Aug 27, 2010

Counter

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Salam Ramadhan Kareem buat semua, bagaimanalah agaknya amalan kita sepanjang Ramadhan ini? Harapnya kita tergolong dalam golongan yang berusaha memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini.

Teringat kata-kata seorang bekas ahli lujnah ku kepada aku:

Ahli lujnah : Salam a.rafiq, (....) nak fikir dulu tentang keberadaan (....) dalam lujnah ini. Sebab (....) macam x menyumbang ape-ape dalam lujnah ni...



Aku : W'salam. pertama, abg mintak maaf jika (...) rasa mcm tu sepanjang dlm lujnah ini.Mungkin silap abg sebab x pandai memimpin lujnah ini. keberadaan korang semua dlm lujnah ni pn sudah mnyumbang byk kepada lujnah ni, mungkin sbb lujnah ni baru lg dn x nmpak lg dgn jelas gerak kerjanya. tp terpulang pada (...) sebenarnya, keputusan di tangan (...). Abg x paksa u 'stay' atau pun 'stop'

Ahli lujnah: Mcm nilah a.rafiq. (...) dh fikir mask2. (...) akan kekal dlm lujnah ni. Lps ni kalau ad ape2 abg bagitau (...)..insyaAllah (...) akan cb laksanakan

Aku : InsyaAllah...kita semua sama2 mantapkan lujnah ni

Alhamdulillah, sehingga sekarang ahli lujnah tersebut masih kekal dalam gerak kerja dakwah di kampus kami.

Apabila dia berkata bahawa dia seakan-akan tidak menyumbang semasa berada dalam lujnah yang dipimpin oleh aku dan mahu berhenti terasa seolah-olah tamparan besar bagi aku sebagai pemimpin. Tercalarnya kredibiliti dan profesionalisme sebagai seorang pemimpin apabila orang yang dipimpin sudah tidak 'thiqah' kepada kita. Pengalaman tu benar2 membuat aku muhasabah diri kembali. Bagaimana aku memimpin sebenarnya, adakah aku memimpin kerana nak mendapatkan kemasyhuran atau menimpin kerana ianya satu amanah dari Allah kepadaku. Adakah aku mengikut garis panduan agama semasa aku memimpin atau aku terlalu menyanjung tinggi teori2 kepimpinan Barat dan menolak ketepi pandangan Islam dalam aspek kepimpinan? 

Alhamdulillah, semua refleksi yang aku lakukan membuahkan hasil yang boleh dianggap baik untuk semua pihak. Akhirnya, lujnah tersebut dibubarkan dan dibentuk lujnah baru yang lebih mantap dan sesuai dengan setiap kemampuan ahli-ahli lujnah. Ternyata lujnah tersebut semakin hebat dari hari ke hari dibawah kepimpinan yang hebat dan ahli-ahli lujnah yang seakan-akan sudah nampak hala tuju gerak kerja mereka...Alhamdulillah. Ianya satu kepuasan kepada aku walaupun aku tidak menyumbang apa-apa untuk itu dan hasilnya tidak sedikit pun aku rasakan, namun aku berpuas hati kerana mereka juga boleh merasa nikmat memperoleh pahala di sisi Allah.

Kini, aku pula berasa seperti mana ahli lujnah aku tadi rasakan apabila aku menjadi orang di bawah dan dipimpin oleh seorang ketua. Inilah tarbiah Allah bila mana kita berada di atas, kita seolah-olah KURANG SEDAR akan masalah dan kekangan yang dialami oleh orang di bawah kita. Tapi bila kita berada DI BAWAH barulah kita dapat merasa apa yang dirasai oleh orang di bawah kita dahulu...

Jauh sekali sikap aku tersebut jika dibandingkan dengan peribadi Rasulullah yang merupakan ketua yang sangat memahami orang-orang yang dipimpin baginda. Baginda akan bersama-sama berlapar jika orang-orang di bawahnya tidak makan. Baginda akan sama-sama bekerja jika melihat orang-orang di bawahnya bekerja. Hebatnya Rasulullah sebagai seorang pemimpin yang kadang kala aku tidak mampu dan terlupa untuk mencontohinya.


Firman Allah :

"...dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)"

(As-Syura : 23)

Rasulullah bersabda:
"Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”
(Riwayat al-Bukhari)
Besarnya tanggungjawab pemimpin ialah di mana pada akhirat kelak, para pemimpin akan disoal oleh Allah tentang tanggungjawabnya dan orang-orang yang dipimpinnya. Jika baik kepimpinannya maka baiklah hasilnya namun sebaliknya jika buruk kepimpinan. 

Teringat kepada 'lecture' pensyarah subjek 'Assesment in Science' yang menekankan kepada penggubal soalan atau dalam konteks sekarang ini ialah pemimpin agar perlu sensitif dan konstruktif terhadap pelajar (orang yang dipimpinnya). Maksudnya pemimpin perlu lebih peka tentang keperluan dan kemampuan orang yang berada di bawahnya dan perlu bersikap membina bukannya meruntuhkan. Mencari dan mencungkil potensi anak buah agar dapat dimanfaatkan ke jalan yang sepatutnya. 

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran yang berguna untuk aku dalam menghabiskan sisa-sisa hidup ini. InsyaAllah...

Open Your Eyes - Maher Zain

video

p/s: this video is a respond to bro Lim professional talk today..let's Come Back To Al-Quran...Open Your Eyes, Heart and Mind you will see the truth about Allah and Islam...masyaAllah

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar