Aug 26, 2009

Nasihat Tentang Sahabat


Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya,

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh kawal dirimu.

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu.

"Bersahabatlah sekiranya kamu luhur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya.

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera.

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan timbang rasa.

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal jamaei dalam gerak kerja Islam...



Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, mankala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Di bulan mulia ini, ayuh eratkan persaudaraan kita kerana Allah. Semoga bermanfaat.

Salam Ramadhan

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar

  • obayackel on kembali menemui rab
    Top 10 Casinos For Real Money in Michigan - Dr.MCD
    Top 10 (more)
  • Anonymous on hesss law
    mantap sangat cara anta berfikir subhanallah😍
  • abdulfattah on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    taqdim yg ana faham proses awal pertunangan yg biasa digunakan oleh jemaah, kalau yang biasa mcm...(more)
  • Super0wsem! Clozzette on bila seorang syabab mentaqdim seorang
    Akh rafiq.. post yg menarik :)

    cuma ana terkonfius skit. apa beza taqdim n khitbah ye?
  • Dx on ibrah graduasi
    tahniah akhi :)
  • abdulfattah on ibrah graduasi
    sebak bla enta kata bgitu, sapalah ana tp Allah dh pilih dan ana sgt2 bsyukur dan shbt2 lah yg byk...(more)
  • ehsanhalim on ibrah graduasi
    tahniah fiq.gunakan ilmu dgn sebaiknya krn antara ciri ilmu yg berkat ia dpt diamalkan.tp klu ilmu...(more)
  • Perindu Firdausi on fasa baru kehidupan
    salam ziarah

    smga terus thabat dalam perjuangan

    mohon doa utk kami semua di...(more)
  • abdulfattah on fasa baru kehidupan
    10 min kalau x jam, slalunya pagi2 kalau lwt skt, trun lps pkul 7 pg, mmg akan lbh 7 minit blh...(more)
  • ehsanhalim on fasa baru kehidupan
    7 minit je dari rmh?

    Alhamdulillah Allah bagi byk nikmat dan kemudahan pada nta.tentu...(more)
  • ehsanhalim on passion patience
    wah, good2.ana pun tgh nak study adobe after effect selepas ada terbaca status fb sahabat kita dari...(more)
  • abdulfattah on resepi cinta ibnu athaillah
    fauziahnrsd: Ibnu Aithallah ialah pengarang kpd kitab Al Hikam...beliau seorg ulama', kitab al...(more)
  • ehsanhalim on ibrah pemuda al kahfi
    jom naik gunung plak. G7. hihi
  • fauziahnrsd on resepi cinta ibnu athaillah
    sy baru tahu ttg Ibnu Athaillah dari Novel : BUMI CINTA... :)
  • IMANNURBALQIS on green science
    entry yang bagus..pkongsian yang jarang-jarang diketengahkan...tp xbrani ana nak mcelah comments...(more)