Nov 17, 2009

Kita Kan Sama-Sama Muslim



Bismillahirrahmanirrahim...

Terasa terpanggil untuk menulis entry ini selepas beberapa peristiwa yang berlaku yang agak menyentuh sensetiviti dan menimbulkan ketegangan. Agak menyedihkan apabila kita sesama Islam bergaduh dan memutuskan hubungan. Jika dahulu ingin kepada Islam tetapi disebabkan salah faham dan terasa hati yang tidak bertempat serta ego tidak ingin menerima penjelasan, ada yang sanggup lari daripada mendalami Islam. Apa semua ni???!!!

Kita Kan Sama-Sama Muslim

Tidak kiralah sebesar mana masalahnya mesti ada penyelesaiannya. Kenapa kita perlu jadi keras hati dan kepala untuk menerima penyelesaian tersebut. Inilah yang saya perhatikan mengenai orang Melayu yang juga diri saya sendiri, di mana sangat sukar untuk menjatuhkan ego dan menerima kesalahan...macam mana sekalipun, dia akan cuba buktikan dia tiada salah dan orang lainlah yang salah.

Sahabat-sahabatku,
Kita kena berbalik kepada Islam. Sebagai orang Islam kita kena sedar hakikat ini. Kenapa Islam melarang memutuskan hubungan dek kerana isu-isu yang sebenarnya berbalik kepada ego sebenarnya.

Berbaliklah kepada al-Quran...

Terasa Hati

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada, tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?"

(An-Nur: 22)

Tuntutan Menjaga Hubungan Silaturrahim

"Bertakwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain (dan peliharalah hubungan) rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

(An-Nisa': 1)

Balasan Memutuskan Hubungan Silaturrahim

"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa akan membuat kerusakan di bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya pula mata mereka"

(Surah Muhammad: 22-23)

Sabarlah...Kawal Amarahmu


"...orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik"

(Ali Imran: 134)

Setiap perselisihan sebenarnya menguji tahap keutuhan ikatan persaudaraan antara kita samada ikhlas kerana Allah atau tidak.

Bukankah jika kita sayangkan kawan-kawan kita sudah semestinya kita tidak mahu kawan-kawan kita termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah.

Kita yang diberikan secebis kesedaran dan hidayah oleh Allah tentang Islam bukankah tugas kita membantu kawan kita apatah lagi dia juga muslim seperti kita.



Walau pahit namun bukankah ianya untuk kebaikan dia dan kita juga. Jagalah hubungan ini kerana kita akan disoal oleh Allah pada hari akhirat kelak kerana keegooan kita meninggalkan kawan-kawan kita.



abdulfattah: Buat kawan-kawan yang mengenali diri ini, minta maaf jika sebelum ini nasihat dan teguran saya membuat anda terasa. Sedarlah saya berbuat demikian kerana sayangkan anda semua...semoga hubungan kita diberkati dan dirahmati Allah

4 comments:

ehsanhalim said...

salam fiq.

masalah yg umat islam hadapi sekarang adalah, mereka tidak yakin dgn islam.


sbb tu mereka tidak mahu mengambil islam.

kita teruskan usaha kita fiq,


idea penulisan nta mmg bernas. Terbaik!

Dx said...

salam, abg rafiq....
sesama islam ...non- muslim jga jgn dilupa....
mane tahu merekalah saudara kita kelak

Mohamad Shahrilniza said...

kat sini best sikit nak komen.
sbb diorg xtaw kot..ga3..
btol la abg ehsan..
mata pena ni lagi tajam dan bernas...
tgk mende kecik tu pun bley jadi havoc..ga3...
tapi mcm tu lar..
manusia bile tiada org yang btul guide diorg..
akan mudah buta dan pekak mengenai islam...
segala teguran dan nasihat susah nk dipositifkan....
sedangkan mereka sepatutnye bersyukur sbb maseh ade golongan yang mennyayangi mereka dan ingan menunjukkan mereka jalan yang benar dari terus hanyut di alam kelalaian...

abdulfattah said...

salam,
apalah nak jadi ngan agama Islam jika kita umat Islam sama2 bergaduh dan bertelingkah,lebih teruk lagi memutuskan silaturrahim kan2??? Ingat macamana Islam i2 bangun n gah pd zaman Rasulullah, antara faktorny ialah pertautan dan penyatuan umat2 Islam yg bersatu padu mempertahankan Islam, sebab i2 Islam melarang kta berpecah belah, sebarg masalah blh diselesaikn kcuali 2 benda je mati. Jd ayuh sama2 kuatkan hubungan silaturrahim antr kta x yahlah gaduh2 kn?? Shahril ad potensi jd abang naqib usrah...hehe...
Firdaus: InsyaAllah kalau ad peluang nk dakwah diorang masuk Islam jgk
Ehsan: InsyaAllah akh, kta sama2 berusaha

Related Posts with Thumbnails

Komentar