Perkahwinan dua sepupuku, Dr Firdaus & pasangannya serta Muhaimin & pasangannya
(13 Feb 2010)
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan bukanlah di kalangan baginda golongan yang tidak mengikut sunnah-Nya apatah lagi untuk mendapatkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”.
(Yassin: 36)
Bersanding haramkah??? Tiba-tiba persoalan ni timbul dlm benak fikiranku semasa aku menghadiri jemputan kahwin sepupu-sepupuku di Shah Alam minggu lepas. Makku kata keluarga pak longku tak mahu buat majlis persandingan kerana kata adik iparnya (seorang penceramah bebas) yang melarangnya mengadakan persandingan sebab haram. Haram ke???
Habis tu kenapa sekarang ni kat mane2 pun bersanding sudah menjadi kemestian. Kat TV pun kalau tunjuk pasal perkahwinan mesti ada persandingan. Pendek kata, bersanding ni wajiblah ada barulah orang tahu sape yang kahwin ditambah pulak dengan acara tepung tawar pengantin barulah kahwin namanya. Tapi merenjis ni budaya kite ke???
Haram ke tak???Ni antara info yang dapatku cari mengenai persandingan....
Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram.
Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya.”
Dalam pada itu, ada juga pendapat ulama mengatakan bahawa bersanding itu haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuranantara lelaki dan wanita yang bukan muhram,pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.
Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.”
Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan. Rasulullah saw bersabda:
“Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa;…… perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat,menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat.”
Manakala ulama lain pula berpendapat bersanding merupakan satu yang jelas haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalah dilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya,dalam pakaiannya dan lain-lain.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiap menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka.”
Rasulullah saw. bersabda:
“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita.”
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat MerenjisAdat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dan sebagainya.
Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas
HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.
Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."
Alternatif: Kan lebih elok jika buat majlis doa selamat kepada bakal pengantin bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan.
Ternyata masyarakat kita memang tidak boleh lari dengan adat. Kerana itulah perlambangan identiti bangsa kita. Namun harus diingat bahawa jangan kerana terlalu meraikan adat, agama tergadai. Kedua-duanya perlulah seiring. Jika adat yang dilakukan tidak bertentangan dengan agama maka tiada sebab pengharamannya, namun jika sebaliknya pula tiada sebab untuk kita melakukannya. Kerana di akhirat esok bukannya adat yang kita lakukan menjadi pertimbangan utama tetapi tahap kita menjaga kesucian agama dan diri kita sebagai muslim itu dinilai Allah. Jika baik adat kita menurut Islam, maka InsyaAllah baik semuanya.
Jadi, buatlah pertimbangan sewajarnya dan jangan pula kerana isu sebegini menjadi punca keretakan hubungan kekeluargaan. Sebab itu Allah turunkan kepada kita al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kepada kita mengurus hidup di dunia ini. Maka jadilah kita insan yang bersyukur dan sentiasa menjadikan kedua-duanya sebagai pegangan kita.
p/s: karoeke pulak camna ye hukumnya semasa majlis perkahwinan???
Sumber rujukan:1. http://usrahwave.com/site/index.php?option=com_content&task=view&id=85&Itemid=106
2. http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/2010/01/hukum-bersanding-mengikut-perspektif.html
3. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
4. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
5. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.