Feb 2, 2010

Daripada Mana Kita???

Daripada kita datang sebenarnya???

Inilah persoalan yang kadang kala timbul apabila saya mengikuti sesi kuliah untuk subjek major saya semester ini iaitu SCE3110 : Earth and Space. Ternyata penyampaian pensyarah subjek ini, Mr. Ooi Bean Heng sangat bagus dari segi penerangan fakta dan teori terutama berkenaan dengan penciptaan alam semester. Memang betullah katanya yang dia begitu meminati bidang astronomi. Yang paling menarik ialah kebanyakan kuliah Mr Ooi mesti ditayangkan video-video berkenaan alam semesta yang begitu hebat 'sound effectnya'. Namun bukan 'sound effect'nya yang dipandang tetapi persoalan-persoalan yang timbul kerana yang mengajar saya adalah seorang buddha dan semestinya dia akan lebih menayangkan penemuan-penemuan daripada bukan Islam walaupun dia mengatakan bahawa dia mempunyai video 'Harun Yahya' yang menerangkan tentang alam semesta dalam konteks Islam (tapi dia masih belum tonton) dan dia juga banyak kali menyebut dia mempunyai al-Quran di rumah yang dihadiahkan oleh seorang rakan (semoga dia memperoleh hidayah...ameen).

Islam menerangkan sains, dalam al-Quran banyak menerangkan tentang alam semesta dan yang di'hilight'kan hanyalah kajian-kajian dari saintis barat...padahal saintis-saintis Islam telah lama membuat kajian tersebut. Dalam subjek tersebut, ada menerangkan tentang 'Big Bang' yang dibangga-banggakan oleh saintis barat tentang kehebatan penemuan tersebut. Dalam al-Quran:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?”
(surah Al-Anbiyaa´: 30)

Teori Big Bang menerangkan bahawa penciptaan alam semesta bermula dengan satu letupan yang dipanggil 'Big Bang'. Letupan yang kononnya berlaku berjuta-juta tahun yang lalu telah membentuk galaksi-galaksi termasuklah galaksi bima sakti (milky way galaxy). Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain.

Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bahawa bumi ini adalah rata (flat). Hanya pada 1907, Sir Francis Drake telah menemui bahawa bumi berbentuk sfera. Sedangkan al-Quran telah lama menerangkan bumi itu bukan rata hampir 1400 tahun yang lalu.

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).”
(Surah Luqman: 29)

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan.

“Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.”
(surah An-Naazi´aat: 30)

Alam Semesta Mengembang

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble (pencipta teleskop Hubble), membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. Menurut video yang saya tonton berkenaan teleskop Hubble yang dicipta untuk mendapatkan gambar-gambar sebenar objek-objek di dalam alam semesta yang kebanyakan masih belum ditemui oleh manusia. Penciptaan teleskop Hubble yang telah membolehkan kita menyaksikan gambar-gambar tentang alam semesta yang begitu senang untuk di'search' kat Internet. Untuk lihat gambar-gambar menarik alam semesta sila rujuk laman web rasmi NASA.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.”
(Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada ´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata, ´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop.



Kita Diciptakan Dari Beruk???

Teori Darwin mengatakan bahawa manusia sebenarnya berasal dari beruk (ape) yang telah menimbulkan banyak kontroversi. Analogi yang mudah yang dapat saya buat ialah, dengan membandingkan isu ini dengan isu gelombang (waave). Terdapay dua teori menerangkan tentang gelombang. Teori pertama mengatakan gelombang ialah zarah-zarah kecil (particles) dan teori kedua menyatakan gelombang ialah cahaya. Orang yang berpegang pada teori gelombang adalah cahaya tidak akan nampak gelombang itu adalah zarah-zarah kecil, begitu juga sebaliknya. Samalah juga dengan situasi teori Darwin di mana sukar untuk Darwin nampak teori yang berlawanan dengan teori yang diperkenalkan olehnya. Walaubagaimanapun, teori Darwin telah terbukti banyak kelemahannya yang bukan sahaja disangkal oleh orang-orang Islam yang meyakini manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla. Malah Darwin sendiri mendapat tentangan daripada agama yang dianutinya sendiri iaitu Kristian yang menolak teori tersebut yang bercanggah dengan Bible.



Dalam video yang ditayangkan oleh Mr Ooi yang bertajuk 'Space', terdapat satu frasa yang saya ingati iaitu ia mengatakan bahawa manusia berasal daripada 'outer space' (alam semesta) iaitu tanah dari alam semesta.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas."
(Al Hijr: 26-27)


DVD 'Space' yang saya tonton semasa kuliah SCE 3110

Walau bagaimana hebat sekalipun kajian yang dibuat oleh manusia dalam mencari asal usul manusia, namun tidak dapat menandingi kehabatan Allah Taala. Kewujudan sesuatu makhluk atau benda dalam dunia ini semestinya ada penciptaNya...hatta sebuah kereta pun ada penciptanya apatah lagi dunia dan manusia yang begitu sempurna dan kompleks ini sudah tentu Penciptanya adalah Maha Hebat.

Bagi saya, apa yang dikatakan bahawa manusia adalah berasal daripada alam semesta dan jatuh ke bumi ada kebenarannya jika dilihat dari sudut Islam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, mereka mengatakan manusia berasal daripada tanah2 di alam semesta. Alam semesta dalam Islam boleh dianggap sebagai syurga yang didiami oleh Adam dan Hawa sebelum dicampak ke bumi(jatuh ke bumi). Aqidah kita adalah yang paling penting agar hati dan jiwa kita adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pegangan kita di dunia yang fana ini untuk mendapatkan redha Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".

Rujukan:

1. Mr Ooi Bean Heng, Pensyarah Fizik Jabatan Sains IPG Kampus Ipoh
2. Laman web Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar