Dec 15, 2011

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim,

Rindu plak...rindu sapo ni??? Sape lagi dalam hidupku ini jika bukan keluarga mestilah sahabat-sahabatku. Rindu sangat sengoti kali ni sebab kalau dulu boleh lagi berjumpa semula lepas habis cuti, tapi memandangkan aku dah bergelar bekas pelajar maka x leh dah la nak jumpa macam dulu, Rindu sahabat-sahabat yang sama-sama susah senang memikirkan pasal ummah, yang bermatlamatkan hanya untuk melahirkan biah solehah di kampus lain sikit berbanding sahabat-sahabat biasa...orang kata kalau berada dalam jalan dakwah, selagi Islam belum tertegak di muka bumi ni, selagi tu akan terus bersama, kerana kita adalah mata-mata rantai perjuangan...dah nama pun mata rantai mesti sentiasa bersambung...itulah ukhwah terindah bersama sahabat-sahabat sefikrahku...


Seperti bait-bait Rasulullah dalam sabdanya, mafhumnya, hadis pertama yang aku pelajari tentang ukhwah:

"Ada seorang pemuda bermusafir ke tempat yang jauh untuk berjumpa sahabatnya, di pertengahan jalan malaikat menjelma sebagai manusia untuk bertanya kepada pemuda tersebut "Atas tujuan apakah kamu berjumpa dengannya, adakah disebabkan urusan keduaniaan?" Pemuda itu menjawab "Tidak, aku ingin  berjumpanya kerana aku merindui dan mencintainya kerana Allah" Mendengar jawapan pemuda itu, malaikat tersebut berkata "Sesungguhnya Allah mencintaimu seperti kamu mencintai sahabatmu" 

Hadis yang masyhur jugak mafhumnya : "Sahabat yang soleh dan tidak baik adalah seperti penjual minyak wangi dan pemukul besi, penjual minyak wangi, walaupun tidak dapat membelinya, berada hampir dengannya sahaja kamu akan turut mendapat bau wangi, manakala pemukul besi berada hampir dengannya akan membakar pakaianmu dengan bara pukulan besi"

Terasa rindu untuk makan setalam dengan sahabat-sahabatku, merasa suapan dari tangan-tangan sahabat

Terasa rindu untuk bersengkang mata sampai pagi, bertegang lidah, memerah otak, bermesyuarat memikirkan masalah ummah dan Islam

Terasa rindu untuk ditarbiah bersama-sama lagi, penat ditarbiah bersama-sama sampai tak cukup tidur 

Terasa rindu mendengar perbalahan sayang sahabat-sahabat kat rumah jemaah walaupun aku rasa serabut sokmo

Terasa rindu untuk berjaulah bersama-sama sahabat dengan seorang je harap jadi pemandu, jadi co-pilot untuk segarkan sahabat yang memandu 

Terasa rindu untuk berusrah dengan sahabat-sahabat yang hebat-hebat dalam aspek masing-masing, sharing ilmu baru sokmo

Terasa rindu untuk berjihad dengan sahabat, dibasahi hujan-hujan buatan manusia, asap-asap buatan manusia, sambil sama-sama melaungkan takbir, berlarian lintang pukang 

Terasa rindu sangat-sangat bersama sahabat-sahabat yang selalu aku doakan agar sentiasa istiqamah dan thabat...semoga rabhitah antara kita terus utuh selagi hayat dikandung badan, semoga walaupun sudah berada di lapangan berbeza namun matlamat kita, ukhwah kita masih sama....rindu korang semua




p/s: teringat kata-kata naqibku tersayang, slalu bayangkan muka-muka sahabat-sahabat bila baca doa ini...fawasakillahumma raabitotaha...kuatkan ikatan persahabatan kami 

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar

  • obayackel on kembali menemui rab
    Top 10 Casinos For Real Money in Michigan - Dr.MCD
    Top 10 (more)
  • Anonymous on hesss law
    mantap sangat cara anta berfikir subhanallah😍
  • abdulfattah on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    taqdim yg ana faham proses awal pertunangan yg biasa digunakan oleh jemaah, kalau yang biasa mcm...(more)
  • Super0wsem! Clozzette on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    Akh rafiq.. post yg menarik :)

    cuma ana terkonfius skit. apa beza taqdim n khitbah ye?
  • Dx on ibrah graduasi
    tahniah akhi :)
  • abdulfattah on ibrah graduasi
    sebak bla enta kata bgitu, sapalah ana tp Allah dh pilih dan ana sgt2 bsyukur dan shbt2 lah yg byk...(more)
  • ehsanhalim on ibrah graduasi
    tahniah fiq.gunakan ilmu dgn sebaiknya krn antara ciri ilmu yg berkat ia dpt diamalkan.tp klu ilmu...(more)
  • Perindu Firdausi on fasa baru kehidupan
    salam ziarah

    smga terus thabat dalam perjuangan

    mohon doa utk kami semua di...(more)
  • abdulfattah on fasa baru kehidupan
    10 min kalau x jam, slalunya pagi2 kalau lwt skt, trun lps pkul 7 pg, mmg akan lbh 7 minit blh...(more)
  • ehsanhalim on fasa baru kehidupan
    7 minit je dari rmh?

    Alhamdulillah Allah bagi byk nikmat dan kemudahan pada nta.tentu...(more)
  • ehsanhalim on passion patience
    wah, good2.ana pun tgh nak study adobe after effect selepas ada terbaca status fb sahabat kita dari...(more)
  • abdulfattah on resepi cinta ibnu athaillah
    fauziahnrsd: Ibnu Aithallah ialah pengarang kpd kitab Al Hikam...beliau seorg ulama', kitab al...(more)
  • ehsanhalim on ibrah pemuda al kahfi
    jom naik gunung plak. G7. hihi
  • fauziahnrsd on resepi cinta ibnu athaillah
    sy baru tahu ttg Ibnu Athaillah dari Novel : BUMI CINTA... :)
  • IMANNURBALQIS on green science
    entry yang bagus..pkongsian yang jarang-jarang diketengahkan...tp xbrani ana nak mcelah comments...(more)