Sep 19, 2008

Doa Para Pejuang Islam


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu...(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya

Amin



Sep 17, 2008

Jalan ini masih jauh

Perjuangan ini masih jauh, liku-liku dan ranjau masih panjang dan semakin hari semakin sukar. Bagi saya, seorang yang bergelar istiqamah ialah orang yang dapat melawan orang kedua dalam diri mereka. Masing-masing diduga dan diuji oleh Allah dengan dugaan masing-masing. Dugaan dan ujian ini adalah 'test' Allah Taala kepada pembawa-pembawa risalah agama untuk menilai tahap keimanan dan kecekalan hati dalam meneruskan perjuangan para anbia. Dan orang yang berjaya mengatasi ujian itu dengan iman dan taqwa, insya-Allah mereka bakal bersama para syuhada di bawah rahmat dan barakah Allah S.W.T.

Jika saya tidak terlibat dalam perjuangan ini, dugaan dan ujian yang begitu hebat dan banyak mungkin saya tidak lalui tetapi apabila saya meletakkan diri saya dalam perjuangan ini, dugaan dan cabaran menimpa dan tertimap begitu hebat dan yang paling hebat ialah apabila saya harus berlawan dengan diri sendiri. Pelbagai cubaan dilemparkan ke atas diri, kadang-kadang saya merasa sangat sensitif terhadap perkara yang kecil sahaja, kadang-kadang saya terasa bersama sahabat-sahabat tiada rasa ukhwah, sahabat tidak memahami diri menyebabkan diri menjadi murung dan tertekan dan kadang-kadang kita rasa diri ini tidak layak berada di jalan ini jika dibandingkan sahabt-sahabat lain. Astaghfirullahlazim....


Betul...inilah yang saya rasakan sepanjang tempoh ini...sehinggakan kadang-kadang diri sanggup melakukan sesuatu yang di luar kawalan...namun saya bersyukur kerana selain ditimpa masalah dan cubaan, sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Allah tidak memerlukan kita tetapi kita sebenarnya yang memerlukan-Nya. Alhamdulillah, kadang-kadang juga Allah campakkan kesedaran dan rakan-rakan yang menyokong dan membantu. Kesedaran akan dasar perjuangan diri, saya cuba menarik kembali diri yang sedang hanyut dibawa arus kegelapan kepada tapak yang saya benar-benar jelas akan matlamat perjuangan ini...


Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dugaan dan ujian dari Allah adalah untuk menguji samada kita istiqamah atau tidak dalam memperjuangkan agama-Nya. Masyallah semuanya hak Allah, samada Dia mahu campakkan kesedaran atau tidak namun kita sebagai hamba-Nya harus selalu mengingati-Nya dan meningkatkan amal ibadat kepada-Nya agar kiat di bawah bimbingan dan petunjuk Allah Taala supaya diri tidak alpa dan terpesong. Rasulullah tidak melalui jalan yang senang untuk menyeru meng-Esakan Allah malah ujian ditimpa ke atas baginda lebih dasyat jika ingin dibandingkan dengan ujian ke atas diri ini...Allahuakbar....kadang-kadang hamba-Mu ini leka Ya Allah akan kebenaran dan selalu bertindak di luar pemikiran Islam...masya-Allah..betapa hamba-Mu ini menyesal dan insaf akan sikap dan tindakan ku Ya Allah...kau ampunkanlah hamba-Mu ini Ya Allah...aku mahu menegakkan agama mu ini di bumi-Mu ini agar aku beroleh syahid di akhirat sana Ya Allah...


Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-rang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan." (As-Saff : 2-3)



Allahlah tujuanku

Rasulullah teladanku
Al-Qur'an pedomanku
Jihad jalan juangku
Syahid cita-citaku

"Biar syahid atau kemenangan"

Sep 4, 2008

Jihad di bulan Mulia


Melangkah ke bulan Ramadhan ibarat melangkah ke medan perang, maka benarlah sirah nabi di mana bulan ni berlakunya Perang besar dalam Islam iaitu Perang Badar yang membawa kepada kemenangan kepada umat Islam. Maka sepatutnya bulan ini merupakan bulan untuk semua umat Islam bermujahadah...jika di negara kita mungkin konsep mujahadah lebih kepada memerangi hawa nafsu namun bagi saudara semuslim kita di negara bergolak seperti Palestin dan Iraq munkin konsep bermujahadah itu berbeza...mereka bermujahadah dengan darah dan air mata di bulan al-mubarak...ketika kita sedang mengeluh dan rasa tidak tahan lagi nak berbuka, sedarlah mereka tidak pernah terlintas isu nak berbuka...tetapi isu untuk merampas kembali tanah air mereka dan menghalau laknatullah Israel di negara mereka, sedang kita menghitung apa ynag hendak dimakan untuk berbuka...nasi ayam ke? nasi kerabu ke?air tebu ke air tuak?...sebaliknya mereka x pernah terlintas untuk makan makanan yang sedap dan banyak, bagi mereka biarlah sedikit dan tidak sedap tetapi cukup untuk menyalurkan aura-aura tenaga ke dalam keringat mereka agar badan boleh terus berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi mereka daripada tercemar oleh penjahat-penjahat, malaun-malaun durjana Israel. Pernahkah kita terfikir sejenak bagaimana mereka berpuasa sehari-harian, adakah mereka BERBUKA PUASA atau mereka terus berpuasa selama beberapa hari baru dapat bersua dengan makanan untuk dimakan. Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak mengambil berat mengenai hal ehwal kaum muslim, bukanlah daripada kalanganku”


Semoga kehadiran Ramadhan ini menjadi madrasah tarbiah yang mantap untuk kita semua agar turut berfikir tentang kesusahan saudara-saudara sesama Muslim...semoga kita memperoleh puasa yang mabrur

“Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Sep 3, 2008

Ramadhan bulan bermujahadah

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi...emmm...bagi diriku Ramadhan kali ni tiba dalam keadaan yang lain daripada Ramadhan yang lalu. Jika dulu hadir Ramadhan seakan dikeluh, dirisaukan kerana nafsu makanku terbatas...namun kini aku x merasa demikian lagi sebaliknya merasakan x pe jika hanya berbuka dengan sebiji tamar dan air masak. Berbuat demikian meningatkanku akan adik-adik, ibu-ibu di Palestin dan....entah bagaimana mereka menjalani ibadah puasa....dengan dentuman bom merata tempat & adakah ad walau sebiji kurma untuk dijamah bersama ahli keluarga sedang mereka sentiasa diburu maut hasil kekejaman orang Israel....apakah persaan kita jika sedang kita berbuka puasa tiba-tiba datang sekumpulan tentera menerjah masuk ke rumah kita dan mengajukan senjata ke arah keluarga kita...nauzubillahiminzalik....semoga Allah melindungi kita dan juga sahabat-sahabat semuslim di Palestin jua....dan semoga Allah kurniakan kekuatan kepada kita dalam usaha kita meraih keberkatan di bulan mulia ini...alangkah ruginya kita jika bulan ini dilalui sama dengan bulan-bulan lain dari segi amalan kita...kita seharusnya menepah 'pakaian' untuk Ramadhan kali ini...nasihat untuk diri saya sendiri dan para sahabat...
Labbaika ya Ramadhan.....

Sabda Rasulullah saw, "Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga" Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

'Jom sama-sama Rebut peluang ini'



Related Posts with Thumbnails

Komentar