Selamat bercuti kepada semua yang bercuti, semoga cuti kita diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat..amin
Sedikit perkongsian dalam cuti ni berkenaan dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang pak cik dari jemaah tabligh yang datang ke surau berhampiran dengan rumah aku selama beberapa hari. Banyak perkara yang disentuh oleh pak cik tersebut terutama berkaitan iman dan kepentingan keluar berdakwah. Namun yang aku paling tertarik ialah tentang taalim. Apa itu taalim? Dan apa itu tabligh sebenarnya?
Ni ada sikit info tentang tabligh yang sempat aku bentang kat IPG tak berapa lama dulu:
Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Jemaah ini menolak politik kepartian.
Tarbiah melalui cara keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.
Tabligh sendiri bermaksud menyampaikan. Maka golongan-golongan yang dapat dilihat dari segi fizikalnya berserban dan berjubah serta keluar dari rumah ke rumah untuk berdakwah.
Jemaah tabligh antara yang diiktiraf dan mendapat perhatian pemimpin negara kini? Jemaah lain?
Taalim pula bermaksud:
"Ta'alim wa Ta'alum" bermaksud "belajar dan mengajar". (Ta'alim bererti menuntut ilmu dan ta'alum pula bererti mengajarkan ilmu kepada orang lain.)
Yang mudahnya ialah taalim ialah mempelajari ilmu agama.
Jadi post kali ni khas bagi ORANG-ORANG LELAKI bakal suami yang ingin menjadi SOLEH...ini kerana seorang pemimpin yang SOLEH akan mampu melahirkan orang-orang yang dipimpinnya turut menjadi SOLEH.
Antara caranya ialah pergilah menghadiri majlis taalim di surau, masjid atau mana-mana yang ada mengadakan ceramah agama, forum yang berkaitan agama. Barulah diri kita ni dilengkapi dengan ilmu-ilmu yang ukhrawi dan bukan sekadar penat mencari ilmu dunia sahaja. Impaknya yang ketara ialah kita mampu mengenali ISLAM itu dengan sebenarnya. Paling kurang pun kalau sibuk sangat cukuplah sekadar 1/2 jam atau sejam dalam seminggu. Banyak masa kita korbankan, lebih banyak kita dapat.
Tak cukup dengan hanya pergi majlis taalim kerana dalam satu hadith :
Dari Ibnu Mas'ud ra, dari Nabi saw sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain), dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap), dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(AdDarimi dan AdDaraqutni)
Dari Abu Bakrah ra, dari Nabi saw sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau binasa." (AlBazzar) -- golongan kelima ialah yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang disebutkan
Maka bila dah balik rumah digalakkan kita mengadakan taalim dengan menceritakan kembali apa yang kita dengar dalam majlis ilmu tadi kepada keluarga kita, terutama kepada yang tak dapat mengahdirkan ke majlis ilmu tersebut. Selain menyebarkan ilmu kita juga sebenarnya menunjukkan kasih sayang kita kepada keluarga kita dan tak rela hanya kita sahaja yang mengetahui benda-benda yang baik. Paling lama pun yang diajukan ialah 1/2 jam sudah mencukupi.
Barulah pemikiran keluarga kita tak berkecamuk, tak bercanggah dengan kita, barulah semua SAMA COLOUR...
"Didikan Keluarga Sangat Penting Untuk Kelangsungan Perjuangan Islam, Seorang Pendidik Juga Pelu Mendidik Keluarga Sendiri Bukan Sahaja Keluarga Orang Lain"
p/s: teringat kepada kisah as-syahid Imam Hassan Al-Banna yang tidak pernah meninggalkan makan bersama keluarga dalam sehari walaupun sesibuk mana sekalipun, hebat tarbiahnya untuk kelurga...semoga mampu menjadi seperti beliau...InsyaAllah
"Time To Change The Paradigm"
No comments:
Post a Comment