Jul 19, 2011

Ibrah Pemuda Al-Kahfi

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama jugak rasanya tak edit blog kesayangan ni. Bak kata org Kelantan.."lamo kak loh". Alhamdulillah Allah masih memberi aku ruang untuk menulis sesuatu yang diharap dapat dijadikan sesuatu yang berguna kepada pembaca-pembaca blog ini. 

Terasa sangat bertuah dan bersyukur kerana di hujung-hujung tahun pengajianku yang hanya berbaki tidak sampai 4 bulan lagi ni, ak dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan. Baru-baru ni aku berpeluang ke Gua Tempurung walaupun ak sudah berada 4 tahun di Ipoh. Rombongan kami ke gua ialah searamai 10 orang dan dengan bantuan Ranjer Gua tersebut kami menereko penuh keinsafan ruang-ruang di dalam gua yang dikatakan telah terbentuk lebih 200 juta tahun dahulu. Keindahan baru-batu kapur dan stalagetite dan stalagmite yang menjalankan tugasya membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Malah info baru yang saya peroleh iaitu titisan air dari stalagtite ke atas stalagmite lama kelamaan akan menambahkan panjang stalagmite dan kedua-duanya mengambil masa 200 tahun untuk bersambung.
Stalagmite dan stalagtite


Perjalanan selama dua jam setengah di dalam gua dalam katogeri 'stage 3' bersama -sama murabbi tercinta dan sahabat-sahabat memang suatu kenangan yang manis. Daripada cerah berlampu kami menyelusuri jalan-jalan gelap gelita yang hanya berlampukan 'torchlight'. Daripada tangga yang rata kepada cerun yang curam. Tak lekang sahabat-sahabatku menyebut Allahuakbar apabila melihat struktur batu-batu di dalam gua tersebut. Besarnya keagungan Allah yang jelas tiada tolak bandingan.Teringin rasa nak bawak anak-anak murid memasukinya dan mempelajari tentang kebesaran Allah dalam penciptaan alam. 
Fasa Yang Lebih Mencabar

Ternyata ianya satu tamrin perjalanan dalam gua ni dan sangat bagus untuk bawak adik-adik usrah datang berusarh dalam gua ni. Dalam menuju jalan keluar dari gua, kami terpaksa melalui jalan-jalan yang sangat mencabar, merangkak seperti buaya di bawah gua, meniarap di dalam air dan menyelusuri lubang-lubang kecil dalam gua. Memang satu pengalam yang mantap dan sukar dilupakan.

Setelah mendaki hampir 100 anak tangga di dalam gua


Bersembunyi di dalam gua
Memasuki jalan-jalan yang lebih mencabar
Kami pemuda-pemuda kahfi....
Rehat jap..
Meneruskan perjuangan...
Bersama-sama sahabat-sahabat walaupun penat tak terasa...
Di bawah gua...
Akhirnya sampai ke penghujung, melepaskan lelah...
Gua Tempurung berjaya kami takluk...



Usai ekspedisi Gua Tempurung, kami meneruskan program ke sungai pula, makan-makan dan sedikit pengisian oleh Ustaz Akmal yang begtu besar impaknya berkenaan dengan kisah pemuda al-kahfi.

Antara mutiar-mutiara tazkirah ustaz yang masih lekat di ingatan aku ialah gua bukanlah ssuatu yang asing kepada para pejuang Islam. Sejarah telah menukilkan banyak kisah-kisah yang melibatkan gua antaranya kisah penurunan wahyu pertama kepada junjungan besar Nabi Muhammad ketika baginda beruzlah di gua Hira'. Selain itu, kisah pemuda-pemuda al kahfi yang lari ke dalam gua sehingga ditidurkan sehingga bertahun-tahun atas alasan untuk menjaga aqidah mereka daripada dihancurkan oleh pemerintah-pemerintah yang zalim dan kejam ketika itu.Malah dalam hadis riwayat Bukhari juga turut menukilkan kisah yang sangat hebat tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua. Rujuk post ni untuk mengetahui lebih lanjut http://rafiqrazali.blogspot.com/2009/11/berharap-hanya-pada.html

Itulah penangan gua dalam Islam.

p/s: lepas ni daki gunung pula

1 comment:

ehsanhalim said...

jom naik gunung plak. G7. hihi

Related Posts with Thumbnails

Komentar