Jul 11, 2009

Matrik Melaka



Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik Lagu Nostalgia oleh Shoutul Amal

Teringat kenangan di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang....

Masih kedengaran suara riuh pelajar-pelajar berasak-asak ke kuliah...
Masih kedengaran laungan azan dari Surau Badrurrahman yang terletak di hadapan blok aku...
Masih teringat akan bau ayam (kilang ayam belakang matrik)....
Masih teringat gelak tawa kekawan kelas H2P2T2....
Masih teringat akan bekas rumet-rumetku, Usop, P.Pye dan Napes yang sudah lama ku tidak hubungi...

Walaupun seketika aku berada di situ, tidak sampai 4 bulan, namun banyak catatan-catatan manis masih tersemat dalam sanubari...

Kalaulah aku tidak berpeluang belajar di Matrik Melaka, mungkin aku tidak akan berada di tempat aku berada kini...

Bagiku Matrik Melaka merupakan tempat permulaan aku dalam jalan ini...
Syukran kepada antum semua untuk segala-galanya dan kerana memberi kenangan yang terindah ini...
Semoga antum semua dalam keadaan sihat walafiat di bawah lembayung rahmat Allah...amin


Bilik-bilik tutorial

::Kekawan yang masih dalam ingatan: Wan, Arif, Chan, Afiq, Kam (Khairul Anwar Mustafa), Muhammad, Rabiatul Adawiyah, Wani, Amir, Faiz...semoga suksess dunia akhirat <<

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar