Jan 3, 2010

Resepi Cinta Ibnu Athaillah


Tulisan Ibnu Athaillah tentang cinta sangat dasyat. Terutama dalam menjadi terapi kepada penyakit cinta. Kerana "cinta" sejati itu menyembuhkan bukan menyakitkan.

Namun siapa Ibnu Athaillah Askandari ini?

Beliau adalah seorang sufi yang mempunyai nama lengkap Ahmad bin Muhammad bin Abdul Kari bin Athaillah. Sedangkan nama Askandari dibelakang namanya adalah nama julukan kerana beliau tokoh sufi yang berasal dari Iskandariyah.

Beliau dilahirkan di Iskandariyah pada tahun 658 H. dan dibesarkan di lingkungan keluarga yang taat beragama.

Dengan dimilikinya dasar-dasar ilmu agama tersebut, membuat dirinya terlalu meminati terhadap ilmu yang pernah dipelajari tersebut dan menolak terhadap ilmu tasawuf, beliau terlalu meminati ilmu fiqh. Tetapi setelah beliau mengamalkan ilmu yang pernah dipelajari dan banyak bergaul dengan para ulama dan tokoh-tokoh sufi, akhirnya beliau mulai tertarik kepada ajaran tasawuf dan sekaligus mempelajarinya.

Ajaran tasawuf yang tertanam pada diri Ibnu Athaillah banyak diperoleh setelah beliau mengamalkan ilmu agama yang dimilikinya, dengan seringnya bertemu dengan para sufi yang pada akhirnya dapat merubah pola hidupnya dan mengikuti kehidupan para sufi, diantara guru-gurunya adalah Syekh Abul Abbas al Marsi, Nadruddin al Munir, Syarafuddin al Dimyati, Al Muhyil al Mazani, Syamsuddin al Asfaham.

Setelah beliau mempunyai dasar agama yang kuat dan sudah memperoleh ajaran tasawuf dari para gurunya tersebut, kemudian beliau pindah ke Cairo Mesir dan mengajar tasawuf-tasawuf kepada murid-muridnya di Universitas Al Azhar dan diantara murid-muridnya ada yang menjadi ulama terkenal seperti Imam Taqiyyuddin al Subki, Abu Abbas Ahmad bin Malik dan Daud bin Bahla.

Selama hidupnya ada beberapa karya tulis yang di hasilkan oleh Ibnu Athaillah, antara lain :

1.Al Hikam, karya ini adalah yang paling terkenal yang pernah ditulis oleh Ibnu Athaillah, karena kitab itu pernah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa antara lain Turki, Spanyol, Inggris, Melayu, Urdu, dan juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Di samping kitab tersebut diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa, kitab tersebut juga ditulis dengan bahasa yang amat sederhana dan memuat 42 buah kalimat yang mengandung hikmah sufi.

2.Al Tanwir Filsafat al Tadbir, kitab ini pernah dicetak beberpa kali, karena kitab ini member petunjuk-petunjuk kepada mereka yang ingin selalu bersama Allah dan hal-hal yang mengganggu.

3.Lathaif al Mina Fi Manakhibal al Syekh Abi al Abbas al Marsi wa Salkhlii al Sazali, kitab ini menguraikan tentang sejarah, asal-usul para pemimpin dan ajaran-ajaran tarekat Sazaliyah yaitu Syekh Abul Abbas al Marsi dan Abu Hasan al Sazali.

4.Tajul Arus al Hawi Litahzibin Nufus, kitab ini menguraikan berbagai ajaran dan penjelasan yang berkenaan dengan kehidupan sufi.

5.Al Qasdul Mujarrad Fi Ma’rifat al Ism al Mufrad, kitab ini menguraikan tentang Tuhan, sifat, asma, af’alnya dan cara pencapaian ma’rifat.

6.Miftahul Falah Wa Misbahul Arwah, kitab ini menguraikan pokok-pokok ajaran tentang riyadhah dan mujahadah dalam dzikir, uzlah, khalwat dan sebagainya.

Beliau meninggal dunia di Cairo Mesir pada tahun 709 H dan dimakamkan di kaki bukit Mukattam.



Resepi Cinta Ibnu Athaillah Dalam Mengubat Penyakit Cinta

"Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan dunia selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!"

Kecintaan kepada seseorang itu syahwat dan perasaan tersebut tidak boleh dikeluarkan melainkan jika melakukan dua perkara ini:

Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hati. Sehingga yang ada di hati adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dasyat sehingga hati terasa merana. Jika hati merana merindu Allah, nescaya hati tidak mungkin merana merindu kepada yang lain. Jika sibuk memikirkan Allah, nescaya kita tidak akan sibuk memikirkan yang lain.



Kerana hati kita miskin dalam mencintai dan merindui Allah, maka kita dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain.

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah sahaja yang tidak.

Jika kita mencintai seseorang akan ada dua kemungkinan ditolak atau diterima. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kita mencintai Allah kita pasti diterima. Kita tidak akan pernah merasai kehilangan jika kita mencintai Allah. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kita hidup bersama Allah, kita tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah tidak akan berpisah dengan kita. Kecuali kita sendiri yang berpisah dariNya.

Cinta yang paling membahagiakan ialah cinta kepada Allah Azza wa Jalla.


P/S: Jadi jom kita semak diri kita samada kita mencintai sesorang itu lebih daripada kita cinta kepada Allah atau tidak???

6 comments:

Dx said...

cinta...cinta ni
lepas tengok kosah nur kasih ke ??
atau selepas "ketika cinta betasbih"
artikel yang bagus untuk memahami erti cinta

abdulfattah said...

salam akh, ana dpt ni drpb buku ketika cinta bertasbih jugak..ana rs sgt berguna u dkongsi bsama dgn sahabat2 agar x terjebak dgn penyakit cinta

Mohamad Shahrilniza said...

teringat plak kat sorang kawan nama Ataillah..
baik budaknya...xpernah solat kat rumah..slalu ke masjid dgn bapanya..
seorang yang shahril puji dari segi amal ibadahnya...
cinta yer..emm..
btol...nur kasih pun bwat shahril lagi paham tentang kemanisan cinta selepas kahwin....membuat shahril sedikit x sabar...hahahhahha

abdulfattah said...

salam shahril, hahaha sabar2...insyaAllah ad jodoh x ke mana pn..jgn sampai terjebak dgn penyakit cinta sudah..kalau terjebak ambik resepi yg ditulis oleh Ibnu Athaillah ni....boleh la namakan anak nnt Athaillah

fauziahnrsd said...

sy baru tahu ttg Ibnu Athaillah dari Novel : BUMI CINTA... :)

abdulfattah said...

fauziahnrsd: Ibnu Aithallah ialah pengarang kpd kitab Al Hikam...beliau seorg ulama', kitab al hikam sgt popular dn mjadi rujukn ramai org u mendalami agama. Habiburrahman byk mmsukkn isi al hikam dn pendapat ibnu Aithallah dlm novel2 nya...boleh diambil sbg iktibar

Related Posts with Thumbnails

Komentar