Dec 15, 2010

Alam, Akal dan Nafsu







Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah, cuti ni sedikit terisi dengan beberapa aktiviti keluarga dan kendiri. Baru-baru ni, aku berkesempatan berjaulah bersama keluarga ke bumi Melaka, agak lama jugak tak ke Melaka, hampir 4 tahun, selepas meninggalkan KMM a.k.a Kolej Matrikulasi Melaka pada 2006.



Terasa rindu jugak nak melawat kembali KMM, suasana dan bau ayam (kilang ayam) masih terasa. Ingatkan hanya igauan tetapi betul2 dapat sampai di KMM apabila kenduri kahwin kawan ayah aku sangat berhampiran KMM. Terngiang-ngiang semula kenangan smasa berada di KMM, sewaktu diri ini baru mengenali ALAM kolej, sewaktu diri ini baru mengenali ALAM kehidupan hakiki...

In memory, it started here...


Daripada KMM, tak jauh darinya ak dan famili ke Pantai Pengkalan Balak, Melaka yang merupakan destinasi sebenar kami.


MasyaAllah pantai yang cantik, hebatnya ciptaan Allah RabbulIzzati...



Allhamdulillah pantai ni tak tercemar, bukan sahaja tak tercemar daripada sisa2 buangan tapi juga daripada manusia2. Cuma ad segenlintir yang masih kurang memahami erti aurat di kyalayak ramai.


Bagus gak percutian aku kat sini skurang-kurangnya esok2 bla dah jadi cikgu boleh ajar anak2 murid tentang erti kesyukuran kepada stiap ciptaannya Allah yang Maha hebat. Dengan cara ini jika berterusan dapat melahirkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap pencinta sekaligus akan rasa tak nak buat sesuatu yang dilarang-Nya. Pasakan keimanan sebeginilah yang diperlukan oleh generasi masa kini dan bukannya melalui PEMBELAJARAN FORMAL sahaja.


Pendidikan Seks berasingan tahun depan

Sambil2 menghayati ALAM yang indah tu...teringat plak dengan isu yang terbaru dalam sistem pendidikan negara. Iaitu isu pengasingan pembelajaran mata pelajaran SEKS...daripada matapelajaran kesihatan. Penggunaan perkataan matapelajaran seks seperti yg diwarwarkan kerajaan sebenarnya bertujuan untuk menerangkan peranan pengasingan tu iaitu untuk mengekang masalah seks bebas, pembuangan anak dari 'akar umbi'...???

info lanjut tentang isu ini klik sini

Sebenarnya mata pelajaran tu dikenali sebagai mata pelajaran seksualiti yang diajar dalam matapelajaran pendidikan kesihatan. Tapi pernahkah kita terfikir, apabila seseorang itu melakukan PELACURAN, MEMBUANG ANAK LUAR NIKAH dan SEKS BEBAS sehingga terjebak dengan HIV ,adakah kerana mereka tidak tahu tentang kesihatan seksualiti? Kebanyakan mereka adalah golongan cerdik pandai, tapi sebenarnya NAFSU yang mengatasi AKAL.

Maka bagi saya BUKAN SAHAJA AKAL yang perlu ditangani tapi YANG UTAMA ialah NAFSU. Maka pasakan-pasakan keimanan dan pengisian ruhiyah juga sangat penting, cerita2 tentang akhirat dan pembalasan2 yang akan diterima oleh pelaku-pelaku perbuatan tersebut. Sedarkan mereka secara keimanan dengan mengaitkan adakan kita mahu mati dalam keadaan belenggu DOSA dan DURJA kerana NAFSU hanya puas seketika dan kembali semula.


Teringat nasihat yang diberikan oleh Lukman Al-Hakim kepada anaknya yang dinukilkan dalam al-quran:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman ayat : 13)

Kepada para pendidik yang bakal mendidik anak bangsa hayatilah nasihat daripada Luqman Al-Hakim ini:

Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Maka, jadilah guru dunia dan akhirat dan bukan sahaja mengejar dunia, nasihat untuk diri sendiri juga, apa2 pun selagi mana sesuatu itu dilakukan untuk kebaikan bagi aku tiada masalah untuk menerimanya. Namun kadang-kadang akal kita bukan segala-galanya dalam menentukan sesuatu DASAR atau PERKARA sebab itulah Allah bagi kita dua benda pentinga iaitu Quran dan Hadith sebagai panduan kepada kita dalam memimpin. Takkan tak hayati sunnah, kerana kita pasti takkan sesat kalau berpegang kepada dua benda ni. Namun masih banyak yang menggunakan AKAL (pemikiran) dan pemikiran untuk memuaskan NAFSU (keinginan dan kepentingan peribadi) untuk mentadbir ALAM ini.


"Let's change our paradigm"

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar