Soalan cepu mas, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, adakah semua doa kita telah termakbul oleh Allah? Jeng2…bagi yang berkata belum, saya aggap anda berkata demikian dalam keadaan jahil dengan rukun dan syarat berdoa kepada Allah. Doa pun ada rukun dan syarat berdoa jugak ke? Bukankah doa itu satu keinginan? Sebab itu kata orang kata-kata kita merupakan doa, contohnya kita berkata ingin memakan nasi ayam hari ini. Sebenarnya itu merupakan satu doa, apatah lagi kalau sumpah menyumpah yang menzahirkan keinginan akan menjadi satu doa.
Orang Gila
Namun apa yang dimaksudkan dengan jahil rukun dan syarat berdoa. Analogi yang mudah difahami ialah orang gila. Orang gila mempunyai empat perwatakan yang menjadikan ia orang gila. Yang pertama, ialah apa sahaja yang dilakukan oleh seorang yang gila tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri, contohnya menari di khalayak ramai, berbaring di atas jalan dan sebaginya. Yang kedua, apa yang dilakukan oleh orang gila tidak mendatangkan manfaat kepada kita. Rasanya ia jelas, adakah kita kisah sekiranya seorang gila menyanyi di depan kita. Yang ketiga, apa yang dilakukan oleh seorang gila juga tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya dan yang keempat apa yang dilakukan oleh orang gila juga tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Maka, mudahnya interaksi antara kita dengan orang gila adalah sesuatu yang SIA-SIA!!! Apa yang boleh dikaitkan disini ialah apabila kita berdoa tanpa mengetahui dan beriman dengan syarat dan rukun berdoa atau mengetahui cara agar kita memperoleh manfaat daripada permintaan kita maka kita seperti ‘ORANG GILA’.
Oleh kerana itu, penting untuk kita memahami dua perkara ini tentang berdoa kepada Allah, iaitu:
1) Membenarkan firman Allah :
Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
(Surah Ghafir: 60)
2) Husnuzanbillah iaitu berbaik sangka dengan Allah Taala
Dua perkara ini harus menjadi pegangan kepada kita dalam memohon doa kepada Allah yang sekaligus menhapus fahaman bahawa ada doa kita yang Allah tidak kabulkan.
Rukun dan Syarat Berdoa
Rukun dan syarat memohon doa juga perkara penting kerana tanpa rukut sesuatu amal yang dilakukan menjadi sia-sia. Mudahnya cara mengingatkan kita kepada rukun dan syarat semasa berdoa ialah dengan kaedah begini:
1) Tiga syarat di tangan kiri
a. Ijabah iaitu bermaksud diperkenankan segala doa yang kita mohon. Ijabah terbahagi kepada dua iaitu:
i. Ijabah yang disegerakan
ii. Ijabah yang ditangguhkan. Namun ramai juga yang terdetik mempersoalkan mengapa setelah sekian lama masih tidak termakbul doa mereka. Analogi yang mudah ialah, contohnya apabila seorang anak berusia 13 tahun meminta ayahnya untuk membeli motosikal, sudah tentu ayahnya akan berkata dia akan membelinya tapi bukan sekarang iaitu apabila anaknya itu berusia 17 tahun nanti. Ini kerana sayangnya seorang ayah kerana bimbang anaknya akan pulang lewat dan terlalu berseronok dengan motosikal tersebut jika diberi sekarang. Sekiranya manusia boleh beanggapan sebegitu, apatah lagi Allah Yang Maha Kaya yang menciptakan semua makhluk manusia, sudah pasti lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Maka ada doa yang iajabahnya ditangguhkan.
b. Muhasarah iaitu disimpan segala doa-doa kita di dua tempat iaitu:
i. Padang masyar. Seperti yang kita ketahui, di padang masyar kelak segala amalan kita akan dihitung dan ditimbang amalan baik dan amalan buruk. Jika berat amalan baik kita maka kesudahan yang baiklah untuk kita dan begitu juga sebaliknya. Namun Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya kerana selain amalan kita yang akan dihitung, doa-doa yang kita pohon juga akan membantu amalan baik kita di sana kelak.
ii. Kubur
c. Mukafarah iaitu diampun dosa-dosa yang lalu.
2) Lima rukun di tangan kanan
a. Apabila berdoa dan ada penentuan pada azali, nescaya apa yang dipohon akan diperoleh
b. Apabila berdoa dan tiada penentuan pada zali, nescaya apa yang dipohon tidak akan diperoleh
c. Apabila berdoa dan penentuan Allah itu cepat masanya, maka cepatlah hasilnya walaupun kita mahukannya lambat
d. Apabila berdoa dan penentuan Allah itu lambat masanya, maka lambatlah hasilnya walaupun kita mahukannya cepat
e. Apabila penentuan Allah itu ada, walaupun kita tidak berdoa sekalipun, nescaya aka nada juga hasilnya
Kesimpulannya, semuanya berkenaan dengan penentuan Allah, segala yang kita doakan samada telah atau akan berdoa sebenarnya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.
Mengapa berdoa?
Doa adalah satu cara untuk mengingatkan kita bahawa kita ialah hamba kepada pencipta Alam ini iaitu Allah azza wa jalla. Selaku hamba hanya satu benda penting yang harus dilakukan kita iaitu mengabdikan diri kita kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
(Adz –Dzariyat: 56 )
Hayati syair doa ini:
Kalau berdoa kepadaNya Tuhan
Syarat rukunnya jangan ditinggalkan
Kalaulah ada penentuan Tuhan
Jangan ragukan
Kalaulah lambat ketentuan Tuhan,
Sabarlah kita jangan susahkan,
Kalau tiada penetuan Tuhan,
(Ustaz Irwan, Tazkirah Magrib Surau Al-Mizan Jalan Duta, K.L)
p/s: Berdoa agar dapat menjadi pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat...amin
No comments:
Post a Comment