Nov 12, 2010

I'M OUT ???



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Jaranglah aku tulis dalam blog aku ni keluhan dan perasaan yang aku alami. Tapi bila mana tiada manusia untuk menjadi tempat lontaran ketidakpuasan hati dan perasaan ni, maka bloglah jadi pilihan terakhir aku.

Istighfar fiq, istighfar ingat…
Laayukallifullah hu nafsan illa hus aha…“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya”.(Al-Baqarah 286)



Kuntum khaira umattun ukhrijat linnas….“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia” (Ali-Imran 110)

Sabar seikh, dugaan belako tuh…

Monolog dalam diri aku yang kadang-kadang terasa seperti ingin memecahkan kepala kau…
“Aku bukannya sape, bukan budak sekolah agama, bukan dari keluarga ustaz ustazah, aku masih lagi belajar dan banyak benda yang aku perlu belajar, jadi tak perlulah nak harapkan harapan menggunung sehingga membawa kepada penyesalan kerana memiliki orang seperti aku”

Aku tak de semua tu, tapi aku ada SATU je perasaan yang sangat sayangkan agama ni...

Husnu zhon akh…bersangka baik…

Aku dah cuba untuk berbuat begitu, tapi seharusnya orang yang bergelar sahabat perlu lebih memahami, kita kenal bukan sehari dua hari, tapi dah bertahun, takkan lah tak kenal lagi hati budi, apa yang sahabat suka dan tak suka..KE BUAT-BUAT TAK TAHU…nauzubillah, jangan jadikan persahabatan kita satu HIPOKRIT!!!

Jangan berkawan dengan aku sebab tak de orang lain dah, nasib lah aku faham berbanding dengan orang lain. Dan bilamana ada kelemahan, mulalah berasa kesal…masyAllah, minta Allah lindungi dari semua ni
Aku bertahan BUKAN KERANA ORANG..kalau kerana orang dah lama dah aku OUT, tapi aku bertahan kerana Allah, kerana agama tercinta ni..tak pernah terfikir untuk mengetahui tentang SEMUA ni, tapi aku sangat-sangat bersyukur sehingga menangis kerana Allah kurniakan kefahaman ni dan aku tak nak kehilangan kefahaman ni…

“wahai tuhan yang mebolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku diatas ugamamu dan ketaatan kepadamu.”

Ya Allah Tuhan yang mebolak-balikkan hati ini,Tsabatkanlah hati ini atas ketaatan pada-Mu dan Jihad pada jalan- Mu




4 comments:

Umaruddin Al Qarni said...

Sabar akhi..perjalanan kita masih jauh..Kita telah bergerak sejauh ini.. Hanya sesekali perlu jenguk ke belakang agar kita dapat berhati-hati..Semua perasaan itu mainan syaitan utk menggoncangkan ketetapan hati yg telah berjanji utk terus istiqamah hingga akhir nanti..

Dx said...

bilakah kita akan berhenti berjuang ?
esok ?, dapat kerja ?, dapat isteri ?, dapat anak ?, dapat ..dapat......

@ mati dalam berjuang ?
mati syahid ? bukankah mati dalam perjuangan ?

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

awat rafiq? ada problrm x cter aku pon.. yela sapela aku kn.. hehe. btw senyum sokmo deyh.. la tahzan..

abdulfattah said...

wak...ni cuma luahan hati 'seseorang' kebetulan nama fiq jugak...haha, yg penting mesej kat bawah tuh...selalulah berdoa smoga Allah menetapkan hati kita dan tidak membiarkan kita terpesong di jalan-Nya, okeh...ape2 mslh ak nnt ak cite kat kolah, takut ko x tahan ja..haha

Related Posts with Thumbnails

Komentar