May 16, 2009

Nilai Sebenar Persahabatan


Persahabatan yang sejati ialah persahabatan kerana Allah
Persahabatan yang berlandaskan kesetiaan
Persahabatan yang menuntut pengorbanan
Persahabatan yang tidak kisah akan kelemahan sahabatnya
Persahabatan yang saling memahami
Persahabatan yang saling memaafkan
Persahabatan yang dihiasi tawa ukhuwwah
Persahabatan yang diselangi dengan tangisan gembira
Persahabatan yang saling tegur menegur
Persahabatan yang tidak akan membiarkan sahabatnya memendam masalah
Persahabatan yang tidak terdetik membelakangi sahabatnya
Persahabatan yang tidak akan membiarkan sahabatnya bersedih
Persahabatan yang tidak menjadikan jarak sebagai halangan
Persahabatan yang membawa ke syurga



"Sahabat yang salih ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumannya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya."

(Hadith Riwayat Abu Daud)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Ada seorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanan. Malaikat bertanya kepadanya "Hendak ke manakah anda?" Ia menjawab "Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?" Malaikat bertanya lagi: "Apakah ada sesuatu ni'mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?" Ia menjawab "Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah" Malaikat berkata, "Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu keranaNya"

(Hadith Riwayat Muslim)



Kepada sahabat-sahabatku,
Sesungguhnya diri ini sangat hina,
Maafkan keterlanjuran dan sifatku yang kadang-kadang melampau,
Mungkin disebabkan pengalaman-pengalaman pahit lalu yang masih memberi kesan kepada diri,
Sehingga kadang-kadang persahabatan kita semakin renggang,
Aku rindukan ketawa kita bersama,
Aku rindukan saat kita bergurau senda,
Aku rindukan saat kita menyusun strategi,
Aku rindukan saat kita masih IKHLAS,
Maafkanlah diri ini untuk agama Islam tercinta ini,
Maafkanlah diri ini untuk jalan da'wah ini,
Kerana aku yang inginkan persahabatan ini kerana itu aku masih bertahan,
Jangan biarkan ku terhanyut dengan emosiku sendiri,
Bantulahku sahabat,
Jangan pernah pinggirkanku,
Semoga ukhuwwah antara kita semakin mantap,

Apr 29, 2009

Cok Kenak Hak???

Pada 28 April lalu, unit F5 Sains telah mengadakan program kemasyarakatan bersama orang-orang asli di SK Pos Poih, Sg. Siput Perak.

Ini antara paparan sepanjang program tersebut:

Dalam perjalanan ke pos poi...dalam trak polis....macam banduan....baju dah oren (^^)


Selamat tiba di Pos Poi setelah mengharungi perjalanan yang sangat mencabar....penat...


Majlis perasmian yang dirasmikan oleh GB SK Pos Poi...(yang berdiri)


Murid-murid orang asli yang ceria....'cok kenak hak???' (siapa nama kamu???)

Beri taklimat selaku AJK Pengisian kepada rakan-rakan...

Sebelum dikerjakan oleh kami....


Selepas dikerjakan kami....

Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat ke 7 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahan dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan".

Ternyata pengalaman kedua bersama-sama orang-orang asli telah memberi banyak kesedaran dan membuka mata saya akan senario sebenar kehidupan mereka...

Semoga Allah limpahkan hidayah dan petunjuk kepada mereka...Amin

Apr 1, 2009

Nuqaba' sejati bukan hebat di bibir sahaja

Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan untuk saya meletakkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama menyepi....syukran, jazakamullahukhairan kathira kepada semua yg sudi mengunjungi blog ini...

Mungkin antara sebab lama tidak post di blog ini ialah kerana sibuk dengan program-program tertentu dan 'assignment2' yg perlu disiapkan. Selain kekangan kemudahan internet, namun nak seribu daya, tak nak seribu dalih...


Nuqaba..............! Bertaqwa InsyaAllah

Peserta-peserta dari SARJANA yg tekun mendengar pengisian

Itulah laungan adik-adik dari Sekolah Menengah Dr Raja Nazrin Shah (SARJANA) dalam program Kurusus Nuqaba' 09 yg saya hadiri lalu...
Ternyata program yg berlangsung tiga hari itu sangat menusuk ke jiwa dan rohani bukan sahaja peserta2 program tetapi diri saya sendiri sebagai fasilitator. Pengalaman yg mungkin sangat sukar dilupakan

Gaya kepimpinan seorang naqib...InsyaAllah boleh menjadi murabbi sejati

Secara peribadinya saya seolah-olah belajar di sekolah agama kerana waqi' (suasana) di situ walau saya tidak pernah berpeluang belajar di mana-mana sekolah agama sebelum ini. Pelajarnya yg sentiasa berpusu-pusu ke Masjid setiap kali waktu solat, sentiasa memberi salam tatkala terserempak, yg lelaki berserban, berjubah, yg perempuan bertudung labuh....itulah keadaan di sana...sangat berbeza dengan suasana di kampus.

Saya memperoleh satu ketenangan yg hebat di sana sehinggakan sangat berat mahu meninggalkan SARJANA. Bila pulang ke kampus tidak hairan saya m asih teringat-ingat akan SARJANA dan adik-adik di sana.

Perbincangan dimanfaatkan, sesi "brainstorming", meluangkan idea-idea bernas!

Pengalaman menjadi fasilitator kepada adik-adik yg ternyata hebat, daripada Ting. 3 hingga STAM, sangat saya hargai walaupun diri ini banyak kekurangannya. Program ini sebenarnya program tarbiah untuk saya juga bukan semata-mata untuk peserta. Disitulah saya ditamrin (dilatih) untuk memimpin dan menjadi murrabbi/fasilitator untuk membimbing adik-adik. Selain saya juga dapat maningkatkan ilmu dan kefahaman daripada ceramah yg disampaikan.

Firman Allah yg bermaksud:
Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Al-Ankabut : 6)

Muslimat yg bukan sayap kiri perjuangan tetapi juga golongan penting seperti Muslimin

Kekuatan seseorang nuqaba' (naqib/naqibat) tidak bergantung kepada hebatnya dia berbicara tetapi sebenarnya lebih kepada sejauh mana ia mentarbiah dirinya sendiri dan mentarbiah orang lain (madu'). Oleh sebab itu, naqib perlu memantapkan diri terlebih dahulu, seperti Rasulullah S.A.W yg ditarbiah terus daripada Allah Taala dan kemudian
mentarbiah sahabat-sahabat sehingga lahirnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Ali, Khalid Al-Walid dan ramai lagi yg sanggup mati demi Islam. Nabi tidak bercakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan dan diikut oleh sahabt-sahabat. Oleh itu, sebagai ketua kita tidak boleh hanya hebat memberi arahan tetapi sepatutnya turur, menunjukkan, bersama-sama membimbing orang bawahan kita. Firman Allah yg bermaksud:

Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

Jan 5, 2009

Kita Kata Kita Bersaudara!!!



Salam sahabat,

Alhamdulillah ana masih diberi peluang oleh Allah, Tuhan sekalian alam untuk menulis di laman blog ini.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Kita baru sahaja menyambut Tahun Baru iaitu dua tahun baru, tahun baru Hijrah yang disambut pada 29 Dis/1 Muharram 1430 H dan tahun baru Masihi. Sedar tak sedar dah setahun berlalu. Segala pahait manis 1429 H/2008 telah menjadi satu lipatan sejarah yang tiada gunanya ditangisi sebaliknya kita perlu terus maju ke hadapan mengislah diri dan memperbetulkan apa yang tidak betul di tahun lalu. Namun ada sesuatu yang perlu setiap daripada kita yang bergelar Muslim tangisi, tanggal 1 Muharram 1430 H, sedang kita merapatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kehadiran tahun baru Hijrah, sedang kita berdoa seawal Maghrib menyambut kedatangan tahun baru dengan hiba dan gembira, ‘saudara’ kita bertarung dengan maut apabila Israel laknatullah menyerang Gaza sehingga beratus syahid dan beribu tercedera. Apa yang kita akan rasa sedang kita menadah tangan mensyukuri dan mengaminkan doa akhir tahun, tanpa disedari tangan kita ‘terjatuh di atas riba kita’, kita diserang!? Lebih menyedihkan apabila Israel laknatullah turut mengebom pusat ubat-ubatan dan university di Gaza. Apa semua ini? Mungkin ada yang akan terkeluar kata-kata seperti ini? Apa salah rakyat Palestin sehingga diperlakukan sebegini? Adakah hanya kerana rakyat Palestin mengangkat Hamas memimpin Palestin, habuannya ialah mati diserang dengan jet pejuang? Mereka kata (Israel laknatullah), mereka hanya ingin menyerang pemerintah Hamas sahaja, tapi kini sudah hampir beratus rakyat awam Palestin meninggal. Adakah dunia ini seakan-akan menjadi bodoh atau berpura-pura bodoh, malah Amerika dan sekutunya begitu diagung-agungkan dengan kemajuan dan kehebatan dek kerana telah melahirkan cendiakiawan yang hebat, begitu juga negara-negara lain menjadi agak bodoh apabila menerima kenyataan Israel ini. Seolah-olah mereka tiada kuasa. Itu realiti pertama.

Yang menjadi persoalan lagi, umat Islam yang dikatakan mempunyai bilangan teramai di muka bumi ini, apa yang ‘kita’ lakukan?. Jangan jadi pengkhianat kepada agama kita dengan tidak berbuat apa-apa, lebih teruk lagi jika kita bersengkongkol dengan musuh menentang agama kita yang suci ini. Realiti kedua yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam ialah apabila rakyat Palestin di Gaza bukan sahaja mati diserang Israel tetapi diserang sakit hati yang memuncak apabila negara jiran yang juga seagama dengan mereka tidak membantu malah membantu membunuh mereka. Tindakan Mesir menutup jalan masuk ke Mesir menyebabkan bekalan perubatan tidak boleh disalurkan ke Gaza dan rakyat Gaza seolah-olah terperangkap, kebuluran dan pendek kata tindakan ini seakan-akan membiarkan mereka mati perlahan-lahan.

Sahabatku,

Kita sepatutnya sedar akan senario yang berlaku kini jika kita orang Islam kerana Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yg bangun (pd waktu) pagi dan tidak mengambil berat urusan orang Islam lain beliau bukanlah dari golongan mereka.”

(Hadith riwayat Ibn Ishaq)


Sedangkan kita hanya akan beroleh syafaat di akhirat kelak ialah daripada Rasulullah S.A.W dan bagaimana baginda ingin memberi syafaat kepada sesorang yang bukan dari golongan baginda.

Oleh itu ayuh bangkit, lakukan sesuatu walaupun kecil, sebagai tanda kebencian kita terhadap Israel laknatullah dan keprihatinan dan perasaan ambil berat akan saudara seIslam kita. Antara caranya:

1) Berdoa memohon kepada Allah agar diselamatkan saudara kita yang diserang oleh musuh Islam seperti Israel di seluruh dunia dan dihancurkan musuh-mush Islam tersebut.


2)Mengadakan boikot besar-besaran terhadap produk keluaran musuh Islam dan sekutunya seperti Amerika. Kuasa pengguna Islam mampu melumpuhkan ekonomi mereka dan membantutkan usaha-usaha ketenteraan.


3)Mengadakan atau menyertai tunjuk perasaan aman di sebanyak tempat yang mungkin sebagai tanda protes kita terhadap serangan tersebut.


4)Memberi kesedaran dan membangkitkan kebenaran kepada umum akan kekejaman musuh Islam seperti memberi kuliah dan sebagainya agar masyarakat di Malaysia khususnya dan dunia amnya sedar akan keadaan sebenar.

Janganlah kita duduk, berpangku lengan tanpa berbuat apa-apa jika kita fikir kita masih lagi orang Islam. Di sini ana menyeru diri ana sendiri dan sahabat-sahabat selujnah agar bangun dan lakukan sesuatu untuk agama kita walaupun ianya kecil seperti menyertai demonstrasi aman yang diadakan di banyak tempat di seluruh Malaysia, agar kita selamat apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak dan juga sebagai langkah kita betul-betul sayang akan agama ini dan tidak rela membiarkan ia dicemari oleh musuh Islam. Jangan tunggu lagi lakukan sesuatu kalau kita kata kita bersaudara!!!

Firman Allah yang bermaksud :

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

(Al-Hujurat 10)

Pandangan antum semua dialu-alukan.

“biar syahid atau kemenangan”

Related Posts with Thumbnails

Komentar