Dec 12, 2011

Poligami dan Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim,
MasyaAllah semenjak dua menjak ni tak habis-habis pos berkenaan perkahwinan ni, meraikan suasana dek kerana ramai yang mendirikan perkahwinan kebelakangan ini. Rasa terpanggil sekejap untuk menulis satu bab daripada perkahwinan iaitu salah satu sunnah juga iaitu POLIGAMI



Perkataan yang menjadikan kebanyakan wanita seram sejuk dan tak senang duduk sebenarnya dek kerana terpaksa kasih dan sayang suami dengan wanita lain. Dan menjadikan lelaki juga demikian dek kerana tanggungjawab yang akan bertambah. Namun apabila ia datang dari Islam pasti ia sesuatu yang baik dan mempunyai hikmah yang berguna kepada ummat manusia.

Firman Allah yang bermaksud:
 “ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”
(Al-Anbiya : 107). 


Maka sesiapa yang menolak sunnah Rasulullah, amaran keras dalam sabda baginda yang bermaksud:


Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)


Kepada siapalah kita nak mohon syafaat di akhirat kelak kalau Nabi pun tak mengaku ummat baginda, immortal sangat ke kita sampai tak perlu syafaat dari Nabi kita.

Berkahwin itu suatu sunnah, semua tahu tu, dan berkahwin lebih juga adalah sunnah, maka jangan mudah kita mempertikaikan apa yang telah digariskan oleh Allah kepada kita macam sesetengah pihak tu yang begitu lantang mempertikaikan hudud.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."


Dalam ayat tu jelas menyatakan isteri-isteri kamu dan bukannya isteri sahaja, maka Islam menganjurkan poligami. Itu jelas, maka tak payahlah kita duk pertikai, tergadah dan membuat hukum sendiri atas sebab tak rela berpoligami.

The best solution ialah jangan berkata-kata yang membaurkan perlawanan kepada ketetapan yang Allah dah tetapkan sebaliknya gali dulu hikmah di sebaliknya. Orang kita ni mudah sangat tengok benda yang negatif dulu dari positif.

Perempuan Lebih Ramai dari Lelaki
"Nisbah perempuan kepada lelaki 37 nisbah 1 wei..." petikan iklan sebuah movie melayu, betul ke? Menurut Kementerian Pengajian Tinggi nisbah perempuan dan lelaki di Universiti di Malaysia ni ialah 70: 30. So apa masalahnya? Dalam beberapa kajian yang dilakukan dalam pada masa yang sama jumlah andartu atau anak dara tua atau wanita yang tak kahwin-kahwin juga semakin meningkat mengikut angka tidak rasmi kira-kira 600, 000. Agak-agak terbela ke nasib wanita-wanita tersebut bukan dari sudut material tapi dari sudut sunnah. Adakah mereka tidak ingin merasai nikmat mendirikan rumah tangga yang dikurniakan Allah. Memanglah kalau dah tak de jodoh apa nak buat kan? Tetapi tak nampakkah kita solusinya yang Allah telah terang-terang tunjukkan...

Tanya Iman bukan Nafsu
Bukan suatu kewajipan yang digariskan oleh Islam dalam aspek berkahwin lebih ini, maka gunakanlah akal dan iman kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya meletakkan nafsu dan perasaan dahulu. Jika kita tak ingin atau tak rela janganlah sampai kita mempertikaikan ketetapan Allah dan sunnah Rasulullah, selesaikan dengan baik, musyuarah dan cari kata sepakat yang menguntungkan Islam dan diri kita dan bukan semata-mata diri kita.



Pengorbanan
Nak masuk syurga ni bukan senang? Kalau kita lihat dari sudut yang berbeza sebenarnya Allah ni terlalu sayang dan baik terhadap hambanya, cuma kita ni yang benar-benar jahat kepada diri kita sehingga sanggup bergelumang dengan dosa. Dalam aspek ni Allah menuntut pengorbanan yang besar kepada zaujah (isteri) untuk merelakan zaujnya (suaminya) kahwin lain kerana terpaksa berkongsi kasih sayang yang semestinya sangat sukar untuk dibahagikan dengan adil, yang pastinya sukar untuk mengelak dari cemburu dan sebagainya. Namun itulah pengorbanan kepada sesetengah orang, jika tidak mampu berada di medan jihad berjuang untuk Islam untuk memperoleh redha Allah, inilah pengorbanan seorang zaujah jika perkahwinan untuk Islam agar wanita-wanita yang ramai tersebut tidak hanyut begitu sahaja tetapi disalurkan menjadi srikandi-srikandi Islam...Allah besar pahala zaujah tersebut

Pengorbanan ini juga kepada si zauj juga kerana bukan semua lelaki yang rela berkahwin lebih kecuali yang gelenya dooh (gatal). Namun jika ada kemampuan untuk berbuat demikian alangkah besarnya ganjaran Allah kerana berjaya menyelamatkan wanita-wanita dari terjerumus ke lembah kehinaan ke jalan menuju redha Allah. Lebih ramai lahir srikandi-srikandi Islam jika dikahwini oleh ahli-ahli gerakan Islam. Kan lebih elok dari lebih ramai pelacur dan GRO...

Lihat Kondisi Kita
Bagi diri aku, lihat kemampuan dan kondisi kita agar kita betul selesa. Bila selesa maka senang untuk bergerak kerja, sekiranya tidak mampu alangkah baik jika tidak melakukannya daripada memberi kesan buruk selepas melakukannya juga walaupun tidak mampu. Ini hanyalah salah satu solusi agar wanita-wanita yang ada lebih terbela. Hayati kata-kata Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini:



p/s : pos ini tak de kena mengena dengan penulis cuma membangkitkan isu tentang realiti sekarang agar nasib wanita-wanita yang ramai tersebut terbela. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar