Nov 8, 2008

Nikmat Allah : Ujian Bagi Yang Beriman, Laknat Bagi Yang Kufur


Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksia (derhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah S.W.T.” (H.R at Tabrani, Ahmad dan al-Baihaqi)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa Allah Taala mengurniakan nikmat-Nya kepada semua umat manusia tidak kira samada orang itu beriman atau melakukan ingkar kepada perintah-Nya. Allah Taala tetap mengurniakan nikmat kepada hamba-Nya sekalipun hamba-Nya tetap melakukan maksiat kepada-Nya. Bagi yang beriman, mereka akan bersyukur dengan kurniaan Allah kepadanya dengan melakukan lebih banyak amal ibadah dan pelbagai bentuk yang lain.
Allah Taala berbuat demikian supaya hamba-Nya yang tetap melakukan maksiat itu lalai dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya walaupun sudah datang ingatan daripada orang lain kepadanya. Ini adalah ‘perangkap’ yang Allah sediakan kepada hamba-hamba-Nya.
Apabila tiba masanya, Allah akan menarik balik kurniaan-Nya. Adakalanya pemberian itu akan ditarik balik secara mengejut dan adakalanya ia dilakukan secara perlahan-perlahan dan beransur-ansur. Lantaran itu kita diseru supaya tidak leka dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Apa sahaja yang dinikmati adalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T dan bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik balik. Bagi mereka yang benar-benar beriman, apabila nikmat yang mereka terima ditarik balik, mereka tetap redha dengan ketentuan Allah kepada mereka itu.
Namun, bagi mereka yang lalai kebiasaannya mereka tidak dapat menerima hakikat ketentuan Allah itu. Apabila datang apa jua ujian kepada mereka, ramai yang tidak dapat menerima hakikat sehingga ada yang sanggup melakukan perbuatan-perbuatan mungkar yang lain seperti memberontak dengan kata-kata ataupun boleh terlanjur sehingga sanggup membunuh diri (waliyazubillah)
(Petikan drpd buku “Tundukkan Hati: Rahsia Keikhlasan Hidup di Dunia Fana” karya TG Nik Abd Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron)



Sahabat sekalian, saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat sekalian bahawa kita sentiasa diuji oleh Allah Taala setiap masa dan ketika. Ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan kita kepada-Nya. Ada sesetengah daripada kita diuji dengan dikurniakan kekayaan dan kepandaian namun pernahkah kita refleksi diri kita samada kita layak untuk menerima kurniaan tersebut sedangkan kita masih melakukan perbuatan mungkar dan maksiat kepada-Nya. Kita takut seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas nikmat dan kurniaan yang Allah kurniakan kepada kita dan gai yang tidak bersyukur akan diistidraj dan ditarik balik oleh Allah Taala. Ada kalanya kita leka dengan kesenangan yang Allah Taala berikan kepada kita. Ada sesetengah daripada kita biasa-biasa sahaja, tidak pandai sangat namun kuat beramal. Mungkin kita hairan kenapa kita yang beramal siang malam dan jika dibandingkan dengan kawan yang pandai dan kaya tersebut dengan solat yang tunggang langgang dan sebagainya, namun kehidupannya begitu senang. Tetapi kita walaupun banyak beramal tidak sehebat kawan kita. Sedarlah, dan kita takut sebenarnya golongan yang senang namun tidak bersyukur sebenarnya mereka sedang diuji oleh Allah Taala supaya lalai dengan nikmat kesenangan tersebut dan lebih teruk lagi jika ada kawan lain yang cuba menasihatinya, mereka tidak menghiraukan langsung nasihat tersebut. Golongan seperti ini tidak takut akan azab Allah yang pasti. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini. Dan berjayalah golongan di mana apabila dikurniakan nikmat kepadanya mereka bersyukur dan berusaha meningkatkan amal mereka dari semasa ke semasa. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. Insya-Allah. Bersama-samalah kita muhasabah diri.
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah.. Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya
Yang baik datang-Nya daripada Allah Taala, dan kekurangan datangnya daripada kekuranga diri saya. Wassalam

“Biar syahid atau kemenangan”(abdulfattah_88 @ garfeeq)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar