Dec 16, 2011

Passion & Patience

Bismillahirrahmanirrahim,


 Dalam keenakan cuti ni, aku dapat call dari Ketua Lajnah, Encik K, katanya ada keje sikit ni nak bagi, aku sahut dengan penuh keghairahan, "boleh...keje apa encik?". Katanya menyuruh aku membuat satu montaj untuk satu rancangan di bawah lajnah tersebut. Aku pun bagitau dululah yang aku tak de pengalaman sangat nak buat montaj ni...tapi penah cuba pakai satu software dulu (masa majlis perpisahan kelas aku). Encik K pun sama jgak tak biasa buat montaj ni so xpelah aku dengan rela hati terima task kali ni sambil2 aku belajar ilmu baru.


Ni muka PASSION ke PATIENCE ni???

Dec 15, 2011

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim,

Rindu plak...rindu sapo ni??? Sape lagi dalam hidupku ini jika bukan keluarga mestilah sahabat-sahabatku. Rindu sangat sengoti kali ni sebab kalau dulu boleh lagi berjumpa semula lepas habis cuti, tapi memandangkan aku dah bergelar bekas pelajar maka x leh dah la nak jumpa macam dulu, Rindu sahabat-sahabat yang sama-sama susah senang memikirkan pasal ummah, yang bermatlamatkan hanya untuk melahirkan biah solehah di kampus lain sikit berbanding sahabat-sahabat biasa...orang kata kalau berada dalam jalan dakwah, selagi Islam belum tertegak di muka bumi ni, selagi tu akan terus bersama, kerana kita adalah mata-mata rantai perjuangan...dah nama pun mata rantai mesti sentiasa bersambung...itulah ukhwah terindah bersama sahabat-sahabat sefikrahku...


Dec 13, 2011

Catatan Si Penganggur

Bismillahirrahmanirrahim
Officially aku sekarang bergelar penganggur yang bertauliah, kenapa bertauliah sebab bila pun posting aku tetap akan dapat segulung ijazah tahun depan itu pun dengan izin Allah. Dengan tarikh postingku yang masih menjadi tanda tanya, cuti atau masa menunggu untuk dipostingkan ni kira agak sibuk juga, ingat kan boleh makan tidur makan tidur je =)

Khidmat Keluarga
Usai angkut barang dengan lori ke K.L dari rumah sewa di Ipoh, aku terus balik ke Kelate setelah mendapat panggilan dr mak aku yang sekarang di Kelate u balik sana sebab x de orang nak disuruh ke sana ke mari. Tambahan pula mak sedara aku baru lepas bersalin dan takdir Allah anak tersebut tidak serupa anak lain kerana terdapat kelainan dari sudut kromosom (sepatutnya 23 tapi dia 24), aku pun x sempat nak tengok lagi baby Anis namanya kerana dia ditahan dalam wad untuk bagi pernafasan oksigen bantuan disebabkan jantungnya yang lemah. So, mak sedare aku kena pegi ulang alik dari HUSM untuk tengok si Anis dan disebabkan suaminya terpaksa balik ke Kuantan untuk kerja, akulah jadi pemandu officialnya ke sana...bila lagi nak berbakti dak?


Dec 12, 2011

Poligami dan Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim,
MasyaAllah semenjak dua menjak ni tak habis-habis pos berkenaan perkahwinan ni, meraikan suasana dek kerana ramai yang mendirikan perkahwinan kebelakangan ini. Rasa terpanggil sekejap untuk menulis satu bab daripada perkahwinan iaitu salah satu sunnah juga iaitu POLIGAMI



Dec 11, 2011

Walimah demi Walimah: Antara Baitul Muslim dan Baitul Haraki

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah hari ini, 11 Disember sorang lagi kawan aku akan mendirikan masjid, syukur kerana dapat jua melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah, tahniah kepada Nor Faa'iza dan pasangannya, semoga Allah memberkahi perkahwinan kalian dan beroleh keluarga sakinah, mawadah wa rahmah. Ramai sungguh sebenarnya mengakhiri zaman bujangnya lewat kebelakangan ini dan menyahut seruan Allah dalam firmanNya :

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. 
(Yassin 36)

Entering New World

Bismillahirrahmanirrahim,
Dunia baru? Dunia apalah plk, berapa byk dunia lah kta duduk, alhamdulillah usai sudah sebenarnya dunia PENGAJIANku selama hampir 5 tahun setengah, banyak memori pahit manis, suka duka di bumi Ipoh dan di alam guru pelatih ku rasai, semoga ada di antaranya menjadi bekal berguna untuk aku memasuki dunia baru, dunia KERJAYA.

Related Posts with Thumbnails

Komentar