..."Baiklah para jemaah yang dimuliakan, kita akan teruskan apa yang sebelumnya telah dibacakan oleh Pak Kia. Yang terakhir kita sampai pada kalimah-kalimah yang ditulis Ibnu Athaillah as-Sakandari, maknanya, barang siapa yang yakin bahawa dirinya berasa tawadu', maka bermakna di benar-benar telah takbur."
" Kali ini kita hayati bersama kalimat Ibnu Athaillah yang bererti...bukanlah orang yang tawadu' atau merendahkan diri, seorang yang jika merendah diri berasakan dirinya di atas yang melakukannya.
Misalanya, dalam suatu majlis ada seorang berasa tawadu' dengan duduk di belakang. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa yang sesuai bagi dirinya ialah di atas, iaitu duduk di hadapan majlis. Maka orang seperti ini bukanlah orang yang merendah diri melainkan orang yang sombong.
Lalu, bagaimana orang yang benar-benat tawadu'?
Ibnu Athaillah berkata di baris berikutnya, ertinya, tetapi orang yang benar-benar merendah diri adalah orang yang mana apabila merendah diri dia berasa berada di bawah sesuatu yang dilakukannya.
Misalnya, dalam suatu majlis, ada orang dipaksakan duduk di bahagian agak ke depan. Kerana dipaksa atau terpaksa, dia pun duduk di situ. Dalam masa yang sama dia berasakan dirinya sepatutnya berada di belakang. Inilah dia orang yang merendah diri.
"Jemaah yang dimuliakan, tawadu' adalah sifat mulia, tawadu' adalah sifat para nabi dan rasul. .Yang berlawanan dengan tawadu' ialah sombong dan seumpamanya. Ulama' bersepakat bahawa takbur itu haram dalam Islam.
Sombong adalah sifat yang dimiliki oleh Allah. Hanya Dia. Dia yang lebih berhak memiliki sifat ini. Tidak boleh ada satu pun makhluk menyaingi-Nya dalam hal ini. Siapa yang menyaingi Allah dengan berasa berhak memiliki sifat takbur ini bermakna dia berhak menjadi Tuhan. Orang seperti ini dimurkai Allah.
Dalam satu hadith qudsi, yang bermaksud, "Sombong adalah selendang-Ku, dan agung adalah pakaian-Ku, siapa yang menyaingi-Ku dalam salah satu dari kedua-duanya maka akan-Ku lemparkannya dalam Neraka Jahanam". (Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Muslim)
Kerana rasa sayang dan cinta, Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk tawadu'. Lalu dengan sebab sayang dan cinta juga Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk tawadu'.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan aku agar tawadu'. Jangan sampai ada salah seorang menyombongkan diri pada orang lain. Jangan sampai ada salah seorang yang bongkak pada orang lain."
(Riwayat Imam Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Bersambung....
Semoga kita menjadi insan yang tawadu' dalam amalan kita sehari-harian dan dalam usaha kita memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan yang tinggal ini
Petikan daripada novel pembangun jiwa "Ketika Cinta Bertasbih Episod 2" m/s 297 - 301 karya Habiburrahman El Shirazi
3 comments:
salam...
bagus post kali ni... tak sabar nak tunggu penyambungnye..moge terus istiqamah...syabas2!!
ambo pun tak tahu sambungan cerita ni...
*typing error:
ana nak tulis:
ambo pun tak sabar nak tahu cerita ni..
tertinggal perkataan fiq.jgn marah.
hehe..
Post a Comment