Oct 22, 2010

Benda Yang Nak Bawa Ke Akhirat

Dunia Kini
Nampaknya kemaksitan dan kemungkaran adalah perkara biasa, bencana jugak makin hari makin banyak, kemalangan sana sini, dah nak kiamat ke dunia ni...MasyaAllah

Kiamat tu pasti datang, tapi adakah kita bersiap sedia dengan itu...Banyak benda jugak berlaku dalam tempoh beberapa minggu, hingga tiada tempat untuk mengadu masalah selain Allah.

Ni antara satunya, apabila hiburan tu menjadi sesuatu yang sangat diraikan dan dinanti-nantikan tapi bila suruh pergi program agama..hampeh..banyak la alasan tu alasan ni...benda ni yg kita nak bawa ke akhirat




Syurga tu bukan tempat yang senang nak masuk, macam kita nak apply masuk maktablah, kalau 'result' kita teruk susahlah sikit nak masuk....tapi Allah bagi jalan pintas kat umat Islam yang NAK kan syurganya...

 Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(Surah al-Taubah:111)


Firman Allah lagi yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Saff:10-11)

Terang-terang Allah terangkan kat kita, tapi macamana nak berjuang di jalanNya sehingga menemui syahid...

...sudah semestinya bukan dengan mendahulukan keluar makan dengan kawan daripada duduk mendengar Liqa Usrah...

...sudah semestinya bukan dengan mencari alasan baju tak sesuailah, 'meeting' tu, 'meeting' ni, dan penat main bola daripada duduk dan dengar tentang Gerakan Jihad...

...sudah semestinya bukan dengan pergi menonton hiburan dan aktiviti-aktiviti yang boleh diminta kecualian daripada pergi rehlah dan program ukhwah bersama-sama abang-abang naqib dan kakak-kakak naqibah...

Tapi

...ia memerlukan BANYAK pengorbanan daripada kita sebenarnya, terpaksa tahan lapar untuk mendengar ilmu-ilmu berkenaan harakah Islamiyyah dan apa peranan kita...

ia memerlukan kita untuk tinggalkan sekejap assignment-assignment yang banyak tu...untuk bersama-sama abang-abang naqib dan kakak-kakak naqibah....

ia memerlukan kita tinggalkan sekejap hiburan untuk membelek dan menghadam ilmu-ilmu tentang jemaah Islam dan adakah aku layak memperjuangkan Islam...


Tak sedarkah kita yang kita korbankan masa, harta dan jiwa kita adalah untuk menolong agama Allah

Berimankah kita dengan ayat ni:
" Wahai orang- orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
(surah Muhammad ayat 7)


Maka betulkanlah niat kita, tiap kali pergi usrah ke, LPU ke, rehlah ke atau apa-apa aktiviti yang menjurus kepada pembinaan peribadi muslim sejati sepatutnya bukannya kerana abang-abang naqib atau kakak-kakak naqibah tetapi KERANA ALLAH semata.

Sesunggunya para naqib dan naqibah juga berkorban untuk adik-adik usrahnya, namun bukan balasan yang diminta tetapi itulah bebanan amanah...kerana semua itu dinilai oleh Allah Taala di akhirat kelak


Istiqamah dan Pilihlah Jalanmu

Sesungguhnya hidayah tu milik Allah, bukan layak seseorang naqib dan naqibah untuk menentukan siapa yang akan bersamanya, cuma si naqib dan naqibah ni antara orang yang bertuah kerana dicampak hidayah tu dan bila-bila masa saje Allah boleh tariknya. Maka berbekalkan hidayah tu, para naqib naqibah ni pun mahu menarik adik-adiknya bersama-samanya, bersama-sama rasa hebatnya ISLAM, indahnya ISLAM, mabruknya BERJEMAAH, rahmatnya UKHWAH, manisnya MEMPERJUANGKAN ISLAM...

Tapi jika ada adik usarah yang mahu menjauhkan diri dan lari, apalah daya, ditarik pun masih cuba melepaskan diri, maka hidayah milik Allah...pilihalah jalanmu...tapi apa yang nak dibawa ke akhirat kelak...adakah amalan kita sehebat sufi, segah wali dan para ulama'..jika demikian pilihlah jalanmu

Tapi jika kita berasa kita tidak mamapu, maka ambillah alternatif yang Allah berikan kat kita...syahid dengan memperjuangkan agama-Nya...istiqamahlah

Naqib Naqibah Refleksi Diri

Kenapa adik usrah lari? Kenapa adik usrah ni susah sangat nak ikut usrah dan program-program lain usrah? Yang palin penting puncanya adalah dari naqib naqibah sendiri, kalau usrah pun payah nak buat, jumpe pun kadang-kadang macamana adik-adik nak ikut kata kita, tapi bila kita dah CUBA untuk buat semua tu tapi masih tak berjaya...berserah saja pada Allah...hidayah milik Allah

Kalau boleh kita nak bawak semua umat Islam untuk sama-sama bangkit memperjuangkan Islam, namun apa daya kita, Nabi Nuh berdakwah seama beratus tahun namun masih tak dapat bawa semua umatnya bersama-samanya, begitu juga Rasulullah, bukan semua mahu bersama-sama baginda. Oleh, itu jangan bersedih, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK!!!

Semoga amalan-amalan kita buat ni menjadi benda YANG BAIK untuk dibawa ke akhirat kelak...InsyaAllah

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar