrid. Sebelum ni kurang faham jugak tentang kereta hibrid ni sehinggalah ada peluang melihat dengan mata sendiri kereta hibrid ni di pameran Inovasi 2010 di Bukit Jalil dulu.


Hybrid Car

Kat Malaysia setakat ni Proton mendominasi sebagai syarikat kereta tempatan yang membangunkan kereta hibrid ni. Malah yang membanggakan ialah Proton Exora Hybrid Edition ni telah memenangi anugerah kereta hibrid terlama bergerak di jalan raya iaitu sejauh 700 km dalam pertandingan di London. Woow...hebat-hebat.


Kereta yang kena 'charge'



Tempat 'charge'


Kereta Exora Hybrid



Ni yang 'catchy' tentang kereta hibrid ni sebab kereta ni dah macam handphone dah. Kena 'charge' dulu baru boleh jalan. Tapi kereta ni masih menggunakan minyak petrol cuma yang menjadikan ia 'green science' ialah kurang minyak digunakan berbanding kereta biasa. Bila kurang minyak, maka kurang pembebasan CO2 ke udara dan sudah tentu lebih bersih udara kita.


Tapi menurut info proton ni, kalau pakai PURE hybrid car memang tidak akan membebaskan CO2 langsung. Wow...memang mesra alam ni. Tapi jenuh tuh nak 'charge' sebelum gerak.

Oil Leaking

Inovasi sangat penting, terutama kepada guru-guru sekolah rendah supaya pengajaran tidak membosankan. Guru kreatif dan inovatif selain mudah naik pangkat...haha, juga lebih disukai oleh murid-murid. Rakyat Malaysia ni dah semakin kreatif dan yang terbaru ialah penciptaan serat yang boleh menyerap tumpahan minyak di lautan. Cuba teka serat tu diperbuat daripada apa?


batang pisang tuh. Semuanya hasil kajian dua pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin dengan bantuan USM dan guru mereka.


Serat dari batang pisang

Proses permulaannya adalah dengan memotong batang pisang berkenaan menjadi lebih kecil dan kemudiannya dibersihkan bagi membuang mikroorganisma seperti kuman. Ia kemudiannya dikisar dan selepas itu dikisar sekali lagi dan mencampurkannya dengan asid stearik dan kapur (kalsium karbonat). Cara menggunakannya ialah dengan meletakkan serat tadi dipermukaan air dan sekiranya terdapat minyak dalam air maka ia akan menyerap serat tersebut.

Kegunaan utama ialah kepada isu tumpahan minyak oleh kapal-kapal di lautan. Dengan menggunakan serat ini kerja pembersihan menjadi lebih mudah dan mengelakkan kemusnahan hidupan akuatik daripada merebak ke tahap yang lebih teruk.
'Smart'lah. Satu lagi penciptaan 'green science' yang mantap.  

IPG Kampus Ipoh

Lebih membanggakan ialah masa Pameran Inovasi 2010 tu, IPG Ipoh telah booth IPG Malaysia. Pensyarah-pensyarah dari unit TMK telah mewakili IPG Ipoh. Tapi sayang sebab tak dapat tangkap gambar dengan mereka, tangkap gambar 'booth' pun jadilah.

'Booth' IPG diwakili IPG Ipoh

Allah juga menegur hambaNya supaya menjaga alam ni sepertimana firmanNya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”
(al-Syu’ara, 183) 

Malah amaran keras yang jelas daripada Allah kepada semua pelaku kerosakan di muka bumi ni sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” 
(al-Rum, 41)

"Let's keep our environment clean, and support GREEN SCIENCE for a better life"

12 comments:

ehsanhalim said...

Menarik post kali ni.ana pun mmg ikuti perkembangan hibrid car ni.klu harga ok n performance dia pun ok blh bli lps posting nnti.tp dgr kata range hrga dlm rm70k.agak mahal jg. tp kira murah la jika nak banding dgn kreta hibrid import PRIUS, hrga dlm rm110k.

mahal skali takpa, tp save utk long term.sbb hrga minyak mmg akan sentiasa naik utk masa akan dtg. selain menyahut perintah Allah utk menjaga alam sekitar (^-^)

smlm kt tv3 ada yg bgkitkan camna cukai jln diambil kira utk hidrid car ni.sbb klu kreta biasa guna cm3/cc kreta tu.

satu lg,ada yg pertikai sesuai ke guna utk negara kita yg slalu banjir.takut shot elektrik plak.hehe

apa pun, hibrid car ni mmg bgus.jimat minyak.sesuai yg selalu bermusafir.utk yg aktif berprogrm n bertamrin elok sgt.ngeh2.

Muhammad Rafiq Razali said...

Sangat berstuju dengan kaitan hibrid cat ni dengan isu minyak tu. Cuma penggunaan hubrid car ni masih terlalu awal di M'sia ni, jd x brani nak kata performace dan kesan penggunannya lg. Tp bagus u environment.

Dx said...

salam abg............bawa bli kereta ni, jom kita pg dakwah....he..he

abdulfattah said...

DX: boleh2...nak beli kete beli kete besar2 terus senang u masa dpan...besar pahala, memudahkan gerak kerja Islam

ehsanhalim said...

stuju sgt dgn pendapat rafiq.bli kreta bsr2 trus senang.bl2 blh bawa adik usrah berjaulah.

tp apa2 pun kena bt calculation btl2 sebelum bli kreta.takut hbis duit gaji.sewa rumah, byr kreta, mkn minum, minyak kreta, infak..semua ni kena fikirkan.

fiq, psl inovasi yg sebuah sekolah tu bt berkaitan tumpahan minyak, sblm ni ana pernah tgk, budak kisas cdg guna daun kelapa sawit.dia kering kan pastu jd macam serbuk pastu tabur atas tumpahan.yg bestnya, minyak yg diserap tu blh diperah n guna semula. ni pameran yg ana tgk budak kisas bt time tahun 2005 klu tak silap.

slain blh serap minyak, dia blh tingkatkan ekonomi pekebun sawit.daun kelapa sawit yg biasa di buang skg ada nilai ekonomi.

bijak2.

abdulfattah said...

ehsan: emm, yg ana tgk kat pameran aritu, budak2 sekolah sains dan biasa yg ad, bdk2 sek agama ni x nmpk pn, x taulah mgkn diorg x diberi peluang, padahal diorg lbh ke dpn dlm ilmu sains, mentaliti bla sek agama jadi kepakaran hnya agama, info yg ana bru tahu jgk yg manusia pertama yg dpt terbang (cipta alat u terbang ialah sarjana Islam bukan adik beradik Wright yg digembar gemburkan.

Dah nk masuk alam kerjaya ni sptutnya dh kna blaja menguruskan ekonomi diri. Sangat stuju duit kta kna bg u dunia & akhirat jgk. Kena blaja dr enta ni, napok macam expert tu?

ehsanhalim said...

hehe..tak dok expert sgt bab ekonomi ni berbanding org yg memang mantan bos bt kerja ekonomi.hehe.

ana tgh bljr skit2 dari sedara mara yg mmg otak bisnes.br ni balik kmpg jhr abg sedara ana bg tip apa nk bt bila dpt gaji.katanya jgn dibebani hutang dlm tempoh lama sbb kewangan kita akan statik sepanjang tempoh tu.

cth, katakan gji kita br posting nnti RM1900. klu kita ambik kereta yg mahal, mgkin kena byr monthly rm600.sewa rumah katakan rm500.mkn minum mgkin rm600.jd baki duit ms tu just dlm rm200 je.tu xmasuk bil api air,duit tol,minyak,maintenance kreta, topup n len2 yg mmg wajib byr.klu semua gaji bulanan dh hbis utk semua ni, mcm mn bhgian utk infak utk perjuangan, sambung bljr, support mak ayah n adik2 kt kmpung or len2. or yg lbh besar, mn nak simpan utk enta KAHWIN yeop? loni xda rm10k mmg jgn mimpi la.kih2.

dan abg sepupu ana ckp, lbh memburukkan keadaan bl kewangan seperti mgkin berterusan utk beberapa tahun selagi byrn kereta tu xhbis.

bl dia ckp mcm ni ternganga jg la ana.

cm dia syorkan laburkan duit pada hartanah.beli tanah atau rmh.tambahan tanah yg tanam pokok getah skg mahal. sbb perlaburan dlm hartanah skg untung.sbb tanah n rmh akan sentiasa naik. berbanding nilai kereta.

btl jg ckp dia.cm pd ana mgkin permulaan ni, kita mgkin blh try labur pd dinar mas yg k'jaan kelantan perkenalkn.sbb tak mhl sgt hrga berbanding tanah.nilai emas pun akan sentiasa naik dr thun ke tahun.

terkejut jg ana tgk kt tv dl hrga 1gram mas hny 70sen skg dh jd 1gram rm14+.++

xtau btl ke tak.

so, mgkin permulaan ni amalkan hidup bersederhana.n jgn terlalu teruja utk hbiskan gaji.

ekonomi ni sgt penting pd umat islam.umat islam kena gila cari duit utk islam.bkn gila cari duit utk diri sndiri.

beberapa shbt nabi yg dijamin syurga ramai yg jutawan, abu bakar, abdul rahman auf n len2.
Khatijah pun jutawan.

tp sahabat nabi ni wlupun jutawan bl meninggal, duit nak beli kain kafan pun xdan. mana pergi duit mrk?


p/s: sori la panjang lebar.bab ekonomi ni ana mmg 'geram' nk tulis.kih2.

abdulfattah said...
This comment has been removed by the author.
abdulfattah said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Rafiq Razali said...

tips yg sgt mantap, kata-kata pujangga, pengalaman adalah guru yang terbaik,pengalaman abg sepupu enta berguna, betul2, ana rasa kena buat dah belanjawan bla dh start keje esk.

Cuma takut sindrom boros je nnt. maklumlah tiap2 bulan dpt gaji.

1 lg ana terfikir ana bkenaan side income bla dh keje, nnt plaburan 1 hal, yg ana tahu bla kita buat pelaburan, hasilnya mgkn makan masa bertahun-tahun, kdg2 bla kita dh pencen bru boleh merasa duit tu.

Ana terfikir bkenaan bisnes tuisyen. Tp bisnes ni kna ikut tmpt kta posting. Kalau posting di bandr2 cam K.L, Ipoh, J.B mmg lumayan, sbb mentaliti org2 K.L diorg mmg bminat dgn tusiyen byaran sampau 3 angka bulan2. Kelas 2 jam je sminggu.kalau personal tuisyen la. Ni hasil penetelian ana kpd jiran ana, anak2 dia darjah 1 dh pi hantar tuisyen. siap cop ana lg u bg tusiyen kat kawasan rumah ana.

Tp apa2 pn bajet tu penting, stiap duit 2 kna tahu mana,dan u apa diblanjakan. pengalamn kat maktb 4 tahun ni mmg mengajar ana spya kna ada bajet dan simpanan u masa depan, kalau x bla time ujung2 tahun mulalh pokai.

Ana pn tgh blaja ttg ekonomi ni. Mana tau tiba2 sambung blaja coz ekon plak...haha.

Goal ana lps keje nnt ialah bina 1 bisnes. Bisnes ap? x tau lagi. Tp insyaAllah ad syer u pjuangan Islam.

ehsanhalim said...

btl2.hebat nta.

ana pun fikir gitu.kena ada bisnes.
utk islam.
utk pelepas fardu kifayah.
utk kembali kuasai ekonomi.

IMANNURBALQIS said...

entry yang bagus..pkongsian yang jarang-jarang diketengahkan...tp xbrani ana nak mcelah comments antum..cuma ada sedikit renungan...Cuba imbas kembali sirah Nabi Muhammad, kita tengok dan lihat bagaimana Nabi memulakan kariernya sebagai seorang Rasul.. Nabi memulakan hidupnya dengan aktiviti jual beli sejak kecil lagi.. Dan daripada situ juga, nabi dapat berdakwah, dengan menunjukkan tauladan yang baik, tidak berlaku penindasan dalam jual beli, tiada penipuan, dan lain-lain.. Itu semua membuatkan orang tertarik dengan sifat Nabi, dan ianya merupakan dakwah yang paling berkesan.. Bayangkan, kalau dunia ekonomi dipegang sepenuhnya oleh orang Cina di Malaysia (sekarang pun dah hampir 60% ekonomi dikuasai mereka), takkanlah orang Islam tidak mahu mempraktikkan apa yang dipelajari dan membiarkan fenomena itu berterusan..tanpa menggunakan wasilah@pendekatan dakwah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhamad S.A.W?Sama-sama kita fikirkan...

Related Posts with Thumbnails

Komentar