Sep 14, 2009

Tawadu' Sifat Para Nabi dan Rasul Bah. 2


...Rasulullah S.A.W adalah teladan terbaik bagi orang yang berakhlak mulia. Baginda adalah makhluk Allah yang paling mulia dan juga orang yang paling tawadu' dalam sejarah umat manusia. Sejak muda Rasulullah selalu merendahkan diri.

Contoh yang menggetarkan jiwa kita tentang baginda Rasulullah S.A.W menjadi penggembala kambing. Dengan menggembala kambing bukan sahaja baginda merendahkan diri pada manusia bahkan juga pada binatang. Baginda tidak berasa canggung hidup di tengah-tengah kambing yang berbau busuk dan kotor itu. Baginda menjaga dan melayan kambing-kambing itu dengan penuh kasih sayang. Jika ada kambing yang beranak, beliau membantu dan merawatnya. Tidak ada jurang antara baginda dengan kambing yang digembalakannya itu. Rasulullah tawadu' bukan sahaja terhadap manusia juga pada binatang ternakannya juga.

Contoh lain sifat tawadu' Rasulullah ialah baginda sanggup makan makanan yang jatuh ke tanah. Dalam Sirah Nabawi kita dapati pada setiap kali ada makanan yang jatuh ke tanah, baginda pasti memungutnya lalu dibersihkan. Baginda membuang kekotoran yang ada, lalu makanan yang sudah bersih dimakannya. Baginda tidak berasa hina atau segan dan sebagainya.



Anas bin Malik r.a., iaitu pembantu Rasulullah S.A.W ada menjelaskan bahawa baginda selesai makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali. Anas meriwayatkan : Rasulullah S.A.W bersabda, "jika makanan kamu jatuh maka buangkanlah kekotorannya dan makanlah. Dan jangan tinggalkannya untuk syaitan".

(Riwayat Imam Muslim)

"Para sahabat juga menghiasi diri dengan sifat merendah diri iaitu tawadu'. Suatu hari Ali bin Abi Talib membeli satu dirham kurma. Buah itu dibawanya ke dalam selimut. Pada masa itu, Ali bin Abi Talib adalah khalifah iaitu pemimpin umat Islam seluruh dunia. Ada seorang lelaki melihatnya lalu meminta untuk membantu membawanya. Wahai Amirul Mukminin! Izinkan kami membawanya untukmu. Khalifah menjawab dengan merendah diri. Ketua keluarga lebih berhak membawanya.
(Al-Bidayah wan Nihayah 8/5)

Jemaah yang dimuliakan. Sejarah telah membuktikan hancurnya sesuatu bangsa itu antara sebabnya kerana sombong dan bongkak. Seorang ulama' menjelaskan hakikat sombong itu, ialah apabila seseorang berasa dirinya wajar diagungkan padahal hakikatnya tidak wajar. Begitu juga jika seseorang itu berasa layak menerima sesuatu darjat padahal belum layak...demikianlah bongkak.

Bangsa kita sekarang ini boleh rosak binasa jika masih ramai yang sombong apa lagi sombong sudah menjadi budaya! Misalnya, ada seseorang yang masuk fakulti kedoktoran dengan cara menyogok wang kepada pihak universiti. Orang ini memaksakan diri masuk fakulti kedoktoran kerana berasa dia layak. Padahal hakikatnya dia tidak layak. Nilainya masih kurang tetapi dia berasa dirinya layak tidak kurang bahkan layak kerana mempunyai wang. Orang begini sudah sombong. Lebih sombong lagi. Dia membiayai kesombongannya itu. Yang menjadi mangsa selain dirinya juga adalah bangsanya.

Juga ramai yang berasa layak menjadi pemimpin. Dia berasa layak untuk menjadi negarawan untuk menguruskan bangsanya. Padahal mengurus diri sendiri pun tidak mampu. Mengurus keluarga pun tidak boleh. Tetapi dia mengaku layak diagungkan sebagai pemimpin negara. Sesunggunya yang mendorongnya begitu adalah kesombongannya. Jika demikian, hukuman dari Allah akan datang menimpanya bila-bila masa sahaja."

Petang itu Azzam membaca dua baris saja dari kitab Al-Hikam itu. Namun penjelasannya yang dibuat dengan panjang lebar dan mendalam. Bu Nya Nur terpukau oleh huraian-huraiannya. Dan Ana pula dalam diam mula berasa kagum dengan kehebatan Azzam itu...

::Tamat::

Lebih lanjut rujuk novel pembangun jiwa "Ketika Cinta Bertasbih Episod 2" karya Habiburrahman El Shirazi

Semoga mendapat manfaat daripada cerita ini yang sebenarnya tidak mendasarkan kepada kecintaan sesama manusia semata-mata tetapi merangkumi banyak aspek pengisian jika pandai mentafsir dan menilai....



Semoga menjadi tawadu' sepertimana Rasulullah S.A.W

Salam Ramadhan dan Lebaran 1430 H buat semua

1 comment:

BATRISYA SOLEHAH said...

salam,bagus arikel yg di postkan kali ini...
Hadis nabi s.a.w :
"Innama bui'stuliutammima makarimal akhlak"
Maksudnya : sesungguhnya aku ditutskan untuk berakhlak mulia.
Riwayat Bukhari
Begitulah tingginya darjat Nabi kita yg begitu sedar apa peranan Baginda dihantar ke bumi ini oleh Allah Taala.semoga kita juga memiliki akhlak spt Nabi ini jika sepenuhnya..

p/s : boleh ana tahu Al-Bidayah wan Nihayah 8/5 dalam huraian hadis dalam artikel tu tu kitab apa?

kalo blh tunjukkan dlm blog enta.ana ucapkan syukran jazilan.
salam ramadhan

Related Posts with Thumbnails

Komentar