May 31, 2010

Usah Terasa Dengan Perkara Kecil & Tiada Erti Rehat Dalam Perjuangan Ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Tuhan Yang Memiliki Alam ini, Hari Pembalasan, Tuhan sekalian umat manusia, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang dirindui selalu yang merupakan qudwah perjuangan agama tercinta Islam...

"Usah terasa dengan perkara-perkara kecil...kerana perjuangan ini lebih besar dan menuntut banyak pengorbanan, kita takkan ke mana dan Islam takkan didaulahkan jika kita asyik sibuk memikirkan masalah-masalah kecil ini"

"Rehat? Tiada rehat sebenarnya dalam perjuangan ini selagi mana Islam tidak berkuasa"

Inilah dua ungkapan yang begitu tersemat dalam hati aku sehingga kini...ada apa sebenarnya ungkapan ni? Pada awalnya aku pun sukar untuk memahami maksud tersiratnya, banyak kali juga aku fikir-fikirkan tentang ungkapan ni...

Namun disebabkab ungkapan inilah aku masih bertahan walaupun dihidangkan dengan pelabagai cabarab supaya aku berundur dari perjuangan ini. Aku tak layak, ramai lagi yang lebih layak, sekolah agama, banyak ilmu agama, warak, soleh...tapi aku bukan sekolah agama, aku bukannya banyak lagi ilmu masih banyak lagi yg perlu belajar, kenapa Allah piih aku sedangkan ada orang lain lagi yang lebih baik dan lebih layak???...benda-benda nilah yang selalu bermain dalam akal fikiranku yang kadangkala melenyapkan roh perjuangan seketika dan membuatkan diri memberontak!




Namun aku lupa dan sebenarnya itulah antara perkara-perkara kecil yang dimaksudkan dalam ungkapan pertama tersebut...inilah permainan syaitan durjana untuk menyesatkan orang-orang yang di dalam perjuangan ini. Bak kata sahabatku..syaitan yang menggoda dan cuba menyesatkan orang-orang yang berjuang untuk Islam ini juga bukan calang-calang dan syaitan yang 'haraki'. Hayatilah firman Allah yang bermaksud :

“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya 'aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu pula melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(Al-A’raaf : 27)

Bagi yang lemah, bagi yang berasa dirinya tak layak, bagi yang berasa orang lain lebih layak maka mereka telah termasuk ke dalam perangkap syaitan, mereka mula berasa tertekan dengan jalan dakwah, mula berasa bosan dan menyampah walaupun disebabkan masalah kecil sahaja dan akhirnya keluar dari saf perjuangan...nauzubillahiminzalik...minta Allah jauhkan.



Sahabat-sahabat, perjuangan ini panjang dan penuh onak dan duri, jika Rasulullah seorang yang cepat putus asa, cepat terasa dengan teguran dan kritikan, terlalu memikirkan kelemahan diri...adakah Islam akan tersebar hingga ke hari ni...masyaAllah..besarnya pengorbanan Rasulullah sehingga membuatkan aku sebak setiap kali memikirkan tentang baginda...Jika Rasulullah bukanlah orang yang sebegitu kenapa tidak kita, yang mengaku sayang dan cinta kepada baginda..inilah penguat semangatku setiap kali aku diuji..Allahuakbar...


Perjuangn ini tiada rehat sahabat...teruskanlah sehingga ke akhir hayatmu, jadikanlah perkara yang pahit dalam perjuangan ini sebagai tamparan untuk menyedarkan kita bahawa kita di jalan yang benar. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

(Al-Ankabut : 2-3)

Tangis air mata dan kesakitan yang dirasakan dalam perjuangan ini semuanya akan dihitung oleh Allah, usahlah kita membandingkan-bandingkan bahawa orang lain lebih layak memikul beban dakwah ini kerana tugas dakwah ini sepatutnya dipikul oleh semua umat Islam namun berlapang dada dan bersangka baiklah dengan pilihan Allah...ANTUMLAH YANG TERBAIK!!!! WAHAI JUNDULLAH !!!

Firman Allah yang bermaksud:

Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah

(Ali Imran : 110) 

Ayuh lupakan segala sengketa dan dendam, ayuh kembali kepada matlamat utama kita sebagai hamba Allah...perjuangan ini tiada erti tanpa pejuang-pejuang yang ikhlas kerana Allah dan benar-benar ingin menggapai redha-Nya walaupun terpaksa mengharungi berbagai ranjau dan cabaran. Semoga Allah berkati antum semua. 


"AKU MAHU ISLAM DIDAULAHKAN ATAU SYAHID DI JALAN ALLAH!!!!"

2 comments:

Dx said...

salam powerlah.....
entry ringkas tapi bermakna

abdulfattah said...

hanya menyampaikan apa yg terbuka dlm lubuk hati, moga ia lahir bersama iman bukan dgn nafsu...

Related Posts with Thumbnails

Komentar