Officially aku sekarang bergelar penganggur yang bertauliah, kenapa bertauliah sebab bila pun posting aku tetap akan dapat segulung ijazah tahun depan itu pun dengan izin Allah. Dengan tarikh postingku yang masih menjadi tanda tanya, cuti atau masa menunggu untuk dipostingkan ni kira agak sibuk juga, ingat kan boleh makan tidur makan tidur je =)
Khidmat Keluarga
Usai angkut barang dengan lori ke K.L dari rumah sewa di Ipoh, aku terus balik ke Kelate setelah mendapat panggilan dr mak aku yang sekarang di Kelate u balik sana sebab x de orang nak disuruh ke sana ke mari. Tambahan pula mak sedara aku baru lepas bersalin dan takdir Allah anak tersebut tidak serupa anak lain kerana terdapat kelainan dari sudut kromosom (sepatutnya 23 tapi dia 24), aku pun x sempat nak tengok lagi baby Anis namanya kerana dia ditahan dalam wad untuk bagi pernafasan oksigen bantuan disebabkan jantungnya yang lemah. So, mak sedare aku kena pegi ulang alik dari HUSM untuk tengok si Anis dan disebabkan suaminya terpaksa balik ke Kuantan untuk kerja, akulah jadi pemandu officialnya ke sana...bila lagi nak berbakti dak?
