Jun 27, 2010

TAMPAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...



Tampan sungguh budak ni...

Cuti akhirnya tinggal tidak sampai dua hari lagi sebelum bermulanya sesi pengajian sem 6 ana, masyaAllah terasa sungguh sekejap namun alhamdulillah cuti ni dapat juga santapan tarbiah untuk menguatkan lagi roh dan jiwa dalam mencari keredhaan Allah...



Ana berpeluang bersama-sama dengan pelajar-pelajar di sebuah sekolah maahad cuti ni. Sekadar menghabiskan cuti ni apa salahnya mencari ilmu uhkrawi. Selama beberapa bersama dengan mereka ternyata banyak benda yang ana pelajari malah lebih mematangkan diri ana dalam meneruskan hidup ni dan meneruskan gerak kerja untuk Islam. Hidup serba kekurangan dengan lokasi sekolah yang jauh dari bandar, tidak terlintas langsung dalam pemikiran adik-adik di sekolah tu untuk berasa susah dan terseksa dengab suasana tersebut...malah yang penting ialah mereka datang untuk menuntut ilmu, itulah tarbiah yang diterapkan oleh ustaz pemilik merangkap pengetua sekolah tersebut. Malah lebih menginsafkan dan membuatkan ana terharu ialah sekecil-kecik budak berusia 6 tahun sudah mampu menghafal beberapa surah yang panjang dalam al-Quran. Begitu kerdil lagi jika dibandingkan dengan ana yang 16 tahun lebih tua daripadanya.

Sinar tarbiah yang dipancarkan ke hati mereka oleh ustaz dan ustazah di sekolah tersebut menjadikan mereka insan yang sangat baik di pandangan ana. Apa taknya, mereka benar-benar mengaplikasikan sunnah Rasulullah dengan sangat memuliakan tetamu yang datang ke tempat mereka. Tiada sinar hipokrit langsung terpancar malah begitu terserlah sinar keikhlasan di hati dan jiwa mereka. Untuk apa mereka hipokrit kerana tiada apa yang nak dibanggakan dengan tempat pengajian mereka yang jauh jela' (terlampau jauh) jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah maahad dan agama lain. Mereka begitu murah hati membantu ana menyesuaikan diri di tempat tersebut. Sedangkan kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang biasa dan bukannya keluarga-keluarga yang susah. Namun kesedaran keluarga mereka tentang pentingnya ilmu al-quran, mereka dihantar ke situ untuk ditarbiah. Semuanya mereka lakukan sendiri, betulkan lampu, bersihkan masjid, bertukang dan sebagainya. Dan tak keterlaluan jika ana katakan bahawa mereka lebih matang dan berdikari berbanding ana pada usia mereka. Itulah tarbiah yang diterapkan. Malah semasa sesi diskusi tiada langsung sesi untuk 'tunjuk pandai dengan ana' walaupun mereka lebih hebat daripada ana malah mereka lebih suka diam daripada melontarkan kata-kata yang tidak bermanfaat. Begitu jauh jika hendak dibezakan dengan murid-murid sekolah rendah biasa lebih-lebih lagi sekolah-sekolah misionary yang didoktrinkan dengan kemewahan dan perasaan ego dalam kebanyakan diri mereka. Terasa ingin sangat berpraktikum bersama dengan mereka...insyaAllah.

Begitulah tampannya tarbiah yang diterima oleh mereka...

Ujian dan cabaran yang dialami oleh mereka ternyata lebih jauh jika dibandingkan dengan ana. Betapa lemahnya diri ini apabila dihidangkan dengan sedikit kesusahan sudah mengeluh dan tertekan. Tampankah tarbiah ana? Semoga adik-adiku di maahad tersebut berjaya menjadi seorang yang dibangga-banggakan oleh ummah dan agama...amin

Semester Baru

Taujihad buat ana bila melihat dan merasa hidup bersama adik-adik maahad cuti ni. Itulah hebatnya Allah Taala, tarbiah darinya datang dalam pelbagai bentuk dan kadang kala kita tak sedar pun yang sebenarnya Allah sedang mentarbiah kita. InsyaAllah ana akan cuba menjadi lebih kuat semester ini dalam semua aspek kerana Allah sentiasa ada bersama kita cuma kita kekadang tak sedar dan alpa. Semoga Allah mudahkan segala perancangan ana di semester baru ni...praktikum, kuliah, peperiksaan, gerak kerja dan sebagainya..amin

Dunia Baru

Semester baru ni juga mungkin akan lebih banyak kelainan dalam gerak kerja Islam. InsyaAllah dengan anugerah kurniaan Allah, para jundullah yang telah berjanji setia untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi bersama-sama ana dan sahabat-sahabat lain akan lebih memantapkan lagi usaha dakwah dan tarbiah Islamiyyah di kampus ana.


“Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. tangan Allah di atas tangan mereka, Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” 

(Al Fath : 10)

Pengorbanan yang besar sepertimana yang ternyata dalam arkanul bai'ah yang kita ikrarkan dituntut oleh setiap daripada kita. InsyaAllah perjuangan yang ihklas kerana Allah akan dibantu dan dimudahkan oleh Allah. Seperti yang dinyatakan dalam surah al-fath, sesiapa yang menepati janjinya (bai'ah) kepada Allah, makan Allah akan membantunya. Malah dikira sebagai munafiq orang-orang yang mengingkarinya. Sepertimana juga taat yang sangat-sangat dituntut dalam berjemaah. Wajib taat kepada setiap keputusan yang diputuskan oleh pimpinan selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat kerana kepatuhan inilah yang menjamin kelangsungan jemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)".

(Riwayat Ahmad)

"Sesungguhnya orang - orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan neraka paling bawah dan kamu sekali- kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka"

(An Nisa : 145 )

Ini menunjukkan betapa pentingnya kerja Islam dan bukan hanya perlu disedar sementara sahaja tapi selamanya. Maka istiqamahlah sahabat-sahabat...

Mad'u Baru

Semester baru juga kampus ana akan menerima pelatih-pelatih baru yang tidak tahu bagaimana fikrah dan pemikiran mereka. Tahniah buat antum semua kerana berjaya menempatkan diri di Insititut Pentarbiahan Guru Kampus Ipoh (IPG Kampus Ipoh). InsyaAllah akan wujud juga nanti golongan-golongan yang akan bersama-sama ana dan sahabat-sahabat untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar