Bismillahirrahmanirrahim,
Dec 12, 2011
Dec 11, 2011
Walimah demi Walimah: Antara Baitul Muslim dan Baitul Haraki
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah hari ini, 11 Disember sorang lagi kawan aku akan mendirikan masjid, syukur kerana dapat jua melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah, tahniah kepada Nor Faa'iza dan pasangannya, semoga Allah memberkahi perkahwinan kalian dan beroleh keluarga sakinah, mawadah wa rahmah. Ramai sungguh sebenarnya mengakhiri zaman bujangnya lewat kebelakangan ini dan menyahut seruan Allah dalam firmanNya :
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
(Yassin 36)

Nukilan
abdulfattah
Entering New World
Bismillahirrahmanirrahim,
Dunia baru? Dunia apalah plk, berapa byk dunia lah kta duduk, alhamdulillah usai sudah sebenarnya dunia PENGAJIANku selama hampir 5 tahun setengah, banyak memori pahit manis, suka duka di bumi Ipoh dan di alam guru pelatih ku rasai, semoga ada di antaranya menjadi bekal berguna untuk aku memasuki dunia baru, dunia KERJAYA.
Sep 3, 2011
Sayangilah Keluarga Anda
"Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka" (at-tahrim: 6)
Bismillahirrahmanirrahim...
Kerana gurauan saja boleh meretakkan hubungan murni sebuah keluarga,
Kerana kata-kata yang biasa boleh menghancurkan gelak tawa sebuah keluarga,
Kerana kemarahan yg terpendam boleh meletupkan kasih sayang sebuah keluarga,
Kita mungkin tak merasa apa-apa bila melihat drama di TV atau mendengar cerita kawan2 yang ada masalah dgn keluarga mereka...namun bagaimana masalah tu menimpa kita? Pernahkah kita bayangkan? Keluarga yg kita kata harmoni dan baik sekarang ni adakah kita pasti akan baik selama-lamanya...menyebabkan kita alpa dan lupa untuk berjaga-jaga bahawa Allah mampu untuk melakukan apa saja untuk menguji kita...lebih-lebih lagi kepada keluarga yg berpaling pada jalan-Nya...

Jul 19, 2011
Ibrah Pemuda Al-Kahfi
Bismillahirrahmanirrahim...
Lama jugak rasanya tak edit blog kesayangan ni. Bak kata org Kelantan.."lamo kak loh". Alhamdulillah Allah masih memberi aku ruang untuk menulis sesuatu yang diharap dapat dijadikan sesuatu yang berguna kepada pembaca-pembaca blog ini.
Terasa sangat bertuah dan bersyukur kerana di hujung-hujung tahun pengajianku yang hanya berbaki tidak sampai 4 bulan lagi ni, ak dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan. Baru-baru ni aku berpeluang ke Gua Tempurung walaupun ak sudah berada 4 tahun di Ipoh. Rombongan kami ke gua ialah searamai 10 orang dan dengan bantuan Ranjer Gua tersebut kami menereko penuh keinsafan ruang-ruang di dalam gua yang dikatakan telah terbentuk lebih 200 juta tahun dahulu. Keindahan baru-batu kapur dan stalagetite dan stalagmite yang menjalankan tugasya membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Malah info baru yang saya peroleh iaitu titisan air dari stalagtite ke atas stalagmite lama kelamaan akan menambahkan panjang stalagmite dan kedua-duanya mengambil masa 200 tahun untuk bersambung.
Stalagmite dan stalagtite
Subscribe to:
Posts (Atom)