Aug 26, 2009

Buku Yang Mesti Baca

Alhamdulillah seinfiniti syukur kepada Allah Azza Wa Jalla kerana dengan izinya masih memberikan saya peluang dari banyak segi termasuk keupayaan fizikal, kebolehan mental dan kesejahteraan rohani untuk meneruskan hari-hari di bulan mulia Ramadhan ini...

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat pengunjung blog ini, ada bingkisan istimewa buat anda semua dalam usaha untuk meningkatkan thaqafah dalam diri sempena Ramadhan dan cuti ini (khususnya pelatih-pelatih guru)

Ianya merupakan karya istimewa daripada seorang yang juga istimewa iaitu sebuah buku dakwah "Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah" karangan Ustaz Mustafa Masyhur.



Judul : Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah
Pengarang: Mustafa Masyhur
Terbitan : Dewan Pustaka Fajar
Harga : RM 10

Keistimewaan Buku Ini

Buku ini sangat bagus ditelaah dan dihadam oleh para daei yang menggerakkan jamaah atau proksi di kampus masing-masing. Ia berkisar tentang bagaimana peranan seorang pemimpin atau pimpinan sesebuah jamaah (qiyaddah) berperanan mengikut acuan al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W dan begitu juga dengan orang bawahannya atau pengikut (jundiyyah) agar setiap tingkah laku dan gerak kerja dalam jamaah berjalan seperti mana dikehendaki oleh Islam dan keutuhan jamaah dapat diwujudkan untuk generasi-generasi akan datang.

Garapan ustaz Mustafa Masyhur yang ringkas tetapi begitu padat dan menusuk iman serta mudah difahami menjadikan pembaca terutama golongan yang terlibat dalam jamaah dan gerakan Islam seolah-olah tersedar dan muhasabah diri akan banyak kepincangan dan kekurangan yang dilakukan sepanjang tempoh menggerakkan jamaah secara amal jama'i.


Ia juga boleh dijadikan antara garis panduan yang baik kepada golongan yang baru berjinak-jinak dengan kerja-kerja dakwah samada di kampus atau di mana sahaja.

Kandungan buku

Buku ini terbahagi kepada dua iaitu khusus kepada pimpinan dan khusus kepada para pengikut atau orang bawahan

Penulis memulakan bab dalam buku ini dengan menerangkan tentang "Kewajipan Amal Jama'i dalam Islam" sehingga kepada "Pengendalian Majlis Perjumpaan" ditulis dengan begitu mudah dan jelas untuk difahami.

Antara lain yang terkandung dalam buku ialah:

1. Tanggungjawab dan amanah pemimpin
2. Perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan
3. Akhlak dan sifat-sifat bagi pemimpin
4. Bentuk kerja dan bidang-bidangnya
5. Perkara-perkara asasi yang mesti dihasilkan oleh pengikut
6. Tingkah laku pengikut
7. Adab-adab antara pemimpin dan pengikut

Harus Miliki

Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap para penggerak dakwah tidak kira samada di peringkat pimpinan mahupun pengikut untuk dijadikan antara garis panduan dalam usaha mempraktikkan amal jamaei dalam gerka kerja Islam


:: Sepanjang pembacaan saya, banyak bahagian-bahagian yang memberi kesan kepada saya antaranya kepentingan taat setia kepada pemimpin selagi perkara tersebut tidak melanggari syarak.

...Hendaklah diketahui oleh pengikut bahawa iltizamnya dengan peraturan dan arahan jama'ah adalah satu perkara yang asasi dan mesti untuk kebaikan perjalanan kerja bagi menghasilkan tujuan, Penunaian kepada janji dan bai'ah (sumpah setia) yang diberikannya dikira ketaatan dan pengabdian kepada Allah. Ketaatan kepada ketua dalam perkara yang bukan maksiat juga adalah ketaatan kepada Allah.

Dari Abi Hurairah r.a, katanya Rasulullah A.A.W bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mentaati aku maka ia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai aku, maka ia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati ketua maka ia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhakai ketua maka ia telah menderhakai aku. (Riwayat Bukhari dan Muslim)...



Semoga buku ini bermanfaat untuk bacaan sahabat-sahabat dalam usaha kita memperbaiki diri kita dam gerak kerja Islam::

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Komentar