Jul 11, 2009

Bertemu Ulama'

Ulama' merupakan pewaris para anbia....

Jika dahulu, para sahabt dan umat Islam akan merujuk dan berjumpa terus dengan Nabi membincangkan soal Islam tetapi zaman kini Nabi sudah tiada, maka kepada siapa yang kita sepatutnya merujuk jika bukan kepada para ulama'.

Firman Allah yang bermaksud "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)."

(at-taubah 122)

Walaupun seketika tempoh pertemuan dengan ulama' yang tersohor ini, namun bagi diriku sangat bermakna...

Mana lagi aku mampu lihat seorang ulama' yang juga pemimpin yang sangat bersahaja dan sederhana dalam memimpin...

Menatap teratak seorang Menteri Besar ini membuatkan diriku sedar bahawa harta dan pangkat bukanlah untuk dimegahkan dan ditayang tetapi satu amanah yang amat besar yang perlu dipikul oleh seorang pemimpin...





Seharusnya tokoh yang dikagumi oleh anak muda kini ialah para ulama' bukannya seorang doktor yang menemui ubat yang paling mujarab di dunia, arkitek yang mampu membina bangunan tertinggi di dunia, jurutera yang mampu membuat mesin tercanggih abad ini tetapi sekular dari sudut pemikiran dan meninggalkan Allah...apatah lagi artis-artis yang terkenal saentero dunia....

Para ulama'lah seharusnya dikagumi kerana ilmu yang ada pada mereka yang mengajak kita berfikir, merenung dan muhasabah akan kebesaran Allah, tujuan kita dicipta-Nya dan tanggungjawab kita sebagai makhluk kepada khaliq (pencipta)...

Tetapi dunia hari ini menafikannya, pandangan ulama' diketepikan, pandangan pemimpin sekular diagung-agungkan....Mana martabat agama suci Islam??? Lebih teruk lagi apabila orang yang mengaku dirinya Islam sendiri yang lantang menentang ulama'....Inilah senario masa kini...

Hayati hadith Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari)

Ayuh pemuda-pemudi Islam, ayuh sama-sama bangkit, sedarlah dari mimpi, bacalah dan fahamilah Islam dengan sebenar-sebarnya seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W....Jangan biar ia hancur dimamah pemikiran-pemikaran sempit dan bercanggah dengan Islam serta serangan-serangan musuh Islam yang tidak henti-henti ingin menghancurkan Islam

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar