Mar 17, 2010

Buku-Buku Yang BEST GILERR..!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti ni...alhamdulillah, diberi kudrat oleh Allah untuk merayau-rayau di Bandaraya Kuala Lumpur, bak kata kawan saya, Zhaf, berjalan-jalan tgk masyarakat...

Kalau merayau-rayau kat K.L ni tempat yg mesti saya pegi ialah KEDAI BUKU...nak tengok2 buku2 baru...

Memang x rugi..walaupun x beli 1 pun buku kerana mahu mengelakkan "SINDROM KETAGIH BELI BUKU" sedangkan buku-buku yg lama masih belum habis dibaca. Tp ad bagusnya juga sindrom ni, boleh menjadi koleksi, mungkin sekarang tiada masa yg banyak untuk baca semua buku2 tu tapi suatu masa nanti kita mungkin memerlukan buku2 tu sbg rujukan dan x payahlah nak susah2 cari kat kedai dah..namun yg paling penting ialah dapat 'share' ngan pembaca2 blog saya tentang buku2 yg menarik di pasaran kini...buku2 ni saya tengok kat Kedai Buku Mukmin dan Pustaka Rezeki Harapan kat Masjid India K.L, dua kedai 'favourite', byk buku2 menarik kat situ terutama di Pustaka Rezeki Harapan, ad buku yg hanya di kedainya sahaja dijual kerana diimport terus dari Indonesia.

Ini antara buku-buku yang saya dapati menarik untuk dimiliki:

Buku 1

Tajuk : Kaedah Mengajat Sains
Penulis : Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsuddin
Keluaran : PTS Publication
Genre ; Pendidikan
Harga : RM 20 (Sem. M'sia) & RM 23 (Sabah/S'wak)

:: Buku 'special' u cikgu2 sains, semasa membelek2 buku ni ternampak ad panduan menulis RPH u subjek sains, n cara menjalankan P & P kelas sains::





Buku 2

Tajuk : Mengapa Rotan Tidak Berkesan?
Penulis : Mohd Rashid Mohd Saad
Keluaran : PTS Publication
Genre ; Pendidikan
Harga : RM 20 (Sem. M'sia) & RM 23 (Sabah/S'wak)

:: Buku ni tulisan pensyarah Fakulti Pendidikan UM, x dpt belek2 buku ni sebab dibalut tp cam bagus je buku ni...praktikum nanti nak bawak rotan ke tak? Bak kata pensyarah saya jika GB suruh baru buat, jangan memandai...nanti x pasal2 'fail' praktikum::



Buku 3

Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis
Penulis : Noraini Idris & Shuki Osman
Keluaran : McGraw Hill Education Inc.
Genre : Pendidikan
Harga : RM 32.90




Buku 4

Tajuk : Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser
Penulis : Prof Dr Moh Sholeh
Keluaran : Alam Raya Enterprise
Genre : Perubatan Islam
Harga : RM 29 (Sem. M'sia) & RM 32 (Sabah/S'wak)

:: Penulis buku ni merupakan penulis buku 'Bestseller' Terapi Solat Tahajud::


Buku 5

Tajuk : Kezuhudan Umar Abdul Aziz & Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Penulis : Wan Ji Wan Hussin & Saifulamri M. Hussain
Keluaran : Ar Rijal Media
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 19 (Sem. M'sia) & RM 22 (Sabah/S'wak)

:: Hampir2 membeli buku ni namun terpaksa membatalkan niat sbb masih banyak buku terbitan syarikat ini & seangkatan dengannya masih belum habis dibaca...(sangat berminat dengan buku keluaran syarikat ni kerana penulis2nya yang hebat dan penuh pengisian)::


Buku 6

Tajuk : Umar Bin Abdul Aziz
Penulis : Abdullah Bin Abdul Hakam
Keluaran : Alam Raya Entetprise
Genre : Rujukan Islam



Buku 7

Tajuk : Pahlawan Islam Kontemporari : Para Peminang Bidadari
Penulis : Atriza Umar
Keluaran : Ar Rijal Media
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 15 (Sem. M'sia) & RM 18 (Sabah/S'wak)

:: Tajuk yg 'best' apa lagi isinyi..dalam 'list' untuk dibeli juga::


Buku 8

Tajuk : TURKI : Negara Dua Wajah, Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam
Penulis : Dr Abdullah Azzam
Keluaran : Alam Raya Enterprise
Genre : Rujukan Islam
Harga : RM 18 (Sem. M'sia) & RM 21 (Sabah/S'wak)

:: Tulisan Dr Abdullah Azzam, seorang tokoh gerakan Islam abad moden (Rujuk Buku Tokoh Gerakan Islam Abad Moden). Menarik, jika sesiapa yg pernah baca buku pengkhianatan Kamal Ataturk (Buku merah juga), ini buku yg telah dikemaskini::



“Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

(Surah Al-Kahfi : 109)


Carilah jalan sedaya mungkin untuk memahami Islam disamping mencari ilmu2 dunia, tak kiralah kita ni cikgu sains ke, cikgu matematik ke, cikgu bahasa Inggeris ke, bahasa Melayu ke, selagi kita Islam kita harus memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Ada ke dalam mane2 ayat2 Quran atau Hadis yg menspesifikkan bahawa hanya cikgu2 Pendidikan Islam sahaja yang perlu memahami ISLAM???

Antara cara untuk kita memahami Islam ialah dengan membaca buku-buku tentang Islam, buku -buku tentang ketuhanan yang sarat dengan rujukan Quran dan Hadis. Kerana sabda Nabi lagi yang bermaksud:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya".

(Riwayat Imam Malik).

Kenapa penting buku-buku Islamik ni??? Bagi saya sangat penting, selain untuk pengisian rohani diri, ianya juga sebagai ilmu untuk kita sampaikan kepada orang lain maka x rugi sebenarnya kerana kita menyampaikan sesuatu yang baik apatah lagi ianya datang dari Allah.

Semoga ianya menjadi amalan baik untuk kita di akhirat kelak

Suasana di Masjid India semasa solat Zuhur..

2 comments:

along Nazirah said...

Salam. Pesta buku menjelang tiba,. time ni banyak buku boleh dapat diskaun,.. Beli siap2 stok untuk setahun. =)
Erm,.. tapi, tu lah. macamana nak elak sindrom Ketagih Beli Buku ye?? Pantang jumpa buku, mesti nak beli, niat di hati, nak baca kulit ke kulit,. tapi asyik jumpa kulit depan je, kulit belakang tak jumpa-jumpa,. Nanti buku tu kutuk kita pulak,.. (T_T)

~Tapi, best masa beli buku kat Jaafar Rawwas,KB, Kelantan. Bukan time Pesta Buku pun potongan harga macam kat Pesta Buku..

abdulfattah said...

to k.long: salam, hehe, memang ssh skt nak hilangkn sindrom ketagih beli buku ni sbb fitrah cikgu mmeg kna ska membaca barulah well prepared bla mengajar. Tp ad bagusnya jugak u dijadikan koleksi, bla ad masa lapang boleh baca n juz ambk kat dlm koleksi je...x yah ssh pegi beli. Betul2, beli siap2 stok u setahun pesta bku ni murah2. Kat Jaafar Rawas memg best, tu tmpt plg best kat Kelantan kalu bab buku2...nnt blh promote dlm blog bla tarikh Pesta Buku ye...slmt membaca

Related Posts with Thumbnails

Komentar