Dec 11, 2011

Entering New World

Bismillahirrahmanirrahim,
Dunia baru? Dunia apalah plk, berapa byk dunia lah kta duduk, alhamdulillah usai sudah sebenarnya dunia PENGAJIANku selama hampir 5 tahun setengah, banyak memori pahit manis, suka duka di bumi Ipoh dan di alam guru pelatih ku rasai, semoga ada di antaranya menjadi bekal berguna untuk aku memasuki dunia baru, dunia KERJAYA.



Apa yang susah sangatnya, apa yang pelik sangat? kerja jelah, best ape dapat pegang duit sendiri. Itulah kenyataan kebanyakan orang dan juga rakan-rakanku bila dibangkitkan isu ini. Namun bagi aku dunia kerjaya sebenarnya bukan sekadar bekerja sahaja tapi lebih luas daripada itu. Aku mungkin akan berfikiran sama dengan rakan-rakanku tadi jika aku tak merasa tarbiah kampus, pergi kerja balik kerja, pastu duk 'repeat' rutin yang sama tiap-tiap hari, time cuti atau hujung bulan 'enjoy' sikit...itulah 'life' yang akan aku lalui

Tapi dunia kerjaya sebenar bukanlah begitu, dunia inilah medan ujian sebenar tentang apa yang dilafazkan, dilaungkan, disebut-sebut selama ini di kampus. Frasa " kat kampus aktif dengan program-program tarbiah, kat luar nanti macamana" akan dinilai kesahannya sekarang ini. Mampukah aku teruskan? Dengan godaan yang pelbagai? duit, kesibukan kerja, keluarga, keinginan peribadi dan banyak lagi mampukah melawan gerak kerja untuk menangkan Islam? Allah....

Atur Langkah
Persiapan awal sangat penting sebenarnya dan pemangkin-pemangkin kepada kelangsungan kekuatan untuk bergerak kerja perlu diwujudkan dan diaktifkan. Banyak yang aku terfikir, antaranya 'always connected', maksudnya aku kena wujudkan hubungan yang sentiasa ada dengan sahabat-sahabat sefikrah.

'Find but not wait to be found', kena usaha sikit kot carilah tempat untuk bergerak kerja, boleh mula dengan FB, kalau dah tak tahu sangat dah nak cari mana...sekarang ni mudah search, pastu add friend dan send message taaruf diri. 

Next, pemangkin-pemangkin lain seperti organisasi alumni dan baitul muslim juga mampu membantu. Bila ada organisasi kita akan ada taklifan, secara automatik kita akan still connected dan tak lenyap begitu sahaja. Malah, organisasi ni juga dapat menjadi tempat sharing untuk bantu sesama kita. Manakala baitul muslim penting terutama dengan pasangan sefikrah, orang kata "lebih semangat untuk bergerak kerja bila dah kahwin". Namun ada juga kesan negatif jika tidak pandai menguruskan baitul muslim dengan baik seperti terjadinya melebih-lebihkan sangat keluarga sehingga terus lenyap dalam gerak kerja. Sekiranya dikawal dengan baik, ia pemangkin yang hebat sebenarnya, kerana pasangan yang faham, sefikrah akan menjadi pemudah cara kepada gerak kerja pasangannya, bila dapat support dari yang tersayang apa lagi kerja yang 5 hari untuk siap jadi 1 hari siap...Allah. 

Walaubagaimanapun, yang paling penting bagi aku ialah doa dan pergantungan kepada Allah, hasbunallaha wa ni'mal wakil (cukuplah Allah sebagai pergantungan), kita istiqomah atau tidak semuanya dengan izin Allah, insyaAllah jika kita mahu membantu agama-Nya, Allah akan mudahkan jalan tersebut...semoga Allah mudahkan jalanku di dunia baru ini

p/s teringat kata-kata seorang ustaz, banyak benda nak fikir dan pakai duit bila dah nak mula kerja, kereta, rumah, kahwin, bagi mak ayah...last kali baru bagi kat Islam, tu pun kalau ada...Allah renung-renungkan, smoga stiap amalan kita ada syer untuk Islam supaya menjadi saksi di akhirat kelak, InsyaAllah


Firman Allah: Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al Baqarah 261)


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar