Pada 28 April lalu, unit F5 Sains telah mengadakan program kemasyarakatan bersama orang-orang asli di SK Pos Poih, Sg. Siput Perak.
Ini antara paparan sepanjang program tersebut:
Dalam perjalanan ke pos poi...dalam trak polis....macam banduan....baju dah oren (^^)
Selamat tiba di Pos Poi setelah mengharungi perjalanan yang sangat mencabar....penat...
Majlis perasmian yang dirasmikan oleh GB SK Pos Poi...(yang berdiri)
Murid-murid orang asli yang ceria....'cok kenak hak???' (siapa nama kamu???)
Beri taklimat selaku AJK Pengisian kepada rakan-rakan...
Sebelum dikerjakan oleh kami....
Selepas dikerjakan kami....
Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat ke 7 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahan dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan".
Ternyata pengalaman kedua bersama-sama orang-orang asli telah memberi banyak kesedaran dan membuka mata saya akan senario sebenar kehidupan mereka...
Semoga Allah limpahkan hidayah dan petunjuk kepada mereka...Amin
Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan untuk saya meletakkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama menyepi....syukran, jazakamullahukhairan kathira kepada semua yg sudi mengunjungi blog ini...
Mungkin antara sebab lama tidak post di blog ini ialah kerana sibuk dengan program-program tertentu dan 'assignment2' yg perlu disiapkan. Selain kekangan kemudahan internet, namun nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
Nuqaba..............! Bertaqwa InsyaAllah
Peserta-peserta dari SARJANA yg tekun mendengar pengisian
Itulah laungan adik-adik dari Sekolah Menengah Dr Raja Nazrin Shah (SARJANA) dalam program Kurusus Nuqaba' 09 yg saya hadiri lalu...
Ternyata program yg berlangsung tiga hari itu sangat menusuk ke jiwa dan rohani bukan sahaja peserta2 program tetapi diri saya sendiri sebagai fasilitator. Pengalaman yg mungkin sangat sukar dilupakan
Gaya kepimpinan seorang naqib...InsyaAllah boleh menjadi murabbi sejati
Secara peribadinya saya seolah-olah belajar di sekolah agama kerana waqi' (suasana) di situ walau saya tidak pernah berpeluang belajar di mana-mana sekolah agama sebelum ini. Pelajarnya yg sentiasa berpusu-pusu ke Masjid setiap kali waktu solat, sentiasa memberi salam tatkala terserempak, yg lelaki berserban, berjubah, yg perempuan bertudung labuh....itulah keadaan di sana...sangat berbeza dengan suasana di kampus.
Saya memperoleh satu ketenangan yg hebat di sana sehinggakan sangat berat mahu meninggalkan SARJANA. Bila pulang ke kampus tidak hairan saya m asih teringat-ingat akan SARJANA dan adik-adik di sana.
Perbincangan dimanfaatkan, sesi "brainstorming", meluangkan idea-idea bernas!
Pengalaman menjadi fasilitator kepada adik-adik yg ternyata hebat, daripada Ting. 3 hingga STAM, sangat saya hargai walaupun diri ini banyak kekurangannya. Program ini sebenarnya program tarbiah untuk saya juga bukan semata-mata untuk peserta. Disitulah saya ditamrin (dilatih) untuk memimpin dan menjadi murrabbi/fasilitator untuk membimbing adik-adik. Selain saya juga dapat maningkatkan ilmu dan kefahaman daripada ceramah yg disampaikan.
Firman Allah yg bermaksud:
Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Al-Ankabut : 6)
Muslimat yg bukan sayap kiri perjuangan tetapi juga golongan penting seperti Muslimin
Kekuatan seseorang nuqaba' (naqib/naqibat) tidak bergantung kepada hebatnya dia berbicara tetapi sebenarnya lebih kepada sejauh mana ia mentarbiah dirinya sendiri dan mentarbiah orang lain (madu'). Oleh sebab itu, naqib perlu memantapkan diri terlebih dahulu, seperti Rasulullah S.A.W yg ditarbiah terus daripada Allah Taala dan kemudian mentarbiah sahabat-sahabat sehingga lahirnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Ali, Khalid Al-Walid dan ramai lagi yg sanggup mati demi Islam. Nabi tidak bercakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan dan diikut oleh sahabt-sahabat. Oleh itu, sebagai ketua kita tidak boleh hanya hebat memberi arahan tetapi sepatutnya turur, menunjukkan, bersama-sama membimbing orang bawahan kita. Firman Allah yg bermaksud:
Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.