Mar 26, 2010

Merasai Realiti Sebenar Seorang Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani,

Alhamdulillah bermulalah sesi praktikum aku yg dinanti-nantikan selama ini kerana tak sabar-sabar nak mengajar murid-murid. Dalam praktikum ini, pelatih2 guru IPG akan melakukan sesuatu yg lebih 'advance' daripada yang dilakukan semasa PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah) kerana kami akan diberi peluang untuk mengajar kelas. Aku dan rakanku, Muhammad Izzat Asyraf b Ab Aziz telah diamanahkan untuk berpraktikum di SK Convent a.k.a SK Perempuan Sahaja....memang best, kat sekolah tu hanya ada seorang ustaz dan 39 orang guru perempuan manakala murid2nya pula seramai 400 orang lebih.

Lebih memenatkan mental dan fizikal kami ialah sekolah ini berlangsung pada sesi petang dan terpaksa berkongsi sekolah dengan SK Raja Perempuan Ipoh. Ini menjadikan sekolah yg asalnya OK menjadi sangat daif..dengan tiadanya pusat sember, tiada pusat akses, dan terpaksalah menjadi pihak yg MENUMPANG. Apabila disebut menumpang mestilah terbantut dan tidak boleh buat sewenang-wenangnya nanti 'tuan rumah' marah...pape pn syukurlah sekurang2nya RPS sudi menumpangkan warga SK Convent ni...

Lupakan tentang hal tu, minggu pertama ak di SK Convent sangat mencabar membuatkan aku mengenal erti menjadi seorang guru sebenar pulak...maklumlah banyak betul ujian dan cabaran minggu ni..aku diberi kelas 4 Bestari (kelas paling atas dalam tahun 4) dan 5 Cemerlang (kelas kedua dalam tahun 5)...Tanggapan dan prediction yg aku buat pada mulanya adalah sangat positif kerana aku diberi kelas pertama dan kedua, yang akan membawa masalah sikit ialah kelas 5 Cemerlang mungkin. Namun tanggapan ku ternyata meleset apabila masa interaksiku bersama 4 Bestari betul2 mencabar kewibawaan dan kesabaranku...haha

Banyak yang aku belajar selama seminggu di SK Convent dan yang paling utama ialah aku pelajari cara merancang pengajaran yang pasti menjadi perkara yang biasa bila aku menjadi guru kelak. Minggu ni membuatkan aku tertanya-tanya salah siapa sebenarnya sistem pendidikan di Malaysia bagi aku sangat rendah tarafnya dan terdapat guru2 yg hanya berpendapat cukuplah jika mereka masuk ke kelas dan mengajar 1 topik dan dikuti dengan hari seterusnya sehingga tamat 1 tahun. Sedangkan bagi aku, pengajaran di dalam bilik darjah adalah lebih daripada itu...pelajaran di dalam kelas sepatutnya menjadi murid-murid lebih baik bukan sahaja dari segi akademik tapi turut sama sahsiah dan peribadi. Namun banyak daripada kita menjadikan masa sebagai alasan.

Kenapa berlaku kini, murid-murid sudah tidak boleh dihukum untuk diberi pengajaran kerana akan membabitkan penglibatan ibu bapa...sedangkan ibu bapa tidak tahu sebenarnya di sekolah anak-anaknya lebih nakal daripada di rumah. Sepatutnya jika ibu bapa sayang akan anak-anak mereka mesti bersama-sama duduk berbincang dengan guru tentang masalah anak-anak mereka...sedangkan dalam Islam juga rotan dibenarkan jika bertujuan untuk mengajar...

Tetapi ibu bapa sibuk mencadangkan usul-usul sahaja untuk Mesyuarat PIBG dan kadang2 usul2 tersebut mencalarkan integriti dan profesionalisme seorang guru atau org yg mendidik anak-anak mereka kerana mereka tidak tahu senario sebenar. Sepatutnya sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru perlu dibuat secara berkala dan bukannya semasa Mesyuarat PIBG sahaja.

Itulah realiti yg dapat aku kutip selama seminggu di sekolah...baru seminggu entah apa lagi mendatang untuk 3 minggu lagi, minggu depan baru mula tulis RPH dan bermulalah sesi 'observation' oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Selain itu, ak juga akan cuba mengembalikan keyakinan dan mencari teknik terbaik untuk menarik perhatian murid2 4 Bestari agar P & P akan menjadi lebih menyeronokkan...

Ni antara soroton kejadian di kelas 4 Bestari pada 22 Mac 2010 (Hari pertamaku di sekolah)

Aku : "Ok2..semua diam, cikgu tak nak dengar suara sesiapa pun. Cikgu akan buat peraturan kelas, selama 4 minggu ni...kamu semua kena ikut peraturan ini..."

Seorang murid : "Alaa...4 minggu je cikgu kat sini..."

Aku : "Diam2...kalau tak diam cikgu pukul ngn pembaris ni..(sambil memukul pembaris ke atas meja)

Seorang murid : " Cikgu, pukul pembaris tu kuat sikit...haha"


Ni pula sorotan P & P ke-2 bersama 4 Bestari pada 25 Mac 2010 


Aku : "Siapa suruh bercakap..(sambil menunjukkan kepada salah seorang murid)...siapa suruh gelak...awak tak faham ke??? Awak nak jadi orang pertama yg saya denda ke?

Seorang murid B : "Nak..."

Aku : "Apa??? siapa nama awak??? ****** eh?...keluar ke depan ni...

Murid B: "Ok.."

Aku : Cikgu nak bila cikgu masuk nanti, cikgu tak nak dengar suara sikit pun...faham??? ****** ikut saya...

(Aku membawa murid B  tu tidak berapa jauh dari kelasnya)

Aku : Awak buat ape ni??? Awak tau x saya nak ajar awak supaya awak berjaya tapi awak x hormat saya langsung...saya dah buat macam2...bagi aktiviti, sediakan video2..tapi awak buat perangai macam tu...awak tau tak awak x hormat orang lebih tua dari awak...macam mana perasaan mak ayah awak kalau awak buat perangai macam tu kat diorang??? hah???

(Murid tersebut terdiam)

Saya tak mahu dah benda ni berulang...faham x?

Murid B: Faham cikgu...

Aku : Dah!... masuk kelas

(Di dalam kelas)

Aku : Awak ingat saya tak boleh marah ke??? saya nak buat kelas ni 'fun' tapi awak semua dah melampau...saya suruh diam awak makin bising..awak tak faham ke...saya cakap bahasa Melayu kan?? "DIAM"...cakap bahasa inggeris.."SILENCE"...bahasa cina aku x reti!!! Saya dah sediakan semua benda khas untuk awak semuA tapi awak permainkan saya..awak ingt saya patung ke..saya suruh daim, diamlah...mentang2lah saya guru parktikal awak boleh pijak kepala saya...saya hormat awak semua...tapi awak semua x hormat saya langsung....baik awak yang nak saya jadi macam ni...saya buat baik awak x nak..ok...sekarang semua buka buku teks sains!!

(Kelas tidak bising lagi dan saya berjaya habiskan topik untuk hari tersebut dan melaksanakan aktiviti2 seperti yang dirancang kecuali tayangan 'slideshow")

p/s: jangan salah faham, sebenarnya peristiwa di atas tu atas nasihat guru sains mereka sendiri, kata Pn Halijah : mereka tidak boleh diberi muka sangat, kena marah dan control diorang, jangan biar diorang control awak. Marah bukan pilihan saya sebenarnya kerana saya dah sediakan aktiviti untuk tarik minat mereka, dah buat undang2 yang 'fun' untuk control mereka tapi x menjadi juga, sebaliknya mereka semakin menjadi2...inilah murid2 zaman sekarang sampai sanggup lawan cikgu apabila nampak cikgu tu baik sangat dan boleh dibuat main, itulah 4 Bestari SK Convent, namun saya harap saya dah terapkan 'something' yg berguna di kepada mereka iaitu 'respect the older persons'...


 4 Bestari..My "Beloved" Class


:: Sekadar perkongsian....Semua ada teknik masing2 untuk mengendalikan kelas....cubalah rasa 4 Bestari SK Convent...anda pasti tahu senario sebenarnya ::

5 comments:

along Nazirah said...

Salam. 4 Bestari tu ana ngajar masa deorang tahun 3 dulu. My beloved students... (^_^) Gambar yang nta letak tu, namanya Cynthia, anak pn Catherine.. Nanti kirim salam kat deorang ye. Tak tau la deorang ingat lagi ke tak.. =)

IMANNURBALQIS said...

taktnya..cikgu garang...

abdulfattah said...

along Nazirah: a'ah cynthia OK..cma ad setengah2 student je buat masalah..biasalah...insyaAllah nnt ana tnya pn Catherine

IMMANURBALQIS: haha...bukan marah sebenarnya, tap gertak skit je, spaya diorg diam..mmg ssh nk diam terutama dgn cikgu lelaki..diorg jadi sgt excited...alhamdulillah semua ok, lepas ni nak jdikan kelas lebih fun pulak...pape pn marah is not the best way..i'm still learning and trying to get use with the situation...doakan enti terbaik juga d sekolah

Dx said...

siapa x excited, jika abg Rafiq yang ajar...........

lailanuranis said...

salam... sgt takut bila tgk cikgu rafiq garang (kata seorang pelajar)

Related Posts with Thumbnails

Komentar